My Tomey-Lotey Followers

Saturday, November 28

Ada? Ada aku kisah?

Kau kalau nak tarik perhatian pun agak-agak lah kan. Jangan sampai langgar border bai! Aku bengang betul lah type mamat macam kau ni. Nak bergurau tak salah bai, tapi kau jangan lah nak gelakkan orang lain tak bertempat. Tak kelakar pun lawak kau tu. Sumpah aku tak terpikir pun nak gelak tapi sebab orang lain gelak, aku tak de choice lah pulak kan.

Kau pun satu. Ada aku kisah kau tak ingat pasal aku? Kau bukan menarik sangat pun bagi aku sampai aku berharap supaya kau kenang aku dalam doa kau tiap2 hari. Aku tak hadap pun korang nak baik-baik dengan aku. Kau ada ke, kau tak de ke, aku pedulik apa. Tiap-tiap masa pun selama ni aku keluar sorang-sorang je. Aku tak adalah sampai keluar statement 'Kalau saya keluar sorang-sorang, nak makan pun tak lalu lah.' Alahai, aku ni dah dekat 6 bulan dekat sini, keluar sorang-sorang lagi best daripada keluar dengan korang-korang yang 'lame' tu. Mintak maap lah bai.

Dan kau pulak, kalau ye pun nak suruh semua orang sayang kat kau, kau tak payah lah nak lekeh-lekeh kan orang lain. Kau bagus sangat ke bai? Kau paling 'make some noise' ke yang kau nak bising-bising pasal aku? Baru sekejap masuk dah mula nak kecah. Memang mamat irrelevant lah kau ni.

Sudah lah. Penat aje cerita pasal korang-korang yang bosan tak de makna. Baik aku tido sekarang sebab aku dah penat gila ni. Huhuhaha.

Friday, November 27

Menjelang Raya Aji

Semalam aku pegi keje naik motor dengan kawan aku tapi dia nak balik awal sikit katanya. Nak balik kampung pukul 5 petang tu. Aku pulak kerja full, so tak dapat nak ikut dia balik awal. Aku terpaksa naik bas lah untuk balik Serdang malam tu.

Aku tunggu bas awal. Pukul 8.30pm aku dah gerak balik, sebab takut bas tak de. Tapi tunggu punya tunggu, sampai pukul 9.55pm baru ada RapidKL singgah, tapi yang misterinya dia taknak balik Serdang. So how? Dia kata dia nak pergi Putrajaya Sentral. Dia kata dengan aku kalau aku nak balik Serdang, y dont aku pegi tunggu RapidKL dekat Putrajaya Sentral?

Nak pergi Putrajaya Sentral nak buat apa, bahlol? Kan depan Alamanda kau lalu jugak? Aku kata dalam hati. Pak cik tu dengan kuasa telepati dia dapat dengar pertanyaan serius aku. Dia jawab sebab tak ramai yang naik dari Alamanda, so dia dah tak lalu lagi dekat sini dan hanya akan ambik semua orang dekat Putrajaya Sentral.

Cibai aku kata! Senang2 kau aje nak tukar2 laluan! Siapa yang nak bertanggungjawab dengan masa aku yang banyak terbuang tadi? Kalau aku pergi Putrajaya Sentral sekarang tapi semua bas dah habis macam mana? Siapa yang nak antar aku balik Serdang? Antu raya kau?

So, aku dengan marahnya turun dari bas dan pot pet pot pet mencarut macam orang tengah berzikir. Cilanat bas RapidKL! Dari dulu lagi aku memang tak pernah suka naik bas ni tapi nak buat macam mana, no choice. Ada banyak lagi benda bangang yang aku buat lepas tu contohnya pergi pusing Putrajaya dengan jalan kaki lalu roundabout besar keliling bangunan government, lepas tu tunggu bas dekat stesen yang sunyi, lepas tu baru aku terlintas nak naik bas Nadi Putra untuk pergi Putrajaya Sentral.

Aku dalam hati dah malas nak fikir apa yang bakal terjadi lepas tu. Aku pasrah. Kalau aku terpaksa tidur dalam longkang pun aku rela. Tapi Alhamdulillah dekat Putrajaya Sentral ada satu lagi bas RapidKL, last bus, nak pergi Serdang. So aku pun terus naik bas tu dan turun dekat depan K17, jalan kaki nak pergi K6. Jauh tau! Dekat 4km kot. Aku terpaksa sebab bas nak balik K6 mana ada lagi pukul 11 lebih macam ni. Tengah dalam perjalanan ada satu kereta berhenti belakang aku. Aku ingatkan teksi yang baik hati nak jemput aku balik K6. Rupa-rupanya kereta polis!

