My Tomey-Lotey Followers

Friday, October 15

Reign Of Assassins

**Picture is courtesy from this site

Fuhh cite ni memang sangat best gua memang gerenti sangat-sangat ni. Masa first Eqal suggest kitorang tengok cerita ni, aku memang hesitate awal-awal sebab bagi aku, cerita selain hollywood punya cerita memang tak berbaloi sangat untuk tgk kat wayang sebab kualiti dia tak dapat dijamin, lagipun tak pernah pun aku tengok trailer cerita ni, tapi semua tu telah pun ter-lap bersih setelah aku tengok cerita ni which is sangat-sangat best dari segi efek ke, segi sinematografi ke, segi empat ke, atau segi tiga. Semua perfect aku tak tipu.

Cerita ni pasal Drizzle (heroin yang ter-utama) nak bersara dari bunuh-bunuh orang setelah dia jumpa sorang sami ni, which dia berkenan nak kapel tapi dia kene reject sebab sami ni nak jadik sami, sami kan tak bleh kawen, so macam tu lah. Drizle frust, so dia kata dia nak start bunuh orang balik. Dia nak start dengan bunuh kekawan sami crush dia ni, tapi crush dia (which is sami tak hensem ni) cakap

"ko dapat bunuh orang lain, tapi ko takkan dapat kalahkan mahaguru ko sebab ko tak tau lagi 4 gerak tari-menari lawan pedang yang ko mahir sekarang!"
.

Motif kan sami ni? Tetiba tau-tau je Drizle belajar lawan pedang tak habis dolu-dolu.

So, sami tu offer untuk ajar Drizle lagi 4 gerakan ulung tu. Sami tu memang beria-ia dan bersungguh gila ar ajar Drizle ni tapi last-last Drizle tercocok sami tu guna pedang dia, maybe sebab dia geram sangat kot ngan sami tu, aku pun tak tau. So, sami tu mati, tapi sami tu tetap cool, dia kata

"aku bahagia aku mati di tangan ko dan aku berharap aku adalah orang last yang ko bunuh" Sob-sob-sob

*time ni aku pretend lap-lap air mata.

Drizle jadik meroyan lepas bunuh crush dia, so dia pegi bedah muka dia, dengan harapan orang takkan dapat cam dia lagi dan dia dapat mulakan hidup baru. So, Drizle pegi jumpa doktor pakar bedah plastik ni, nama dia Dr. Lee, dan elok-elok muka dia cantik, terus dah tak cantik. Kesian dia.

Pastu Drizle pindah pegi daerah mana entah, jumpa la mamat sekor ni, diorang jatuh cinta (malas aku nak cerita macam mana diorang boleh bercinta), pastu straight kawen, pastu Drizle kantoi yang dia tau berkongfu masa dia bersilat lawan perompak bank sebab dia nak selamatkan laki dia dari kena bunuh. Pastu Drizle... adoi letih la cerita benda ni.

Yang penting korang kena tau pasal cerita ni, adalah ada sorang kawan Drizle ni mati time tengah makan laksa, pastu ada sorang lagi ni berjiwa 'prostitute' dan akhirnya mati kena tanam idup-idup oleh Raja Wheel bawah jambatan (Raja Wheel tanam dia bawah jambatan sebab dia kata senang dia nak tengok pompuan ni setiap hari sebab dia boleh lalu jambatan ni sambil tengok kubur pompuan ni, motip sangat kan?), Raja Wheel pulak mati time last-last sebab dia ni memang liat sikit nak mati, Drizle pun macam penat sangat nak bunuh Raja Wheel ni, yang penting Raja Wheel ni merupakan seorang sida-sida yang takde penis, da kena potong, kesian dia... Ha tu jelah kot. Tapi aku promise yang ending dia adalah happy ending! *feeling sangat tgk cerita ni! Hihi

Okey, apa pendapat korang lepas baca movie review aku ni? Pegi la tengok cerita ni, best tau! Serius!!! Tak rugi pun kalo ko bayar RM10 nak tengok cerita ni. Haha

****1/2* (4 bintang setengah aku kasik utk cerita ni!)
p/s: aku tiru ko Reduan! Haha, sory ^o^

No comments:

Kolam Ikan Encik Eipul