My Tomey-Lotey Followers

Sunday, April 4

Geez!!!!!

Hamboi-hamboi, banyak betul kulat kulapok dekat blog aku ni ha. Adoi, aku rasa dah dekat 87 tahun aku tak hapdate blog mucuk ni tau. Sorry la blog, bila time aku nak menaip je, tangan aku dan-dan tu lah nak ter-cramp jari manis ni, jari telunjuk tu, silap-silap hari bulan, ibu jari aku tumbuh cagu[apa kaitan uols???!!] Haha. :-D

Hah, sekarang ni aku bukak talian hayat untuk korang-korang semua yang comel belaka, tanyakan aku soalan-soalan yang korang ada rasa nak tertanya. Al-maklumlah, aku ni kan dah lama tak meng-hapdate entry. Ha? Takde orang yang nak tanya soalan kat aku? Ok lah kalo macam tu. Tak apa. Dah biasa dah dengan situasi ni. Biar aku yang tak tau malu ni tanya kat diri aku sendiri ye.

Eipul: Eipul, jawab yeh soalan first ni. Soalan dia berbunyi 'Kenapa kau dah lama tak hapdate blog?'.

- Ko ni nak kata bangang tidak boleh juga. Kan aku dah bagitau tadi, tangan aku cramp bila nak taip entry baru. Ish ko ni, gigit karang! [sambil buat muka kucing marah]

Eipul: Garang betul lu ni. Gua baru nak acah-acah mak enon. [motip?] Emm, takde cerita terbaru ke yang lu nak story-mory dalam blog ni skrg?

- Ha, ada pun soalan yang relevan sikit. Ok, banyak gila benda aku nak cerita kat ko Munah. Sama ada ko larat atau tak aje nak mendengarnya. Ko dengar sini, stat daripada entry aku yang pasal aku masak sushi aritu, sushi ye, bukan cuci, aku ada ar jugak tgk movie sekejap, tapi macam dah basi sangat je aku nak buat movie review. Aku tgk Wolfman dengan kawan aku aritu, dan yang merepeknya, aku beli big apple konon nak makan dalam wayang tapi terlupa nak makan, boleh? Last2 bawak benda tu makan kat A&W. Tak habis jugak. Aku tapaw bawak balik, terbang pulak kotak big apple tu masa aku tgh bawak moto. Best tak?



Pastu, hari minggu tu aku pegi jogging dengan kawan aku dekat Taman Putra Perdana. Korang wajib pergi jogging kat situ sebab tempat tu sangat cantik. [tak cantik sangat ar, aku saja je tipu]


Selepas aku menonton konsert Beyonce' di Las Vegas yang meletop itu, aku mendapat inspirasi ala-ala konspirasi kontrobersi reversi osmosisi untuk bermain muzik. Bukan cak lempong lah Munah, karang aku lempang ko, nak? Hish!!! Tapi aku menjadi sangap untuk bermain gitar. Hah, sekarang ko boleh melopong, silakan cepat. Cepat!!! Melopong biar langau masuk gentel-gentel anak tekak ko. Hahha. Gitar aku cantik tak? Warna biru tu!!! [poyo gila]


Ada satu hari tu, masa kitorang dah tak ada keje sangat dekat office, Wan dengan aku pakai baju teletubbies. Korang ingat tak teletubbies? Alah, cerita alien comel yang menyanyi macam nak kena penyepak tu lah. Bajet comel aje, padahal perut masing-masing boncet penuh cacing. Macam lah aku tak tau, lagi-lagi adik dia yang bongsu tu. Nampak sangat perut boroi macam nak meletup. Sah-sah ada banyak cacing pita kat dalam perut dia tu. [amboi, ngumpat teletubbies tak ingat dunia aku ni ha]


Cuba ko tgk budak kecik yang warna merah tu. Perut dia yang paling boyot kan? Aku tak tipu doh.

Lepas tu, Nene nak balik cuti seminggu balik Kluang aritu, so sebelum dia balik umah, kitorang jalan ramai-ramai sekali dengan Emy ngan Alan. Tak sah kalau tak karoke bila jalan-jalan dengan aku kan. Ampunkan patik Tuanku. Haha. Hari yang sama jugak lah aku bantai tengok cerita Alice in Wonderland. Idola aku dalam cerita tu adalah Red Queen. Aku impikan kepala bagak macam tu, supaya aku digosipkan dengan keturunan Einstein E=MC^2. Boleh?




Aritu korang ingat tak ada event Hot Air Balloon kat Putrajaya? Tak ingat? Apa entah yang korang ingat, hish! Tapi kitorang pegi takde sebijik pun Hot Air Balloon dekat situ, kecuali belon yang letak gas nitrogen tu. Best kan? Last2 kitorang gerak pegi Alamanda, mamam kat A&W. Aku suka root beer float dia. Rasa macam nak minum sekali dengan mug dia tu, sedap sangat. Masa tu, Sharil beli Thai-Wham-Wrap. Chicken toast kat dalam binatang tu adalah diperbuat di kilang kitorang. Sebab tu kembang-kempis hidung kitorang masuk A&W tu, sebab bangga punya pasal. Kalo korang berhajat nak rasa titik peluh kitorang memotong inti Thai-Wham-Wrap tu, sila-silakan lah beli ye. Mana tahu, ada sisa saki baki rasa peluh bangla masih ada melekat dekat situ. Wakaka.


