My Tomey-Lotey Followers

Thursday, October 28

Steamboat party!!!

Saya tak pasti mengapa kami mengadakan party ini *walaupun 3 orang je yang melantak semua ni, aku tetap assume ni sebuah party sebab ye lah, kalau cakap pasal party, mesti kamu semua bayang-bayangkan orang ramai-ramai dekat dua-tiga-empat-puluh orang punya skala, lepastu melantak buat fiesta makan-makan sampai perut buncit meletup-letup pom pom, tapi tak penting lah semua tu sebab benda ni dah berlaku dah pun, no regret [err, aku tak paham langsung apa yang aku tulis ni]

Ok, kisah sebenarnya: Ipin ajak aku makan-makan havoc macam ni sebab dia nak 'belanja' aku sebab banyak tolong dia before this, tapi tak belanja pun sebenarnya *disebabkan tu aku letak inverted commas pada word belanja tadi. So dia pun ajak aku pegi MAEPS untuk makan steamboat sama-sama, dengan syarat bawak gadis, dia kata. So, aku pun ajak Ana makan sama, so jadik ar kitorang bertiga pergi situ untuk mentekedarah together-gether.

Aku bukan nak cakap apa lah, tapi berbaloi-baloi kot kalau korang bawak family besar untuk makan ramai-ramai kat sini sebab murah beb! Satu kepala just RM19.90, ko tak rasa macam best ke? Buffet dia memang lengkap giler-giler ar, segala ke-lengkap-an steamboat dari fishball-fishball kepada lah daging-daging serta aneka ikan dan seafood, ditambah dengan seleksi sayuran pelbagai seperti kangkung-kangkang, bayam-bayaman, dan cendawan-cencawan, tidak lupa juga dengan aiskrim pelbagai perisa dan juga Air-Batu-Campur-kau-buatlah-sendiri-sebab-takde-kuli-nak-tolong-kau-buat dan banyak lagi lah, tak cukup air liur aku nak tulis kat dalam ni. Ha! tak payah ko nak kecik besar kecik besar kan mata kau tu, terus je head ke MAEPS, carik sendiri kedai dia, sebab aku bukan Google Maps korang ok! Kahkahkah.

Orait, tu je lah yang aku nak cerita hari ni, taip panjang-panjang karang korang pulak yang malas nak baca sampai habis, buat letih jari aku je nanti. Nyte nyte weh, sebelom tido basuh kaki woi, karang jerangkung mana nanti kacau-kacau time tido, ha, aku tak tau, entah-entah bawah katil korang kot dia menyorok, cepat basuh kaki, sebelom tido baca doa tido gak. Dah, tata!

Kangkung - my peberet! Nampak tak daging berlonggok belakang tu! Arggghh tak tahan sedap giler!!!

Sup tu aku tak hirup langsung sebab aritu makan tak sedap hokey! So, aku makan tom yam ni aje! Sedap! Tapi bila lepas letak seafood aje, terus jadik cam hampeh, rasa masin air laut, yekkk!

Saja nak tayang Air-Batu-Campur-kau-buatlah-sendiri-sebab-takde-kuli-nak-tolong-kau-buat ni, sedap weh! Ngeeee

Peace!!! Hohohoi jom taruk lagi benda2 ni semua masuk dalam kuali sekarang!!!

Ipin tengah sabar tunggu daging siap masak, haha

**tingtong sebab assignment Dr. Faridah tak buat lagi, pastu tak prepare untuk presentation product launching esok lagi, pastu bunga-bungaan untuk esok punya booth product launching jua belum siap lagi, hohohoi, tingtong tongting tingtong

1 comment:

Eazy Izzuddin said...

whoaaa
sedap...
lame x mkn..
xD

Kolam Ikan Encik Eipul