My Tomey-Lotey Followers

Sunday, January 24

Kami pelapor.

Hai Munah. Berjumpa lagi kita dalam rancangan A.L.O.N.G. Baiklah. Mari kita baca sifir 24 dalam satu nafas. Siti Sifir, ayuh kita mulakan!!!

1x24=24
2x24= kau kira lah sendiri guna kalkulator saintifik! Boleh?

Hah! Kau dah kenapa sampai mata terbeliak macam tu? Haha. Aku sebenarnya takde benda nak merepek buat masa ni. Dalam hati ada rasa geli-geliman macam nak taip text ucapan panjang berjela, tapi maaflah, aku tak mampu lah, lelah.

Minggu ni hectic gila. Tak tau aku buat apa tapi aku rasa macam minggu ni hectic gila. Kau tak payah lah nak tau apa yang hectic nya. Tak penting pun. Wahaha. Annoying gila kan? Ok. Berikut merupakan laporan minggu ini. Sila baca jika anda guru pemeriksa kertas BM.

Pada Rabu lepas, saya dan kawan-kawan praktikal berasa teruja kerana client bos dari Japan telah datang. Kami sebelum itu dipaksa untuk menilik syarikat-syarikat pembekal surimi dan shashimi serta sake segala untuk mendapatkan apa yang kami panggil sebagai 'raw material'. Sebut betul-betul kawan-kawan, 'r-a-w m-a-t-e-r-i-al'. Pandai!! Tapi malangnya, harrraaaammmmm~. Semua syarikat pembekal dadah itu tidak mahu bekerjasama kerana mereka jeles. Mujur bos turun padang dan bawa bonzer-bonzer berdada tebal untuk ugut mereka bagi 'raw material' itu pada kami, jika tidak, NAHAS. Mereka gementar lalu kami pun beroleh benda yang kami inginkan.
Yeayea!

Client dari Japan itu seorang yang sedikit kerepot itu bernama Mister Ando [bukan pelakon Heroes ya!] dan seorang lagi yang muda sedikit itu namanya Mister Nakamatsu. Mereka pandai membuat fish ball. Ya! Saya tidak silap. Fish ball. Saya terlupa pula untuk tanya mereka adakah
mereka pandai membuat fish cake atau fish fillet jua. Nanti jika saya jumpa mereka balik, saya tanya ya. Mudah-mudahan selepas ini kami punya syarikat akan kaya-raya dan berjaya menembusi pasaran Mozambique, Papua New Guinea, serta Timor Timur. Amin.


Wani, aku, Mr. Nakamatsu, Mr. Ando, Encik Omar, Wan Hero, ngan Sharil. [Aku curik gambar kat blog ko, heh!]

Selepas itu, pada hari semalam, saya dan seorang kawan Parkson yang berumur 30 tahun itu pergi ke The Mines, saja-saja pergi tengok bangunan The Mines tu. Harhar. Gelak lah sebab saya sudah buat lawak. Sampai hati tiada tergelak. T___T
Bukanlah!!! Hah, kan dah start garang. Kami ke sana kerna sudah bosan duduk di rumah. Kami pergi menonton movie berjudul Merantau Warrior. Selepas tengok movie itu, kepala kami pening kerana penuh dengan adegan bertumbuk sepak terajang bagai. Nasib baik tiada adegan darah terpercik-percik seperti ayam percik. Jika tidak, kami mungkin termuntah di atas kepala budak hadapan. LOL

Untuk perenggan penutup, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya yang selama ini menyokong kerjaya seni saya. Mudah-mudahan saya dapat bertapak lama sedikit dalam industri ini. Moga-moga.

Amacam? Buleh dapat A1 tak karangan laporan kat atas ni?

5 comments:

iyllienaz said...

haha..merantau xbest ke??

iekah said...

da 5taon lamenye xbace entry ko.

weeee ;)

ariel shah said...

tahniah

karangan anda diiktiraf sebagai karangan terbaek bagi kategori kanak-kanak special yg cuba untuk jawab soalan BM SPM..huhu

JohanPrinze said...

kelakar aku baca entry kau! aahahahah

yaziith su anaz said...

aku bagi ko 9G.

Kolam Ikan Encik Eipul