My Tomey-Lotey Followers

Saturday, December 26

Everyone needs to update themselves.

**craps below are unnecessarily reliable. Kalau aku, aku malas nak baca sebab buang masa. Ive warned! *wink*

Dear belog tercinta,
Sekarang ni aku tengah dengar lagu Lady Gaga sambil taip entry useless ni. Ayah aku nak datang ambik aku kejap lagi so better aku buang masa sekejap sambil merapu-rapu dekat dalam belog tercinta. Banyak benda yang aku tengah fikir sekarang ni contohnya macam mana aku nak bawak motor balik Serdang esok. Dari Jelebu straight pegi Serdang. Korang mampu? Aku terpaksa sebab kalau tak nanti aku kena pegi praktikal jalan kaki pulak. Haha. Merepek gila. Lagipun, kalau aku bawak motor senang sikit sebab praktikal 6 bulan kot. Mampos berlelah nak habiskan 6 bulan berpraktikal. Benci gila. Kalau aku kerja kat mana-mana tempat, aku dah boleh kumpul RM8000 kot untuk 6 bulan. Hoho. Praktikal ni buat aku lagi serabut sebab aku langsung tak de idea macam mana this practical would be, will it be so easy or would it be like hell-ly, God knows best. Pasal praktikal ni satu hal, lagi satu hal, result exam aku yang teruk macam lahannnatts itu siapa mahu jawab? Padan muka aku lah sebab belajar main-main. Kadang-kadang bila aku fikir balik hidup aku sekarang ni macam craps, tak terurus, bosan dan takde warna. Nak give up on it, macam budak tak de agama pulak nanti. Tu lah. Entah apa-apa. Kawan aku kata I need to repent, ask for salvation sebab dah jauh lari dari garis keredhaan Tuhan tapi I don't know how to start. Ok. Sedih kan? Opp!!! Tarik balik muka-muka simpati kamu sebab tolonglah jangan. It would make me look even more pathetic. Kenapalah kita kena ada banyak masalah? Aku banyak kenal budak-budak yang happy sentiasa, tak pernah nampak ada masalah pun. Teringin jugak nak jadik macam tu. Haha. Bodoh. Sial sedih doh semua ni. Haha. Kadang-kadang aku malas nak fikir semua ni kan, so aku buat tak tau aje. Konon profesional lah kan. Padahal kalau duduk sorang-sorang selalu rasa nak nangis je sebab tensen. Tapi kalau aku dapat solve masalah-masalah ni semua aku memang rasa syukur gila lah. I don't have anyone to hold on to. Every single problem aku keep to myself. Kesian kan? I don't easily tell anyone about my personal life. Bahaya jugak sebab kalau banyak sangat pendam mungkin boleh meletop berkecai bila-bila masa. Aku sebenarnya sangat fragile. Sangat sangat. Dan bila something timpa aku bertubi-tubi of course I cant deal with it. Ahh bosan lah borak-borak macam ni. Haha. Oklah belog tercinta. It's my time to say bubbye sebab I got to go elsewhere skrg. Thanx sebab sudi dengar isi hati aku ye. Lain kali I corat coret lagi dekat sini. *kelip mata*

Thursday, December 24

Tag from Ichiban. LOL

1. Adakah anda rasa anda hot?
OMG

2. Upload gambar kegemaran anda.



3. Cerita pasal gambar ni.

Ni gambar masa kitorang pegi durian hunting itu hari. Hoho. Memang best gila time ni.

4. Bila kali terakhir anda makan piza?

Apahal tamo tanya bila kali terakhir aku makan nasik? Agaga

5. Lagu terakhir yang anda dengar?

Bad romance - Lady Gagak

6. Apa yang anda buat selain menyelesaikan tag ni?

Tgk youtube. LOL

7. Selain nama sendiri anda dipanggil apa?

Puss puss

8. Tag lagi enam orang.

Bacit, Syaf, Emy, Iyllienaz, Nene, Yaziith

9. Siapakah orang Nombor (1) pada anda?

Kawan merangkap roommate. Sejak matrik lagi aku kenal mamat sorang ni tapi start kamcing masa kat u. LOL

10. Kata sesuatu mengenai orang Nombor (5).

My bestfriend eversince sekolah menengah. My second bestfriend ever. First nama dia Nury, masa kat sekolah rendah. Banyak sangat yang kitorang encounter selama ni, happy, sedih. Hoho

11. Number (3) ada hubungan dengan siapa?

Entah. Ko pi tanya sendiri kat dia. Wakaka

12. Bagaimana pula dengan Number (4)?

Lagilah aku tak tau dol.

13. Pesanan kepada orang Number (6)?

Lu jangan kasik katak kat gua masa gua tengah tido! Ahakz

14. Apa kelebihan yang anda nampak pada orang Number (2) ni?

Pandai nyanyi. Baru lepas karok dengan dia semalam. Haha

Thursday, December 17

Busy macam bus kilang.