Ada cerita pasal kawan aku langgar kereta Honda City, pastu keluar masuk balai sampai dekat 2 3 jam, cancel tu, bincang-bincang ni, last-last pompuan tu mintak kawan aku RM1000, katanya kalo ada lebih, nanti dia pulangkan. Ko mampu? Memang sangat tension ye time ni. Padahal plan nak gi mamam dekat McD je. Alih-alih jadik hal mcm ni. Memang sangat dugaan. Huhu.

Aritu aku dengan Wani aje yang datang kerja. So, balik dari kerja tu terus pegi Bukit Bintang join MPOBies karoke dekat Low Yatt. Lepas tu sambar baju Giordano seketul sebab terlalu cantik untuk tidak dibeli, boleh?



Ada satu hari tu, aku gi karoke dengan Wan, Sharel, ngan Wani. Kitorang panggil hari tu Homcorp Day. Best kan? Plan aritu sebenarnya nak tgk cerita Alice in Wonderland, tapi semua tiket sold out. Gila betul. Tu yang terlanjur kata pergi ke Redbox kesudahnya.



Ok, tu je kot benda yang aku nak cerita. Kira rumusan hidup aku lah tu sepanjang dekat 87 tahun aku tak tulis entry baru. Baru smlm aku pegi jogging dengan kawan aku lantas kitorang pegi basuh moto sama-sama dekat kedai pembasuh motor. Murah gila, RM5 je bai. Siap polish tayar lagi sampai berkilat. Nasib kereta belakang tak langgar aku tadi dek kerana silau motor aku berkilat yang amat. Hahha.

Dah, Eipul. Ko tak payah nak buat2 speechless kat sini. Soalan lain meh sini.

Eipul: Ko nak suruh aku tanya apa lagi? Aku dah ngantok ni. Yang aku peliknya kan, kenapa tangan ko tak cramp pulak masa type entry yang ni? Pelik pelik...

- Ada aku kesah ko pelik, ha?

p/s: Rindu korang semua, especially kawan-kawan blog aku, hey Syaf, rindu ko, Hizami, Eqal[ko baca lagi tak blog aku?] Najmie, Ejay, Yaziith, Judiene, Iekah, neon, imheppie, lionteen, iyllienaz, eazy izzuddin, dan sesapa lagi lah yang baca blog aku. Thanx u guys. Haha.

12 comments:

Hizami Li said...

epul,
aku nak promote blog ko la kat blog aku.
ahha.
blog ko mmg best.
tapi rajin2 la update ye.
kalau x boleh kerap sgt, pastikan seminggu sekali pon dah okay.
boleh?
sbb rugi tulisan ko yg best xdpt dikongsi dgn jutaan peminat.
ahha.
konon je tu.
;D

Just_najmiE said...

woah, nama aku kat bawah!!.. nk kembang kempis idung aku jugak baca nih.. hahaha!

weih, gila colourful idup kau mcm pelangi sudah.. tp keja kau pegi nyanyi kat karaoke ja.. mentang2 la takdak redbox greenbox bluebox kat tmpat aku nih.. ufufu..

p/s :- aku rindu kau jugak! 87 tahun baii!.. hahaha.. =P

Judiene said...

xsangka aku yv xcun ni pn ko ingt
hahaha
thanx btw
len kali promote la blog aku skali
baru kena pakej!
hahahahaa..

wanilizzie said...

hehehe... yoy finally... ;p
p/s: sukeee gambar hitam putih itu.... so HOmcorp~
;p

iekah said...

oit.
blog bekulat sudah.

rindu nk baca celoteh ko~

syaf said...

1st ko memang damn sebab lame x update,

2nd - ko banyk p karox tp x roger aku...aku marah nih

3rd, ok p tengok movie pown x ajak aku,

EIPUL said...

zami, tak payah le nak promote2 bagai, aku bukannya pemes amos macam ko, Hahahaha. Tu ar, aku pun tak tau bila entah aku akan hapdate blog lagi. Mood dah berkurang sebenarnya. :-D

najmie, takpe, nanti kita p pinkbox sama2 ea. Haha

judiene, ko hengat aku ni keje kat stesen tv apa nak promote blog ko? Hahaha

wani, that is y lah~~ Haha

iekah, sekarang kulat kulapok tiada lagi. Terima kasih rejoice~~ [motip rejoice tetiba?]

syaf,
1st - aku lama tak update pun aku tatap menyinggah blog ko syaf, dun worry
2nd - jgn ar marah aku. Hhi. ko kan sudah berpunya, tak baik pegi karok dengan budak2 bujang. [motip?]
3rd - haah ar, kita tak penah tgk movie sama2 ek? Nanti bila ada masa kita g tgk sama2 tau. Hehe

syaf said...

ko singgah k...trimas trimas,,,
kekek boley ape karox ngan org bujang, x de hal lah,,,kekek ko pon x lame g dah nk bernikah kan, jadik mak org...heheh esok luse ade r tuh,
tengok movie ok jo kan...t kite plan.. pepehal ko roger,,,


kim salam kat beliau itew...kekekek

shark fin said...

haaa..kalo ko ikot kitorg melepak kat umah akak alan mesti lagi byk ko leh update..hehehe

EIPUL said...

orait syaf, aku plan gile2 nanti ea. Hehehe. Ok, nanti aku kem salam, walaupun dia tak kenal ko kan. Motip plz? =D

nene, tu ar korang, saje je pegi tak tunggu aku. Huhu.

EIPUL said...
This comment has been removed by the author.
yaziith su anaz said...

ahha,



wan comel.
haiwan.

eh, hye wan, saya yaziith.

;)

Kolam Ikan Encik Eipul