My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, August 11

B to the O to the R.I.N.G

Camat pagi semua. OMGosh sekejap lagi kita dah nak kena puasa ni. Tapi masalahnya adakah kau sudah berniat puasa? Renung-renungkan dan selamat beramal!

*urut-urut janggut, sambil betulkan lipatan serban.

Hai semua. Ramadhan menjelma tapi aku tak sempat nak pergi terawikh pertama tadi[as if 'tak sempat tu kan]. Selain daripada pathways dalam ATP generation yang aku kena hafal, dan juga segala sel-sel lemak yang aku kena kaji kejap lagi, aku masih merisaui akan proposal FYP aku tak juga bergerak-gerak. Aku nak lah jugak proposal itu bergerak sana-sini sambil menagih duit raya walaupun raya Aidiladha lambat lagi, tapi itu lah, susah betul kalau kau dah sangat sibuk ni kan. Bukan sibuk apa pun, sibuk tengok cerita Korea. Ha, tutup mulut tu, tak payah nganga luas sangat, kang tak pasal-pasal aku tolong sudukan kau sesuap lalat goreng, nak?

Dah la dalam kelas tadi dimalukan, tak tau lah kenapa jadik aku ni mesti ada aje peristiwa getir dan sedih yang harus dihadapi.

Masuk balik pasal cerita Korea yang aku tengok tadi, kau tamo tanya ke cerita apa yang aku tengok? Ok. Cite tu tajuk dia My Fair Lady. Sangap wo tengok cerita ni. Rasa macam nak bercinta je time tengok cerita ni. Sial sungguh. Nasib baik takde siapa-siapa untuk dicintai. Wakaka.

Best giler cite ni!

Tadi petang aku pegi jogging, dengan Ana ngan Sef [aku sorang je jog, diorang berjalan menikmati alam], dan kebetulan lepas aku siap jogging, diorang tengah berpesta mamam nangka, so aku pun join la apa lagi. Heheh.

nyum nyum

Ada insiden yang aku regret untuk hari ini. So, aku ingin lupakan right away, sebab aku taknak tensen sangat. Ye lah, cukup lah untuk hari ni aku dah dengar perkataan stress tak terkira banyaknya. Time kelas Dr. Faridah, time Dr. Alfi, borak ngan budak ni budak tu, adoi, lama-lama stress aku bertambah-tambah. LOL

So, jom gerak aku sahur, nanti boleh sahur sesama. Keke. Anyways, Happy Puasa semua!!!


2 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

selamat berpuasa ^__^

Judiene said...

tu ade je alasan tak sempat tarawih kan
takpe, asalkn 10 mlm terakhir ko pulun habis2
adehh, baik la plak aku
hahahaha!

Kolam Ikan Encik Eipul