My Tomey-Lotey Followers

Monday, January 4

Detik Awal 2010. Kau buat apa?


Ohhoooooooohhhhhooooooiiiiii!!!!!

Hah, amek ko! Haha. Jangan risau lah, aku tak gila lagi. Saja-saja sebab rindu kat korang. Agaga. Macamlah korang rindu sangat kat aku kan. LOL

Aku ada BANYAK gila benda nak bagitau tapi malas nak taip pepanjang. Boleh? Kalau macam nak suruh aku list point2 event penting yang berlaku dewasa ini, antaranya adalah; praktikal aku start minggu lepas, first time aku makan turkey(memang sedap gila), Kajang syurga handphone(motip?), Rabu pergi shopping dekat Alamanda dengan Bacit, Khamis pergi overnight sambut New Year dengan bestfriend tersayang Nene dan bestfriend-kini-berskandal-hebat Emy, Jumaat pergi tgk wayang dengan Eqal cerita Alvin & The Chipmunk dan terus pergi Perak jumpa Zami dekat UPSI, Sabtu pergi KL jalan-jalan pegi karok dan tgk wayang cerita Vampire's Assistant dan jumpa Meso, Usop, Hakem. Sikit kan benda yang aku nak cerita? =D

Praktikal aku so far so good. Aku kerja dekat kilang frozen food, produk dia banyak gila, sampai aku tak tau nak start tulis dari mana. Tapi aritu ada turkey lebih, diorang masak kan untuk kitorang. Sedap! Hehe. Ok, tu pasal praktikal.

Lepas tu aritu lepas balik kerja, kitorang nak jalan2 pegi Kajang and beli handphone(Sharil sorang), so jadik lah dia beli handphone xpress music yang touch screen itu atas desakan Wani(LOL), and kitorang pegi Metro kajang dan tak tau nak buat apa. Tapi Kajang memang serious heaven lah kalau siapa-siapa nak beli hp murah. Sirius. Tak tipu. Heh

Hari Rabu pulak aku dengan Bacit ingat nak pegi Alamanda nak tengok cite Avatar tapi seat penuh semua. Memang marah gila time tu. Bila aku nak tengok movie, masa tu lah semua orang sibuk nak tengok jugak. Sial je(motip marah2?). Sebabkan tak jadi tengok wayang, aku pun gerak pegi Parkson dengan Bacit and kitorang shopping undergarment dekat situ. Sale tau! Dah la aku dapat staff purchase, so memang murah+murah-gila lah. Hoho. Then jumpa kawan-kawan aku kat sana, Abang Mahathir, Iman, Ira(dia berenti keje esoknya), Khairul(smart gila kau pakai blazer kan!), dan ramai lagi, borak-borak dengan diorang. Huhu.

Khamis malam pulak Nene ajak pegi overnight dekat KL konon-konon nak sambut New Year. So aku pun macam excited then pegi lah sekali. Emy pun ada time tu. Aku ngan Nene jumpa dulu dalam pukul 8 macam tu. Kitorang pegi carik hotel terdekat sebab tamo jadik macam overnight itu hari yang tido terkangkang depan kedai orang sebab tak dapat sewa mana-mana hotel. Dan malangnya masa New Year tu pun kitorang tak dapat bilik jugak, semua full house. Jadi, aku sebulat suara ajak diorang pegi clubbing untuk isi masa yang gila banyak terluang tu. Huhu. Malam tu jugak aku jadik gila dan mintak dekat Nene nak isap rokok. Gila ok. 2 batang siap aku isap. Menangis! Masa clubbing tu best jugak lah. Ada show tarian Beyonce so aku macam OMG happy gila-gila sebab diorang menari cantik gila nak mampos.(cepat kira berapa banyak aku guna perkataan gila tadi! Haha)

Lepas penat, kitorang pegi kedai mamak yang biasa kitorang pegi untuk revive energy(LOL). Aku mintak milo gelas sedang, dia bantai kasik aku gelas besar macam nak suruh aku benam kepala dia dalam gelas tu, boleh? Tapi best jugak lah sebab aku pun memang dahaga gila time tu. Huhu.

Lepak dekat kedai mamak tu agak lama jugaklah sampai masing2 buat muka penat nak tido. Nene cadangkan kitorang cari lagi hotel mana tau kot-kot ada kosong sekarang tapi malangnya semua still penuh. So, kitorang lepak dekat depan kedai mana entah sampai dekat pukul 6 then Emy kata jomlah gerak balik sekarang sebab lrt dah boleh start naik. Then, kitorang pun berpisah lah. Ingat nak jalan2 lagi dengan diorang tapi memandangkan muka masing2 macam zombie yang tak cukup tido, aku pun decide untuk balik jugak.

Aku balik terus tido sampai pukul 1 then baru teringat aku patut jumpa Eqal dekat BB. So, aku siap2 cepat dan terus pergi tunggu bas nak pegi Pudu. Dekat Pudu pulak aku boleh tersesat tak jumpa stesen Star. Aku pegi stesen Putra dekat Central Market. Gila tak?
Lepas tu satu hal aku kena jalan kaki pergi Star Plaza Rakyat. Penat gila kau tau! Huhu. Tak cukup dengan tu, dekat Star tu pulak aku boleh salah naik tren then aku pegi Masjid Jamek padahal sepatutnya aku kena pegi Hang Tuah. Adoi memang penat gila time tu. Sampai dekat Times Square pun dah lambat, ingat nak makan dulu sebelum tengok wayang tapi tak sempat. So kitorang terus tengok Alvin & The Chipmunk. Kelakar gila. & sangat chomel Chipettes tu. Aku paling suka Brittany sebab dia yang paling cantik. Haha

Lepas habis tgk wayang, kitorang gegas pergi Plaza Rakyat untuk naik bas pergi UPSI pulak. Ko bayangkan betapa penatnya aku time ni. Sumpah penat gila. Tapi demi road trip yang Eqal dah plan awal2, aku ikut jugaklah. Huhu. So, kitorang sampai dekat Tanjung Malim lebih kurang pukul 8++ and Zami amek kitorang naik kereta. Lepas tu terus pergi kedai makan sebab kitorang tengah lapar gila.
Balik UPSI Zami tunjukkan kawasan UPSI tu kat kitorang sebab kitorang tak penah pegi. Besar jugak lah tempat tu. Ada Proton City bagai. Haha.