Gelabah lah aku bai! Aku cepat-cepat keluarkan kad ID, dia tanya kenapa aku jalan sorang2 dalam gelap macam ni. So aku explain lah aku terpaksa sebab dah takde bas lagi. Terpaksa jalan kaki saje. Mula-mula dia buat tak tau dan blah. Tiba2 dia berhenti balik dan pelawa aku naik kereta dia, dia hantarkan aku balik. Serius bai! Ni first time aku naik kereta polis. Rasa macam aku kena tangkap aje. Feeling2 baru kena tangkap lepas rompak kedai Ah Seng sekejap lah aku. LOL. Masa dalam kereta tu dia borak2 lah dengan aku, tiba-tiba dia kata

"Polis ni semua baik. Korang aje yang benci kitorang! Kau kan yang hantar petition dekat internet suruh benci polis tu kan?"

Dah sudah! Kau nak jawab apa kalau kau jadik aku? Aku gelak in denial ajelah dengan dia. Nak cakap apa lagi? Hahaha. Padahal... [rujuk entry ini]

Ini pengalaman aku menjelang Hari Raya Aji. Korang bagaimana?

p/s: Sorrylah guys, aku kadang2 tak sempat nak blogging dan singgah blog2 korang. Bizi sangat2 sekarang ni. Aku akan cuba sempatkan baca blog2 korang no matter what. Tapi lambat cepat tu lah yang main point di sini. Ok, rindu korang. XOXO Bye~

Tuesday, November 24

Ah Seng: budak kelakar. Amat.


Aku type "ah seng" dekat yahoo image, kuar gambar beruk ni. Adakah Ah Seng seekor orang utang? Kahkahkah

Tempat aku kerja sekarang dah ada sorang budak baru. Nama dia Ah Seng. Masa aku mula-mula nampak dia dulu, aku ingat dia budak paling berkarisma, tinggi IQ macam galah panjang punya tinggi, dan bakal menjadi top worker in no time. Tapi, setelah lama kenal sama dia, OMO! Dia macam tak betul pun ada. So how?

Kalau kau start borak dengan dia, ko bakal clueless dan annoyed sebab dia akan tanya benda yang impossible dan merepek supaya perbualan ko dengan dia akan berlangsung dalam satu jangka masa yang lama. Macam kau tengah duduk senyap, lepas tu conteng-conteng kertas ke apa ke, lepas tu tiba-tiba dia datang dekat, tiba-tiba cakap

"Wah, u punya tulisan sangat cantik oh~!"

Kau pun macam "Oh ye ke? Tak de lah~."

"Siriyes ma~."

"Trima kasih Ah Seng!" Kau pun jawab lah sebab tak mahu dia kecik hati.

Lepas tu dia pun tiba-tiba keluarkan soalan paling bernas dekat dunia macam
"Macam mana tulisan boleh wujud ha? U tau ka siapa yang cipta tulisan ni?"

Ko nak jawab apa kalau kau jadik aku? Aku nak aje pelengkung kepala dia. Kalau sekali sekala dia tanya soalan biol macam tu kau boleh lah jawab dengan comel macam
"Saya pun tak tahu lah Ah Seng. U Google lah kasik tengok."

Tapi kalau dah setiap conversation dia buat macam ni, tak ke ko rasa nak jawab macam
"Aku tak tau lah sengal! Mungkin abah kau kot yang cipta tulisan ni!!! Puas??!!"

Lepas tu yang paling aku tak tahan, dia kalau tak bersin kuat2 sambil tidak cover mulut, dia akan korek lobang hidung dia secara live depan-depan kau. Ko ada berani nak tengok? Jijik gila tau budak sekor ni. Tambah-tambah pulak time tengah hari kalau dia duduk sebelah kau memang ko bakal rasa nak tolak dia supaya pergi jauh-jauh sebab ketiak dia bau hamis.

Ko tau? Kawan aku ada sorang ni, pernah tanya dia
"Ah Seng, u ada pakai deodorant tak?"

Dia jawab " Tak ada." yakin gile!

Pastu kawan aku kata "Patutlah u berbau~"

Ko tau dia jawab apa? "Aah. Memanglah."

Kelakar kan? Adoi, kalau kau duduk dengan dia sehari, aku rasa kalau kau tak gila memang ko bukan manusia. Dia memang gila ok!

Tapi lepas ni dah tak jumpa dia lagi dah. Sebab apa? Sebab dia kena tukar department. Oh, satu hal lagi aku lupa nak bagitau. Dia buat kerja memang lembab nak mampos. Dia kira duit sampai dekat 4 5 kali. Lepas tu kalau duit koyak sikit, dia tutup kaunter terus lari-lari masuk office pergi tanya boss apa dia kena buat untuk atasi masalah tu. Logik tak? Oleh itu, boss telah campak dia ke department lain. Kesian dia. Tapi bagus lah. At least, kitorang tak payah dah nak susah payah hadapi dia lagi lepas ni. Wakaka. Ok, sekian pasal kawan aku, si Ah Seng, clumsy fei mau. LOL.

Thursday, November 19

Adoi!!!