Haish, nak buat macam mana do-ok. Kalau nak dapat title Datuk Seri Segaraga kenalah berkorban masa sikit sebanyak, betul tak Rogayah? *"Betul nyonya!" Balas Rogayah. Sejak akhir-akhir ni, nak taip blog pun tak sempat. Kalau tak sebab kerja sampai tengah malam, mungkin sebab aku hibernate lebih masa atas katil. Mungkin aku kata. Tak semestinya betul. Haha

Takde benda pun yang aku nak cerita kalau aku ter-berhajat nak menaip entry baru. Kalau aku nak cerita pun bunyik dia mesti tak best. Contohnya macam, "Eh, kau nak tau? Tadi aku kerja tak penat sangat lah sebab asyik menyembang dekat kaunter bergosip desas desus." Tak best kan? Aku dah kata dah.

Apa yang sikit menarik pun pasal semalam, tu pun sebab aku jalan-jalan dengan Haiqal and Haris pergi karok dekat Sogo. Tapi tak best macam karok dekat Low Yatt sebab bilik sempit nak mampus+audio system macam karoke funfair Ah Chai yang murahan tahap dewa dewi. Sial! Suara aku yang lunak terus jadik macam itik lelah semalam sebab mic dia macam harammmm. Bodoh menyesal aku pergi sana. Haha. *so bila ko nak karok dengan aku Syaf? Aku dah ajak bukan main, boleh pulak ko lambat bukak mesej aku kan? Haharhaha

Oklah. Main point yang aku nak stresssss kat sini ialah A.K.U B.U.S.Y. Dah pi main jauh-jauh. Agaga

Siapa-siapa yang sangap nak jumpa budak 16 tahun yang muka sebijik seketul macam Aidil Zaquan yang main bola tu, dan jugak muka sebijik sebunjut macam Kim Hyun Joong kumpulan SS501 tu, silalalalah ke Parkson Alamanda, lebih spesifik di area Back to School. Diorang promoter kat sana. Sumpah sebijik. Gua tak tipu. Kalau tak sebijik seketul, gua takkan buat hebahan macam ni. Sia sia betul tak? *promosi ini tiada komisyen, harap maklum. Parkson kedekut tahi berketul busuk.


macam ni lah muka budak-budak tu. Gua tak tipu dol!

Friday, December 4

Perlukan Obat Kuat?



Barbie collector's edition dekat Pavi. Smart woh~

Aritu masa aku cuti aku ajak Eqal, my bestfwen pegi jalan2 sama, konon-kononnya nak tengok wayang. Tapi tiba-tiba aku tergatal ajak dia pergi karoke sekali. Tak apalah. Aku tak menyesal pun pergi karoke tu sebab memang hakikatnya best. Melalak sampai urat tekak putus, menari macam tengah clubbing tu memang sudah tentu lah kan. Macam-macam lagu aku nyanyi dari yang paling latest seperti 'Bukannya Aku Tak Cinta-Iklim' sampailah lagu-lagu lama macam 'Sweet Dream-Beyonce'. Eqal bawak kawan dia sekali, Haris. So, kitorang 3 orang memang have fun gila-gila la time tu. Aku rasa banyak tenaga habis masa dekat REDBOX tu. Huhu. Ok, sila kunci perkataan [tenaga] tau sekarang.

Lepas dah penat melalak, kitorang jalan laju-laju pergi Pavi sebab aku nak masuk Forever 21 sekejap, nak tengok jaket. Eqal ngan Haris pulak carik kerja sambil-sambil tu. Kitorang masuk Tangs, konon-kononnya diorang nak carik kerja kat situ lah. Alih-alih masing-masing malu nak tanya sampai Customer Service pun tak jumpa. Huhu. Bila dah jumpa, staf tu kata kalau nak mintak kerja, kena pegi bangunan sebelah Pavi pulak. Dah sudah, bangunan apa pulak lah yang ada kat sebelah Pavi ni. Ok, so Tangs cancel. Kitorang masuk pulak Stadium, jumpa cashier diorang yang kekwat tu. Nak kasik borang pun mengada-ngada tunjuk garang. Kitorang tak bawak pen pun jadik isu,
'Macam mana ni?Nak mintak kerja tapi tak bawak pen?'
Mengada kan? Bukannya hadap sangat pun nak kerja dekat situ. Ok, lupakanlah pasal scene ni. Tak menarik pun.


Lepas tu, kitorang pegi Forever 21 pulak, tapi jaket yang aku minat tu dah habis saiz, paling kecik pun size M, itupun kalau aku pakai nampak macam pakai jubah. So how? Haha. So, kitorang terus gerak pegi GSC nak tengok movie. Cerita lain takde, New Moon aje yang nampak macam best. Nak tengok Ninja Assassin tapi Eqal dah tengok 2 kali. Kesian pulak kat dia nanti. Tapi best jugak lah cite New Moon ni. Cuma cerita dia agak meleret sikit. Sebab sarat dengan emosi, dan dialog dia banyak berselirat, pening. Tambah pulak kitorang dapat seat paling depan. Patah tengkuk oh~ Tapi overall ok lah. So-so.

