My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, April 14

Bagi cepat kat aku! [Give it up to me!]


Korang mesti macam gusar-gusar nak tanya aku kan sekarang pasal apa motif aku letak tajuk hardcore pada entry aku kali ni? Cakap jek ar, toksah memalu. Aku ni pun bukannya garang sangat. Muka je ganas tapi dalam hati ada taman bunga raya. Aku bukannya Along Bukit Beruntung ye kalian. Mungkin berdasarkan tajuk, korang mesti ingat aku ni nak mintak client2 aku supaya bayar hutang-hutang belum langsai yang melepet celah-celah lipatan kulit diorang kan? Kan? Kan? Bapak annoying sial. Okey lah. Aku tak mahu merepek meraban lama-lama sebab aku pun bukannya ada banyak masa sangat nak menulis macam korang. Kahkah.


Gambar first&second tu hiasan aje. Harap makyong. Saja nak tunjuk betapa bangganya aku dapat naik benda usang tu. Ciyesh usang. Apa tah nama dia. Oh jap. Nama dia forklift. Bawak benda tu ada lah feeling2 berahi sikit, lebih kurang sama saje perasaan dia macam ko pandu uji kereta Lamborghini. Tak tipu dol.

Oklah. Melalutnya! Hish! Ok. Haritu, kitorang makan turki. =TURKEY. Hehe. Ayam belanda. Dah paham? AYAM BELANDA. Get it? Ya ampun! Ni ha lah! Susah betul nak explain.

Eh silap. Ini ayam yang terlampau comel. Ni ha.

Annoying!!!! annoying bukan perangai gua? Ok. I'll repent.
[macamlah korang jahil sangat tak tau turkey tu apa ek? haha]

So, below are the selections of best pictures taken during that 'nostalgic' day. The day of eating the turkey with fellow staffs of my tempat praktikal. Diorang kata event ni khas demi celebrate 2 orang pekerja bangla berdedikasi dan berjiwa kental yang telah mengambil keputusan rumit meletak jawatan secara rasminya dan berpindah ke kilang lain yang berdekatan atas faktor ekonomi yang mencabar jiwa raga. *hmmpphhh sedut nafas dalam2. Semput doh nak habiskan ayat panjang ni!

*Kepada Bakar dan Aslam yang berada jauh di perantauan, bukan niat kami nak celebrate korang blah tanpa ajak korang mamam sekali, tapi masalahnya aku pun tak tahu lah kenapa pemasakan turkey ni berlaku pada hari korang dah blah. Oh! Sebab bos tak datang ofis lah time ni! Sorry~

Amacam? Ada rupa hotel 97 bintang tak? *aku tau jawapannya adalah...
'kepala kau hotel berbintang! Macam kandang binatang adalah!!!'
Kan? KAN? KAN??!! [gema-gema]
*emo tak pasal2.

Kak Fida tunjuk peachh. Ratu Diva Nik tersenyum girang tanda riang-riang ria hari raya.
*caption paling bangang yang pernah aku tulis. Kahkah.

Kalu[yang pakai baju kelabu] berperut boroi tapi ada hati mahu tayang2 depan khalayak. Cantik tak tempat makan kitorang? Dah macam rumah hantu pulak aku tgk.

Sesi self service. Kau mampu makan hidangan buffet macam ni? Ha? Ko mampu tak? Ha? HA??!!
*sumpah annoying doh aku ni.

Oh lupa, tajuk entry ni pasal lagu Shakira yang aku baru tahu oh-sangat-lah-best-nya. Aku bukak kat youtube aritu lagu Shakira - Give it up to me. Aku suka sangat sangat sangat dengan dance video klip tersebut. Buatkan jantung aku berdegup kencang kencing tau! Oleh itu, aku pun bergelek-gelek ohohoi kat dalam bilik sesorang time dengar lagu ni. Heh!

p/s: Akak Beyonce', you jangan risau ok. I tetap minat you lebih. *angkat tangan sebelah kanan pose sedang angkat sumpah. ^o^

7 comments:

lionteen said...

sedap ke aym panggang?
lionteen xpernah mkn lg..
kuikui..

Ejay said...

ko sure ke ayam turkey tu...?
aku mkn turkey masa thanksgiving jer... heh.

Just_najmiE said...

sedap ka daging turki tu weih?..

Hizami Li said...

ahha~
hey.
i promote ur blog kt fan page Budak Lelaki Sebelah Pintu~
;D

syaf said...

bapak batak korang makan turkey...
aku ni dah klame mengidam nk makan turkey doe...damn

wanilizzie said...

ohohohoi..... udah2 le menari lagu kak tiri ko tu.... hahaha

yaziith su anaz said...

adoi,,




malas dah bace blog ko nanti.
pasal makanan je.
crave dah aku ni.



bangang.
:(

Kolam Ikan Encik Eipul