My Tomey-Lotey Followers

Saturday, September 4

Diserang parkinson

It has been a long and busy week, hell yes for this week. Mana mungkin aku tak diserang parkinson menggigil-gigil sampai tak dapat nak buat apa. Proposal FYP yang macam nak terberak aku cuba siapkan, pastu ada lagi presentation Food metabolism yang akhirnya kelas kau cancel *oh tahniah lah ye!, dan assignment Prof. Nazamid yang nampak simple tapi oh-sungguh-malas-untuk-aku-laksanakan itu. Dan semuanya nak disiapkan dalam tempoh terdekat sebab ketiga-tiga benda ni kena submit pada hari Khamis. Chincha chincha chukaseyo hyung!

Apa-apa pun, ada aku kesah pasal semua tu? Yang penting sekarang ni apa yang aku tengah fikir ialah how to raise my income sebab makin lama duit aku mengalir deras macam air longkang. Deras sangat ye. Mana tak nye, dah kau ke sana-sini keluar jalan-jalan, shopping segala, of koz lah duit kau habis segera kan? Huhu. Kalaulah duit ni boleh membiak macam Clostridium botulinum, mesti aku tak payah susah-payah memikirkan solution untuk semua ni. Haha.

Aku nak cerita pasal semalam. Ipin ajak aku keluar jumpa kawan baru dia. Oleh kerana aku tak nak mamat sorang ni kecam aku dengan gelaran budak-janji-macha, aku relakan saje keluar dengan dia sebab aku rasa sangat bersalah pasal minggu lepas. Really. Tapi, aktiviti kitorang sangat tersekat sebab skrg bulan puasa kan? So, most of the time aku melepak je dengan diorang kat Times Square tu. Main kamera Nikon yang ada lens panjang macam teleskop paparazzi tu, pastu snap gambar pelik-pelik lah, D90 mmg smart wa cakap lu!!! Hehe. Dah bosan, kitorang pegi arked game main gendang-gendang, lumba kereta, dan tak lupa, cuba nasib untuk dapat teddy bear. Haha, siriyes macam budak kecik.

Pastu, aku bawak diorang jumpa Syaf dekat KTV sebab member Syaf ada buat birthday party kat sana. Aku macam tak sedap hati nak pergi sebab Syaf kata ramai orang lain yang aku tak kenal akan turut serta, sebab aku bukan jenis yang senang nak bergaul dalam kapasiti ramai. Dan, memang tepat sangkaan aku. Aku memang sangat segan melepak kat situ sampai nak blah pun lupa salam Syaf. Huahua, sorry der. Aku memang rasa bersalah sangat ngan ko. Dah la keluar awal, mesti diorang ingat aku datang just nak tompang makan saje. Malu giler dowh. Tak bleh blah. T___T

Pastu kitorang balik Tasik Selatan sebab parking kereta kat situ. Ingatkan dah nak balik, tapi member Ipin pulak tengah tunggu kat sana. Adoi, so terpaksa ar aku ikut diorang lagi pergi Jusco Maluri (end up keluar balik sebab McD punya McValue dah tamat) dan terus gerak pegi Pandan mana entah untuk antar member dia balik rumah. Sebelum member dia balik, kitorang singgah makan Oblong sambil borak-borak pasal awek diorang yang multi-racial itu. Tapi Oblong kat situ memang masyuk, fuhh, kalah GCB! Haha. So, sekian cerita aku untuk semalam. Sekarang ni aku tengah sibuk settle my laundry yang bertimbun macam longgokan sampah itu, hopefully settle by the time aku nak gerak balik rumah nanti. Weehoo!!! Balik raya y'all!!! =D

I miss my mommy and daddy so much~~ huahua

4 comments:

Just_najmiE said...

bahahaha, laundry mcm longokan sampah, EPIC weih!!.. selamat menyiapkan assignment dan laundry okeh?.. (^^,)

Hizami Rahim said...

slmt hari raya!
:)
cepat2 balik kg.
ur family misses u already.

EIPUL said...

najmie, so very EPIC kan? Haha, macam EPIC MOVIE. btw, aku nak sangat tgk cite vampire sucks tapi tadek masa ar. huahua

zami, ryte2!!!
nak balik cepat2 ni. Hehe,
tapi kena g karok dulu ngan eqal petang ni. Haha

syaf said...

tu lah balha awal...apa da :p

Kolam Ikan Encik Eipul