My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, June 16

It's not much that I'm asking for.

Korang rasa RM300 tu banyak tak? Tapi kalau dua bulan tertunggak mesti ar jadik RM600 betul tak? Tapi RM600 tu kalau bahagi dua dapat RM300 balik, means kalau dapat RM300 dan ditolak RM100 jadik RM200, dan ada baki lagi RM500 kalau dapat RM600 sekaligus. RM100 ditolak dari RM600 tetap menjadikan baki yang ada kepada RM500. Tapi kalau RM600 itu dibahagikan kepada 3 bahagian, ia akan menjadi RM200 bagi setiap satu dan apabila RM300 itu diganda-empat, ia akan menjadi RM1200. Tetapi pula, jika dikaliganda-lapan ia bertukar pula menjadi RM2400.

Korang mesti rasa oh eipul memang sangat effing-s**t sebab buatkan kepala kawan-kawan berputar ligat dengan kunci kira-kura kat atas ni kan. Tapi sebenarnya niat aku murni ni weh. Bukan murni macam Cik Murni Binti Maarof (bukan nama sebenar), itu tidaklah semurni mana sebab beliau berbau kepam, ketiak pula tiada bercukur hampir 6 tahun oooopss woot woot menyebabkan bau ketiaknya ligat menguasai sekalian alam maya!

Secara tuntasnya, entri ini hanyalah entri provokasi dari saya kerana saya inginkan RM300 saya iaitu gaji yang patut saya dapat untuk bulan lima tetapi alangkah malangnya saya sebab bos saya sangat baik oh bayar gaji pekerja lewat-lewat tapi ada hati mahu mengutuk makanan mamak yang pada mata dia sangat geli dan jijik dan tidak boleh dimakan oleh manusia high taste macam dia walhal hakikatnya dia tak bayar harga nasik bungkus mamak itu tetapi terus menyuruh mamak itu install amount harga nasik-nasik itu masuk dalam buku tiga lima. Nampak tak situasi kelakar di sini?

Konon-kononnya kau sangatlah kaya tapi sebenarnya kau NON HADO!

Persamaan algebra pada perenggan pertama itu merupakan perkiraan asas gaji aku berdasarkan kepada juzuk kebetulan yang kebetulan berjaya melintas jalan di Kepulauan Sulawesi.

Oh encik Bos, saya dah menggigil macam mat pet bila saya tengok messenger bag dekat Esprit tempoh hari dan harganya hanyalah RM100. Tetapi malangnya, elaun itu tiada saya dapati, bagaimana pula saya mampu membeli dan seterusnya memiliki bag yang sangat menggiurkan itu? Oh alangkah bulls**t nya keadaan ini nampak tak?

Oleh itu, saya dengan harapan sebesar pemeluk gorilla betina ini ingin menyuarakan suara pendapat saya yang lunak merdu bak mempelam epal ini, kepada pihak tuan, apakata kalau ko kasik RM300 aku sekarang atau aku akan menjalankan tindakan rebellious yang maha dahsyat terhadap kau dan keluarga kau. What say you?

Best regards,









(Honey Bunny Eipul)
You don't play play with dangerous creature in town!

3 comments:

Ejay said...

wakawakawaka (ketawa ala Shakira)

aku rasa boss ko mmg patut baca entry ni. mesti dia rasa malu seperti dibogelkan dikhalayak ramai gitok! hahahahha

Judiene said...

aku paham keseksaan yg ko alami eipul. lbh2 lg tgk messenger bag tu kan. haha.


p/s ~ actually aku da siap calculator da nak kira soklan matematik ko kasi tu.

Eazy Izzuddin said...

hehe..
bising skit kat bos tu kasi byr gaji..
klu x
jeng3x...
xD

Kolam Ikan Encik Eipul