Kitorang habis tengok movie dalam pukul 7 lebih macam tu. Lepas dah keluar panggung, kitorang pun balik. Masa tu memang tenaga dah depleted lah. Memang masing-masing penat nak mampos. Dekat entrance Pavi masa tu ada salji turun, cantik gila. Rasa macam duduk dekat overseas masa tu. Haha. Masa tu aku dah perasan muka Haris nampak lain macam sikit. Aku tegur dia pun dia macam senyum sikit aje. Takpelah, aku kata dalam hati.

Aku terus jalan ke depan, borak-borak dengan Eqal sekejap. Tiba-tiba aku perasan Haris takde dekat belakang kitorang. Ah sudah! Lepas tu aku tunggu lah sekejap. Maybe mamat ni gerak lambat sikit kot. Tak berapa lama lepas tu, dia muncul. Ok, aku lega sikit. Aku try senyum kat dia, tapi dia still blur sambil pandang tempat lain. Aku ingat dia sakit ati sebab kitorang tak tunggu dia jalan sama-sama.


Masa nak lintas jalan, aku noticed yang Haris jalan macam pelik. Macam orang takde tenaga. Macam orang mabuk todi lah. Kaki dia macam bengkok, macam nak pengsan. Adoi, camne ni? Aku kata dalam hati. Eqal dah lintas jalan masa tu. Aku pegang Haris kuat-kuat sebab takut dia tergolek tengah-tengah jalan, karang tak pasal-pasal penyek kena gilis dengan lori. Lepas dah siap lintas jalan, aku tanya Eqal kenapa Haris macam ni. Eqal pun tak tau. Kitorang memang dah freak out gila time tu. Haris masa tu macam budak terencat, pandang-pandang atas lepas tu tengok tangan macam tangan dia tu barang paling cantik. Memang nampak macam terencat la. Kitorang tanya dia kenapa tapi dia senyap, tiap kali kitorang tanya memang dia tak jawab. Dia sebijik macam budak sindrom tau. Aku pulak naik malu sebab semua orang kat situ pandang tak kelip mata. Hua~ Camne ni? Last2 kitorang teruskan jalan sampai dekat tepi Sg. Wang, ingatkan dia dah ok rupanya makin teruk. Dia makin tak dapat kawal diri. Nak berdiri pun tak dapat.

So, Eqal suruh aku carik handphone dia sebab Eqal nak call mak dia, tanya kenapa boleh jadik macam ni. Masa aku cek poket Haris tu, dia ada simpan air soya dalam poket dia, tiba-tiba Eqal terdetik suruh kasik air soya tu dekat Haris suruh minum. So aku pun bukakkan air soya tu kasik kat dia. Masa Eqal call mak Haris, barula kitorang tau yang Haris ni cepat kekurangan tenaga dan dia akan sawan kalau benda tu terjadik. Nak nak pulak kitorang jalan jauh gila tadi, lepas tu melalak bagai nak rak dekat REDBOX. Habislah tenaga kan? Mungkin glucose level dia cepat depleted kot, so otak tak dapat ATP yang cukup, that's why dia macam lemah shahwat tu. Haha. Lepas dah belikan dia milo ais, dia baru OK sikit.

Tapi ni ar
pengalaman paling aku tak boleh lupa. Memang freak out gila la. Selama aku kuar jalan-jalan ngan kawan, tak pernah jadik benda macam ni. So, thanx Haris sebab kasik aku pengalaman macam ni. Huahua. Next week jangan jadi macam ni lagi tau! Aku tak kira, aku akan paksa kau minum air milo ais setiap 2 minit. Cuak kot! Haha.

p/s: Entry ni banyak pasal tenaga kan? So, ada sesiapa yang nak beli ubat kuat ke lepas ni untuk tingkatkan tenaga? ahaha

Tuesday, December 1

B-Believe




Aku beli benda ni semalam dekat tempat kerja aku. Memang puas hati lah. Dah la murah gila, lepas tu dapat lagi 20% discount sebab ada staff purchase. Hehe. Tapi yang tak bestnya aku tertinggal miniature Euphoria Men yang aku dapat masa beli tu dekat kaunter. Shit betul. Ni semua salah bebudak promoter baju sekolah tu. Bising gile macam budak kecik! (Dah memang diorang baru Form 4 kot -agaga) Sebab diorang bising lah aku kelam kabut balik sebab malas nak layan diorang. Huhu.

Apa-apalah. Tapi semua tu gua tak kisah. Yang penting gua dah happy sebab duit dah terbazir. At least aku dapat atasi kebimbangan pasal result ni. Siot tul result aku tak macam haramjad pulak kan. Takpe lah. Malas nak fikir. LOL

p/s: Bacit, kita boleh buat museum perfume Britney lepas ni kat bilik. Tinggal satu je lagi perfume yang kita nak beli, Hidden. Ko dah ada Curious, Fantasy, ngan Midnight Fantasy kan? Tambah ngan aku nyer Believe, lepas ni kena beli Hidden pulak. Ok. Memang lengkap. Kahkah.
Apa kes Fantasy-Circus dah keluar lama ni? Aku baru tau kot benda ni ada. Kawan aku kata dia dah beli lama kat Australia. Siot tol~

Kolam Ikan Encik Eipul