My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, November 10

Baking 101

**Sila bear in mind yang ini bukan blog siri memasak tuk tuk Ramadhan wutsoever, tapi pahit untuk dinyatakan; percubaan amatur yang sangat berani sebab nasib baik satu blok aku tak terbakar ke apa.


Bahan-bahan hardcore:
250g tepung (Tepung typical je which is Tepung Cap Sauh, kalau ko nak grand sikit beli la tepung kek Blue Key ke apa tu yang dapat free patung Blue Key apa benda tah)
300g gula (kalau korang berhajat nak dapat kencing manis, advisable korang guna 5000g gula)
Margerin 50g (tapi dalam kes ni aku guna minyak masak je)
Telur 2 biji (telur masin pun boleh, ikut perasaan korang)
Sodium bicarbonate 1 tbsp
Salt 1 tbsp (tak tahan tetiba speaking, kalo makcik2 still tak paham, salt = garam)


Bahan-bahan flavor:
Nescafe 1 tbsp
100g Nestum


Memula ko pukul dan debik-debik telur-telur yang tak bersalah tu, dinasihatkan supaya asingkan dulu kuning telur dari putih telur, sebab kalo korang pukul mereka bersama, takut nanti perasaan tu sama macam ko tengah nak buat omelette, kita seboleh-bolehnya tak nak itu berlaku sebab kita nak buat kek sekarang ye harap maklum.

Pastu ko masukkan minyak masak/margerin ke dalam pukul-ed telur tadi, dan gaul sehingga sebati

Sambil-sambil tu, ko campurkan bahan-bahan kering tadi yakni tepung cap sauh, gula, garam, sodium bikarbonat, nescafe, nestum, garam, tepung cap sauh, gula, op mak kau aku terulang cakap benda sama! Ok, pastu gaul-gaul sampai benda tu sebati dengan jiwa kau.

Masukkan larutan telur+minyak masak/margerin tadi ke dalam bahan-bahan kering tadi, dan gaul sehingga kau penat sangat-sangat macam feeling-feeling nak meneran berak.

Then, bakar dalam ketuhar gelombang mikro (jikalau ada, gunakan ketuhar gelombang nano piko) menggunakan suhu 300 degree Celcius selama 2 menet.
*dalam kes aku iaitu sebagai pembuat kek amatur, aku guna non-sticky rice cooker dan dimasak selama 2 minit jugak, tapi disebabkan aku leka, maka inilah yang terjadi
.
.
.
.
.

TADA!!!

Ok, aku tau korang mesti tengah mengumpat aku sekarang macam 'Aiyoyo mama appa, kenapa rentung begini kek kao ya ampon bawak mengucap lah kau sekarang aiyoyo!'

*tarik nafas dalam-dalam sambil terkentut sedikit-sedikit
.
.
.

OK, apa yang aku nak cakap ialah walaupun outcome kek aku sebegini, aku

TATAP AKAN MENCOBA LAGI!!!

Next time kalau aku rajin untuk mencuba buat kek lapis atau kek blueberry cheese, aku akan pastikan aku post kan dekat dalam belog ini. Korang tunggu je la!
Hehehe

**anyways, aku try rasa inner part kek ni and I found out that the taste is not as bad as how it looks. Luar saje rentung, tapi dekat dalam dia terkandung nilai-nilai murni yang ada dalam diri seorang kek. So, tolonglah jangan buat spekulasi negatif cakap aku tak reti buat kek. Please please please.

12 comments:

JohanPrinze said...

masak2 untuk bakal suami kaaa??? hahaha..ala2 air tangan isteri gitu!

Wan Zulqhairi said...

Apa kah nama yg sesuai untuk masakan ini??? (terpaksa sebut masakan sebab xtaw roti/kek/biskut) huhu

Eazy Izzuddin said...

ayyak!
camne leh rentung tuh
haha
x pe..
len kali cube lagi
:P

an_nur said...

hak3,, punyer la c0ol n cun tunjuk cara2 uh.. last2 wassalam! hahah.. lawak ah.. neway, xkesah la.. ak pon xpandai nak baking making nih..at least try^^

EIPUL said...

reduan, r u insane? haha

q, haha, aku pun tak tau nak gelar apa. Maybe kek rentung kot, =D

eazy izzudin, haha, tu lah, leka buat benda lain sampai tak perasan da hangus, ok, dun worry, aku pasti buat lagi lain kali. Haha

an_nur, haha, nak wat camne, memula nak tunjuk gak aku pandai buat kek, last2 jadik gini, malu kejap, ahha

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

larhhh~ cake ke nih?? lain beno rupenye tuu.. hehee.. pape pun sila mencuba lagi...

iekah said...

hahahahahahaha. btw, xsalah mencuba kan.

siyes ko gila jujur weh eipul. bkn senang nk carik blogger wat entry kek rentung.

:D

Akmar Naqhi said...

nanty ko da wat kek yg xrentung pos ka aku sikit :)

syaf said...

ape lah sampai hangos...wey nanti dah jadik ko bagi aku taw,,,he3

iyllienaz said...

hahaha..sape yang sanggup makan tu??

wanilizzie said...

beb!!! you know what! i am like hilariously LOL reading this entry... gilo!try next time.. if you are feeling like baking again. lets come over to my house..use my new oven. no worries. the family likes you very much.. haha

n.O.N.o.y said...

hahahahahahahahha.epic failed

Kolam Ikan Encik Eipul