1st - Aku tgh demam
2nd - Internet lembab macam kimbap
3rd - Tak tau nak tulis apa
4th - Bizi memanjang

& 5th, 6th..., dan macam2 turutan alasan lagi untuk tidak update2 blog untuk kesekian lamanya.

Update:

a) Aku dah rosakkan hubungan dan kami makin awkward. Sial!
b) Beras dah habis. Bila entah aku nak beli stok baru.
c) Can I have at least a mere moment of heavenly break?
d) Dam Bi cantik gila! Tak caya pi Google skang.
e) Err... I tatau nak kata apa lagi lah skang~ Huahua

Hidup kurang ceria lah sejak akhir2 ni. Banyak buat dosa mungkin~ I nak kuar jalan2, shopping2. Bila ea? =p

Thursday, November 12

I Got No Feeling... Hu~ Hu~

Exam dah habis tadi, tapi aku tak rasa anticipate langsung. Kenapa ek? Ingat nak celebrate kehabisan exam tadi ngan kawan-kawan, tapi last-last haram. Apiz kasik mesej barai punya, ayat macam tak mahu pergi. Ok lah. Tak pe jugak. Jimat duit aku daripada habis buat pegi karok. Tapi aku nak tengok filem 2012, itu misi wajib tau! Tiada kompromi!!! Nak buat camne, kalau tak pegi ramai-ramai, tak delah excitement karang kan acece~ *apahal ayat aku cam kambing ni? Lama sangat tak taip blog kah?

Oklah, nak cite apa lagi ek? Oh, tak de apa-apa dah. Cuma nak jerit kuat-kuat MERDEKA!!!!!!!!!!!!!
Gua punya exam dah abes bai! Dah, jangan nak jeles pulak! *sape lah yang sangap sangat nak jeles kat aku ni kan? huhu


Baju ni gua lelong start harga $345(USD). Ada sesapa nak beli? Wahaha.

Monday, November 9

Arini kita fusion sikit.

Nasik + Tomyam Campur + Kangkung Pedas
Life is Good [iklan LG]
Sushi Cuchi. Nak?
Pizza Margarita With Mozarilla Cheese.
Chillang Sushi in Egg Pond.

Kalau nak resipi, boleh datang Kelas Kulinari kitorang ea nanti. Bye. Nak tido, da nantok. LOL

xoxo

Saturday, November 7

Ahn Nyong Ha Se Yo?

Link Iklan <---- Sila klik kalau kau nak buat lesen kereta kebal yang paling murah. Serius tak tipu. *kenyit2 mata

Kau pun tau kan kalau dah next paper lambat lagi macam lebih kurang 3 4 5 hari kendian, macam-macam lah benda lagha yang aku tetiba rasa nak buat contohnya tengok movie ini, main game itu, online sana, download lagu sini, garuk ketiak dia, cubit taik lalat kami, dan benda-benda lain yang sewaktu subuh dengannya.

Paling terbaru, aku sekarang ni tengah belajar bahasa Korea sebab dah fancy abis tengok cerita-cerita Korea macam We Got Married, We Got Married, dan We Got Married. Sekarang aku dah pandai tulis Ahn Nyong Ha Se Yo dalam tulisan Korea. Ko jeles tak bai? Kalau nak berguru meh la sini. Haha.Serius aku tak tipu bai. Ni aku tulis sendiri guna paint tak tengok mana-mana nota. Kejap lagi aku nak sambung belajar lagi. Wuhoo!!!

Lepas tu kan, sekarang ni aku setiap hari kena dengar lagu Korea paling tidak pun lagu Get Hot, ataupun paling bangsat pun lagu Too Much. Memang tak tau kenapa aku jadik cam ni. Tapi kira ok la ni kan? Cuba kalau aku tetiba minat lagu-lagu Hindustan ke, kau tak keluar hingus hijau nanti? Wek!

Tadi exam memang marveles. Rasa macam tengah terbang dekat awan nan biru masa tengah jawab soalan-soalan bernas lecturer aku. Masa yang dia kasik untuk jawab semua soalan memang cukup sampai terlebih-lebih, aku siap tidur, bangun kesat liur, balik bilik ambik bantal peluk, masuk tempat exam tidur balik dalam 4 jam 23 minit, lepas tu baru hantar paper dekat lecturer dan balik. Best kan? Soalan dia sikit je, 5 soalan ada anak -anak dalam 2 3 orang, lepas tu satu soalan pulak 10 markah memang the best, memang pemurah gila lecturer aku ni sampai merimpah ruah aku tulis dalam kertas jawapan tu tak cukup kertas, aku mintak lagi 2 3 buku jawapan nak tulis isi-isi penting memang banyak tak terkira. f***!!!

Ok, dah lah. Malas nak merepek banyak-banyak. Aku nak belajar bahasa Korea sekejap, sampai aku boleh tulis karangan 2000 patah perkataan. Aja aja fightin!!! Ahn Nyong Hi Ka Se Yo!!! ^^

Kolam Ikan Encik Eipul