My Tomey-Lotey Followers

Monday, February 15

Bengkak bijik mata aku.

Hari Sabtu baru ni aku ajak Wanilizzie dengan Wan teman aku pegi Tesco Kajang. Tujuan aku bukan nak beli ikan masin hataupun cekedis, tetapi aku pergi ke tempat sangkak itu sekadar untuk meninjau keadaan Handphone Fair yang kononnya menjanjikan harga yang lebih murah berbanding situasi pasaran sebenar [hambik kau, ayat Karam Singh Walia aku kasik sama kau!!!]

Jadi, setelah terperangkap dengan tipu helah mamat tidak comel itu, aku pun terbeli benda ni. Bingong!


Guna handphone ni aku macam ada feeling-feeling pakai Blueberry, eh salah, err, pakai handphone Blackberry maksud aku. Motip!!! LOL.

Actually malam Sabtu tu Apiz ajak aku ngan Sharil jalan-jalan sebab kitorang tatau nak buat apa [padahal aku patut kerja petang tu, aku terponteng pulak]. So, kitorang gerak pegi Low Yatt dan karoke sampai tekak tercabut kat sana. Hoho



Lepas karoke, kitorang gerak gi Times Square, tgk cerita Percy Jackson n the Lightning Thief. Masalahnye aritu aku dah tgk cerita ni dengan Kerol ngan Kak Liza. Nak tak nak aku terpaksa je lah ikut dan yang paling penting, most of the time aku tido aje kat dalam wayang tu. Kahkah.

Kitorang tak mo balik awal sebab kunon nak overnight bagai dekat KL. Fine! So, kitorang terus pegi Downtown Cheras [walaupun tersesat banyak, kitorang gigih jua pergi sana]. Nak tau tak? Aku terbeli 2 bijik Crocs kat situ, dan sekarang aku menyesalinya. Sial.

Downtown kan tutup pukul 3 lebih macam tu kan? Kitorang punya gate pulak bukak lebih kurang pukul 5.30am macam tu. Jadik, untuk mengisi masa yang terluang itu, kitorang pun makan steamboat kejap dekat Downtown tu. Tak sangka pulak sedap sangat sampai buat aku sangap. Kahkah.



Lepas dah kenyang makan kat situ, kitorang balik UPM dengan tersengguk-sengguk mata masing-masing dah bengkak macam apom, tapi yang aku hangin tu, gate still tak bukak lagi. So, nak tak nak terpaksa lepak dekat mamak Maulana minum milo panas. Aku balik bilik je terus terbongkang atas katil tak ingat dunia, bangun lambat, dan lewat satu jam pegi keje. Best gila!

*Adoi, arini budak tu last day lor~ :-(

4 comments:

HIZAMI said...

ahha.
da lame tak baca entry ko.
manekah menghilang?
huhu~

Ain Jemin said...

bestnya eipul jln2..jeles..
hurm..best ke guna hp tu?

iekah said...

ade cheff nsem x?

haha.

iyllienaz said...

haha..jalan sakan ek..

Kolam Ikan Encik Eipul