Adoi, banyak pulak aku tertaip ni. LOL. Esoknya kitorang pegi KL dan head terus ke KLCC sebab Eqal nak return broadband Maxis. Lepas dah settle, kitorang terus pegi karoke dekat REDBOX Low Yatt. Best gila! Macam buat konsert back to back pulak. Haha.
Then, Meso mesej Eqal ajak jumpa dekat Times Square so kitorang pun pegi sana dan terus beli tiket Vampire's Assistant. Jumpa Meso tu kitorang sempat borak-borak sekejap aje sebab Akem ada selection Bola Tampar wakil Malaysia pegi SUKMA kalau tak silap aku.

Lepas diorang balik, kitorang shopping2 baju dekat Sg. Wang dan aku terbeli jaket Soda. Sial habis duit aku tapi worth it lah sebab benda tu memang obviously stunning. Sebelum tu aku beli MP3 Mickey Mouse dekat Low Yatt sebab murah dan aku memang perlukan MP3 sebab aku gila nak dengar lagu. Nak guna hp boleh tapi hp aku cepat habis battery.

Lepas tu aku beli DVD konsert Beyonce. Adoi lagi satu hal habis duit aku! Huahua. Tapi memang dari aritu lagi aku nak beli sebab tensyen konsert dia batal itu hari. Duit refund pun sampai sekarang aku tak dapat lagi. Bingai gila Ticket Access tu.

Dah habis tengok Vampire's Assistant tu yang lama nak mampos macam cerita bersiri tu, kitorang pun decide nak balik UPM saje sebab malam dah larut dan mustahil Zami nak balik UPSI lewat malam macam tu. Takut tak sempat sampai sebelum pukul 12 katanya.
So, kitorang pun balik bilik aku kat UPM. Aku pun lega gila sebab akhirnya perjalanan back to back sejak Khamis lepas akhirnya tamat. Sumpah aku penat gila. Zami baru balik UPSI pagi tadi. Eqal pulak balik umah tengah hari tadi. Aku hantar dia pegi KTM Serdang.











Kesimpulannya, minggu ni memang hectic gila. Dengan praktikal nya, lepas tu jalan-jalan tak henti lagi, aku rasa macam nak pengsan sekarang. Boley? Korang punya minggu macam mana pulak? Cerita ar kat aku. Hehe

xoxo

13 comments:

syaf said...

wah berjalana sakan kaw...turkey??nak wey teringin nak makan...hehehe...slamat berpraktikel

aku nyer cuti bese2 jerk..aku balik kampung..

niesz said...

pnjang seyh..hahaha..ni betul2 bejalan nie..hihi..mesti penat giler..nk mampos lagi..haha..

if niesz la kan...confirm la niesz xkuar2 uma da..class pon ponteng kot..ehe..penat punye pasal..sempat shopink lagi...bile la niesz nk start shopink nie..wit da ade lam tgn..hihi..

heppy new year too eipul!

lionteen said...

wah..
mmg agak pjng n3 ni..
hehe..

beshnye jln2..
lionteen da blk ganu ni,xley la nk jln,..acik ujan je..

wah..
btui ke..
igt nk bl nset la..
ley la usha kajang..
hehe

Judiene said...

weyh
agak2 r byk citer pn
letih aku baca smpai abes
wakakakkakaa
enjoy sakan nampak ek!
;P

HIZAMI said...

wah...
meriah gila!
ahha...
syabaz!
;D

Just_najmiE said...

aku jeles.. aku nk jumpa zami gak.. (T__T)

ok, sekian.. =P

iyllienaz said...

mak aih..byknya aktiviti ko...mmg mengisi masa terluang betol ni..lpas ni jalan2 ajak aku ek..haha

shah_ariel said...

Wah name ak msuk gak nie..huhu..ak comment entry ko pki nset bru ak..(motip!)

yaziith su anaz said...

memang sangat sedikitlah.



aku pon nak start praktikal gak isnin depan.
tapi still kene buat asaimen. ceh.





*rindulah kau epul!
(karutan ko je oke)

emy said...

bukan men berjela2 ko nyer post...

iekah said...

aku xkisah post ko panjang2.
yg aku tau mp3 ko comel.
bley aku curik pas ni.
haha

~gOSsiP BoyZ~ said...

meriah ..babes pick a night...merier the more..haha..tahniah..idop ko memg idop artiz(lol) tapi ko lah yg habiskan duet bukan pegi buat duet ..haha..tahniah yer..btw,memg bez giler karok ngan ko n zami n thanks cuz even penat tapi teman gak aku g UPSI..haha..thanks..!!

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt. Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Dia berasal dari Melaka. Dia berumur 44 tahun. Dia tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Dia sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Dia tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala dia tidak makan dan mandi beberapa hari. Dia mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

Kolam Ikan Encik Eipul