My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, May 5

Tragedi Malang kerna CapSquare.




Ko penah tak dengar CapSquare? Macam setan nak mencarik bangunan tak cantik ni tau. Cite dia berbunyi macam ni. Apa? Ko tamo dengar? Ada aku kesah ko tamo dengar? Hahar

Aritu aku dapat tiket free tengok cite Iron Man 2, siap dapat kupon popcorn ngan air free lagi, siapa yang taknak betul tak? Lepas tu nak dijadikan story, tayangan free tu dijalankan dekat CapSquare, which seumur hidup aku tak penah pegi. Tak pemes pun. Hoho.

So, satu hal lah kawan aku ni ha pun tak tau jalan, yang kitorang ada hanyalah peta dari cina Singapore Airlines tu, dengan peta yang dianugerahkan oleh pak cik Google. That's all. Ko mampu? Lepas tu, benda tu start pukul 8pm, kitorang bantai gerak pukul 6.30pm. Adakah kau larat Munah? Dari Putrajaya ni, nak gerak pegi KL, dah satu hal jam macam jem nangka.

Nak dipendekkan cerita, kitorang lima orang naik satu kereta, Viva, ko bayangkan sempit nauzubillah, lepas tu sorang-sorang membebel macam monyet hilang bulu, sorang menjerit nak terlanggar kereta depan, serious macam rumah hantu. Berpeluh-peluh satu hal, ada yang belum mandi tu bau toksah nak kata lah kan, bau milo basi masing-masing. Senang cerita, dalam kereta tu memang chaotic, haruk, dan berbau 'acem'.

Kitorang sesat dekat KLCC. Patutnya jalan lalu Saloma Bistro, tapi tak terjumpa pun bistro tu. Alih-alih yang aku tau, kitorang masuk Jalan Conlay, lalu Bukit Bintang which dah terlalu menyimpang dari landasan sebenar. Kitorang dah bajet tak sempat tengok Iron Man 2 tu, sebab jam dah dekat pukul 8pm masa tu.

ThankGod Abang Adi berani tanya pak cik teksi masa dekat traffic light Sogo tu, dan ThankGod jugak pak cik teksi tu sangat ar baik dan sanggup bawak kitorang terus pergi CapSquare. Masa dekat CapSquare tu pulak dugaan jugak. Dah naik tingkat 3, baru kitorang perasan tiket tinggal dalam kereta. Hah kau, berlari tak ingat dunia aku dengan 2 org lagi tu, carik kereta tak jumpa pulak sebab tak hafal tempat parking. Last2 jumpa jua akhirnya, terus mencecet lari pegi masuk wayang. Masa masuk tu cerita dah start dalam beberapa puluh saat ar.

Yang paling penting, Iron Man 2 memang gila gempak ar. Pelakon dia memang sangat tip top, aku paling suka Robert Downey Jr. tu belakon, memang gatal habis but at the same time sangat macho. Hoho. Yang Scarlet pun sama jugak. Ko memang cantik gila ar, aku memang tak tipu. Masa ko gaduh-gaduh pukul orang jahat ramai-ramai tu, fuhh. Seksi abes!!! Cerita dia overall sangat smart ar. Aku suka ending dia. Sempat lagi si hitam tu buat lawak pasal bumbung tu. LOL

Dah, tu je ar aku nak cerita. Memang sengsara lah CapSquare sundel tu, letih nak carik jalan nak pegi situ. Haha.

p/s: Zami, thanx a lot for the review yang ko buat pasal blog aku tu. I'm extremely touched. Walaupun blog aku takdelah lawak sangat macam yang ko gambar-gemburkan tu. Haha. ^o^
Nanti kalo aku free, aku buat review blog ko pulak. LOL

p/s 2: Apahal pulak gambar tak bleh nak susun ni? huhu

3 comments:

ayin jemin said...

bestnya ada free air ndan popcorn!!!

iyllienaz said...

haha..aku pon xtau wujudnya capsquare tu..

JohanPrinze said...

awas yer! Robert downey jr milik mek yerr!!

Kolam Ikan Encik Eipul