My Tomey-Lotey Followers

Sunday, May 30

Second-ary Wedding

Akak aku tu, yang pakai baju putih tu, ko jangan pepandai buat spekulasi pulak tetiba balun kata yang tengah pegang anak tu akak aku, hish hish!!! *hah ko paham ke tak aku cakap apa ni? Kekeke

My sister get married just now, kalaulah korang ter-nak tahu...

Abang ipar aku nama Hairi, sesuai jugak dengan orangnya, 'hairy', so bolehlah kasik nickname untuk MIRC dia jadik hairy-hairi, adakah ko mampu?
Dan dari perkabaran oral dari kakak aku, dia orang Terengganu, ah nampaknya bolehlah aku taram mamam telur penyu setiap hari ye tak? Telur penyu kan bersepah-sepah dekat Terengganu nun, ada betul ka aci?

Hurm, apa yang aku boleh perkatakan di sini, kenduri kahwin ini secara umumnya sememangnya sangaaaaaaaaaat lah hazab ya kawan-kawan, hazab nya hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya.

Dengan ayah aku yang kalut tak semena-mena, manakan tidak, orang tu kata nak bawak 3 kereta saja, yang dia dengar ada 50 orang ahli rombongan pihak lelaki nak datang untuk brunch, hah kau sudah, dengan aku dah jadik macam kuli pencacai disuruh sana-sini bawak mop segala bagai, bersihkan surau kat belakang tu lah, beli itu-ini sana-sini, hah kau mampu kah sayang hoi?

Sudahlah hari Jumaat lepas, baru saja aku sampai rumah, dengan pinggang bagai nak terpatah macam biskut rangup lepas 3 jam bawak motor, dah kau dikerah membanting kederat memacak signboard pegi rumah aku start dari Klawang nun sampai ke Simpang Pertang nin. Tak kau menangis?

Huiyaii~~
Lotih den ni ha, jang oiiii~~~

Sebab tu lah aku rasa kenduri kahwin ni generally adalah sangat hazab ye kawan-kawan, itu yang aku dapat simpul-rambut kan sekarang ni.

Sudah lah! Tak baik merungut aku ni, adoi, buat keje kena ikhlas kan , lagipun kenduri akak sendiri kot, kalau akak orang lain, dah lama aku biarkan Munah hoi~

Berikut merupakan gambar-gambar yang aku sempat edit, wah tak ke gigih aku ni Tijah? Baru pagi tadi akak aku kawen, dah masuk blog segala ni, yang penting sekali is gambar aku tadek ye, toksah lah nak mencarik aku yang mana satu, sebab semua gambar aku yang amek, tadek pun insan yang ter-hingin nak tolong amekkan gambar aku ni, sob sob

Abang hairy-hairi tengah get ready nak berarak.

Segala macam hantaran, haiyo haiyo, nak epal ijau tu! Hehe

Hah sudah angah, angah sorang jek glow, yang lain itam macam negro! *ah pitam

Maplei, eh tak, mampelai tengah get ready nak melantak! Kekeke

Ha ni ayah ngan mak aku, tomey tak? *ayah tak sempat nak senyum lagi aku dah click camera, dasar setan punya anak. LOL


p/s: Sekarang aku tengah get ready nak melantak lauk-pauk yang aku bungkus tadi. Aduh esok dah kena kerja balik, tensen nya~~

8 comments:

Hizami Rahim said...

wakakaka.
tahniah to ur sis.
ko bila lagi haha.

EIPUL said...

gulp


ko bila lagi jami?
*tetiba ulang soalan sama, haha

lizz said...

hahahahahaha
ko dah balik yer.. esok keje babe....

En iLham said...

wah
tahniah2
cantik akak ko
haha
pandai ko amek gambar
jangan lupe bawak banyak2 bunga telur naik sem nant
bagi satu batch sume k

Gossip Guy said...

haha..penat nyoi...jadi corn flakes la ko pasni..
haha..btw,taniah..
at least dpt gak parent ko tgk anak dorg kawin..
nak tggu ko..??hashuii..!!
haha

niesz said...

selamat pngntin br tuk akak eipul ek..eipul bile lak?ehe..

yaziith su anaz said...

congrats kak.

;)

hairy-herry. ghahahhh.

iekah said...

taniah.

ko bila lg?

wakaka.

Kolam Ikan Encik Eipul