My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, January 27

Sempit macam Adnan.


Warharharhar!!!! [gema ala-ala dalam gua]

Kelakar lah sangat kan cerita ni. Hoho. Nasib baik tiket harga RM8 je. Kalau gua terbeli tiket 3D untuk tgk cerita Adnan Sempit ni, memang gua dah lama melolong naik antu dalam hall GSC tersebut. [masalahnye, ada 3D ke cerita ni?] Gua bukan apa, fikir nak martabatkan industri filem tempatan je. Lagipun, kawan gua yang ajak tengok, not that I'm so like eager gila macam "Omaigod gua memang bangun pagi tadi terus berazam sungguh-sungguh yang bahawasanya gua akan ke GSC untuk menonton filem unggul 'Adnan Sempit' itu". Bukan ya. BUKAN.

Tapi ok jugak lah. Ada scene macam si gemuk entah siapa tu yang menyanyi macam budak tak betul like so kelakar sebab face expression dia macam sakai gila. Haha. Ok, cukup pasal movie.

Sebenar-benarnya, gua pegi kuar ngan member Parkson gua semalam sebab masing-masing macam gatal-gatal kelengkang mahu tgk movie malam-malam. Gua ingatkan dia mahu tonton cerita hantu, tapi takpelah. Best jugak lah cerita Mat Sempit tu. Syabas lah ye Ahmad Idham. Tetibe!
Kebetulan pulak gua cuti semalam, ohoh, memang wajib lah bazirkan masa yang sedia ada free, betul tak Munah?

Lepas dah tgk movie, gua pegi main lumba kereta dekat arked game. Agak-agak macam dah bosan, kitorang gerak makan ice cream McD dekat McD yang dekat bawah Baskin n Robbins tu. Nak makan ice cream Baskin n Robbins gua tak cukup bajet bai. Dapat pulak gua ter-baik nak belanja kawan gua. Mau mati gua tak makan 2 minggu kalau belanja dia makan Baskin n Robbins nanti. Waharhar.

Lepas dah penat borak-borak sampai air liur menjejes-jejes, beliau kasik cadangan supaya gua ikut dia pegi jalan-jalan round Putrajaya. Gua takde hal beb bab-bab berjalan ni. No kompromi kalau benda-benda 'disposable' hangat macam ni. Haha. *Tukar word disposable dengan proposal ea [akibat tengok Adnan Sempit, wa tertaip ayat dia arh]

Kitorang jalan-jalan dekat PICC, Pullman, main-main rumput dekat depan Palace of Justice, & last but not least, kitorang duduk dekat depan masjid lepak dekat taman roundabout tu sampai gua tak larat lagi nak ajak member gua bersembang.

Sebelum gua terlupa, masa nak pegi roundabout dekat depan masjid tu, gua nyaris kena gilis dengan van security buruk mana entah. Gua tak perasan dia lalu sebelah gua. Sikit lagi gua nak bergesel sama van buruk tu, nasib baik gua cepat bertindak. Kalau tak, sudah tidak type blog lah gua ini malam ye u ollls. Hoho. Alhamdulillah wa selamat.



K arh. Gua bukan nak membebel sangat pun malam ni. Saje je nak kasik release tension sikit. Gua ada projek nak buat malam ni. Tapi bukan projek aqiqah dowl. BUKAN. Gua ada benda sikit nak kasik settle ini malam. Huahuar. Ok lah. Gua chow chin chow dulu ye. Halo halo gua kalau ada inquiry apa-apa yang tak puas hati. Heh

8 comments:

iyllienaz said...

haha..cite tu agak kelakar la jugak..

Judiene said...

citer tu best la weyh
aku gelak smpai nak terberak
hahahaha

yaziith su anaz said...

orang ckp sedap,,


aku sampai ke hari ni xtengok lagi.
ciss.

Ejay said...

muahahah...
ko mmg klaka la dowl!!

btw, recently mcm kerap je ko publish pic ngan mamat ni. suruh dia senyum nampak gigi sket eh. baru la nice...
~ejay tingtong!

iekah said...

adnan ke ko yg sempit?

;P

░♥si lampu neon♥░ said...

perluke aku tgk adnan sempit? haaha

syaf said...

aku x tengok agi..ramia yg kate best...t aku tgok

windu gak kat ko doe

syaf said...

aku bru tgok semalam..memang best doe
bawak sial cite nie...lawak giler

anyway sapekah mamat tuh..ko nyer ?? kahkahkah..

Kolam Ikan Encik Eipul