My Tomey-Lotey Followers

Monday, October 4

Kegigihan serta kecekalan.

Tema bagi hidup aku semalam adalah kegigihan serta kecekalan dua sahabat membazirkan duit yang ada untuk bershopping entah apa-apa di Sunway Pyramid. Persoalannya adalah, berapa banyakkah duit yang telah terbazir, di mana duit itu dibazirkan, dan apakah resolusi terakhir mereka setelah berbuat demikian?

Ok, kenapa aku merepek sampai keluar tema dengan persoalan ni? Sebenarnya aku cuba untuk ingat balik format KOMSAS yang dolu-dolu kita belajar time nak menghadap SPM, korang ingat ke tak ni? Ke korang dilanda amnesia? Haha. Nasib baik aku tak keluarkan watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran semua tu kan, kalo tak lagi lah korang blur betul tak? Ok, enough meraban!

So, semalam basically kitorang gerak ke Sunway Pyramid (aku dengan Apiz) just untuk jalan-jalan je memandangkan aku ni puak batak yang tak pernah menjejakkan kaki kat tempat indah tu. Haha.

Mula-mula kitorang masuk Jusco dan aku teringat yang aku 'kena' indahkan bilik aku yang terasa kosong dan tak bererti itu, so aku pun carik lah rak untuk simpan buku, sebab buku aku berselerak sangat atas meja. Dan kesimpulannya, aku jumpa rak yang paling murah dalam history of shopping aku, which cost only RM19.90. Kayu pulak tu!

Aku tak berapa berkenan ngan sphinx tu sebab dia tak sehensem sphinx macam kat Egypt

Interior tempat ni sangat best :-D

So, lepas masuk Jusco, kitorang pegi tempat lain macam Brands Outlet, kedai-kedai hadiah sebab nak carik hadiah untuk bebudak sangap yang akan graduate khamis ni, haha. Lepas tu kitorang shopping kat Daiso, semua barang dari Jepun dan semuanya RM5. Memang best kedai ni sebab rambang bijik mata aku dan tak tau nak beli apa dah. Last-last aku beli aroma oil, frame gambar, dengan sticker dinding. Huhu.

The t-shirts from Brands Outlet - 3 for RM50

Yeay! Rak dah siap pasang and sticker dah siap tampal!

Yang ni sticker beli kat Daiso - which tak berapa nak melekat dan aku menyesal kerna membelinya! Haha

& this is my room after the 'renovation', LOL

**Aku ngan apiz cadang nak pergi Sunway Pyramid lagi next month untuk shopping lagi. Hahak. Makesure kena masuk Daiso, ngan Brands Outlet. Serious heaven dan berbaloi-baloi! :-D

8 comments:

iekah said...

heaven gila bilik tuh !

EIPUL said...

iekah, jemput ar datang, hehe

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

sumi last ke sunway sbb main iceskate.. dah lama sgt tu.. teringin nk pergi lagi.. ehh~ bilik cantik..

EIPUL said...

tq sumi~ haha,

owh, aritu kitorang tgk ramai sangat tgh iceskate, so macam tak berminat sebab lagipun tak reti, wakaka

=D

syaf said...

wo lepak sunway yerk..dekat nganarea umah aku gak tuh....

EIPUL said...

haha,

tu ar, ko da penah mention dulu...
ada masa kita lepak2 ar, keke

ada dia said...

wah2 cntik2!!
buat kan 1 kat bilik kit0rg.haha
admire sticker budak gayut kat p0k0t tu..hehe

man yusoef said...

gile...ak ingt ko dah xduk kolej lagi...ingt duk apartment mane...tapi tngok ada kerusi buruk tuh...so confirm ko duk kolej lagi...haha..*tapi apesal bilik warna putih???..sudah tukar ka??*

Kolam Ikan Encik Eipul