My Tomey-Lotey Followers

Friday, June 25

Terima kasih

Kak Fida and Kak Nik, tq for everything.
Kak Nik, terima kasih untuk Farewell Party ni.
Terima kasih jugak untuk kek ni, Kak Nik and Kak Fida.

Entry ni kami dedicate dengan penuh ikhlas *siyesh ikhlas kami tak main-main weh, hangpa dok gelak kenapa?

First sekali, kami nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Kak Nik Eniey selaku akauntan merangkap setiausaha agung company praktikal kami. Makasih banyak-banyak no, akak telah layan kami macam kawan-kawan akak sendiri. Kami segan nak habaq sama akak tadi, tu yang kami dok lari cepat-cepat nak balik Kak Nik oiy, kami sebak tak tau nak habaq lagu mana no, kita ni dah kerja sama-sama dah dekat 6 bulan. Suka, duka, suma kita dok balun perabih sama-sama. Akak paham ka kami habaq lagu ni? Kami tukaq loghat lah no, takut akak tak paham...

Kak Nik Eniey, shie shie. Li kong mat ye ya? Li mo chi sing ka la? Sey ya lei, hap hap chao a!!!

Chihihi, gelak la weh~~

Terima kasih saya ucapkan kat Kak Nik. Kak Nik saya dah anggap macam akak saya sendiri. Saya banyak hutang budi sama akak. Time saya selalu datang keje lambat, akak tak pernah kesah kan? "Ada aku kesah?" akak cakap dalam hati. Hahaha, melawak je kak. Kalau akak stress, kitorang pun turut sama stress. Ye la, masalah company yang tak pernah sudah-sudah tu, dengan gaji lewat bayar tu memang lumrah company kita lah kan, dah sedia maklum sangat-sangat lah tu.

Akak ajar saya banyak sangat benda. Ingat lagi masa awal-awal kitorang praktikal aritu, akak la yang ajar saya buat company punya Customer Order, Delivery Order, Invoice, Purchase Order, dan order kedai mamak serta order order di mahkamah. Ah sudah aku meraban. Akak ajar angkat telefon kena tanya siapa nama, nak apa, dan kena catat kat kertas. Sekali angkat ada miss call pulak kan? Padahal telefon ofis, camne tu kak? Siap ada operator bagi tau kita ada beberapa orang miss call ofis. Kelakar. Tapi selalu kalau angkat telefon mesti client company yang nak mengamok sebab tak hantar order lah, mintak hutang sampai ugut nak datang office simbah cat merah segala, haha over gila.

Pastu yang kita suka sangat makan daging Roast Beef tu, hehe, sangat kenangan kan kak? Uih, daging tu dah lah sedap gila kan, kalau ada production masak roast beef, kita la insan-insan yang paling pertama nak makan dulu ek. Haha, kelakar.

Pastu duduk dekat kedai kok, buat meeting company ramai-ramai, bincang hal ehwal company macam nak selesaikan masalah negara. Kutuk-kutuk bos tu memang agenda wajib lah kalau time meeting tu. Pastu beli pau goreng untuk makan petang, haha. Kelakar.

Pastu dah 3 kali kita makan turkey macam sambut Krismas. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Kak Nik, Abang Saiful, Kak Fida, Kak Azmah walaupun tak lama, Azan, Jime, Abang JJ, Kalu, Aslam, Bakar, tu pun kalau bangla-bangla ni pandai baca blog. Kekeke

Sorry sangat Kak Nik. Saya tak sempat nak beli hadiah kenang-kenangan untuk Kak Nik dan semua. Nanti bila saya datang nak kasik report dekat bos, saya kasik dekat Kak Nik yeh. Insyaallah panjang umur kita mesti jumpa balik.

Kalau nak describe satu-satu kisah sepanjang 6 bulan praktikal kat sini, memang saya kena taip panjang berjela lah nanti. Apa yang penting, kerjasama. Sama-sama kita majukan industri sukan negara. Mee Ho Liao betul-betul ho liao!!!

Akhir kata, saya mintak maaf banyak-banyak dari hujung kutu rambut sampai hujung taik kuku kaki, kalau saya ada salah silap sama Kak Nik, Kak Fida, Abang Saiful, dan semua bangla-bangla itu. Saya sedih sebab praktikal dah habis. Saya gembira jugak pun ada sebab praktikal dah habis. Banyak benda yang saya belajar kat sini.

Sambil menangis terharu dalam hati, saya ucapkan Good Luck untuk Kak Nik dan semua. Saya doakan company kita maju supaya bos tak bayar Kak Nik punya gaji lambat-lambat lagi. Dan saya jugak doakan akak dan Kak Fida serta Abang Saiful dapat kerja lain yang lagi bagus kalau company kita tak maju-maju sampai ke sudah. ^o^

xoxo

3 comments:

Hizami Rahim said...

wah.
musti best praktikal ko.
;)

EIPUL said...

best tu best,


tapi yang tak best nya sebab gaji bayor lambat... kekeke

wanilizzie said...

hahahhahaha...... lols sambil guling3 baca part telephone hahaha kelakar siot~ ;p

oh teddy.. cheq pon sedey no.. sedey sampai hampir dok teriak mengenangkan segala macam kejadian masa kat homcorp dulu....

we used to be HOMCOPIANS that had a very strong bond to each other.. but later on.. as time past by... things happen without notice.. the bonds just getting looser! until we forget to fix it..
feeling terlebey pak! huhuhu

anyway eipul! thanks layan aku sepanjang 6 bulan tu dengan penuh berhemah nye.. layan segala mengada- gadaan.. kegedik- gedik an aku.. layan aku speaking dutch and then pretending u have no idea what the hack i was talkin' teman aku tolong kalu, aslam, abg saiful, tolong angkat tipon n segala -gala bla bla bla blah....

p/S: aku dah macam tulis blog plak kat post ko nie.. hehehe
,mintak ampon silap salah & halal makan minum teddy...

Kolam Ikan Encik Eipul