My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, November 24

Wayang 3D free

Sekarang IMAX 3D kat Times Square da tukar jadik GSC Maxx dan dia kasik tiket free sejak semalam sampai lah ari ni, maybe sebab nak promote balik cinema 3D ni kot, aku pun tak tau, yang penting tiket free so aku pergi la, jika tidak free, kebarangkalian untuk aku pergi tu sangat la tipis; itupun sebab Eqal ajak aku, baru aku tau ada tiket free, keke

Anyways, kitorang tgk cerita Avatar 3D Extended Version ngan Sammy's Adventures. Dua-dua cerita best effect-wise, tapi malangnya ada sedikit annoyance berlaku dan kesilapan teknikal yang merepek. Time tengok Avatar happens to be aku duduk sebelah budak kecik yang annoying memekak macam budak takde mak ayah, aku pun tak paham mak dia boleh buat dek je anak dia menjerit macam orang gila time tayangan. Cerita Sammy's Adventure pulak sangatlah bosan sebab aku rasa dia dicipta untuk tayangan budak-budak kot, haiyo dengan turtle ijau yang merepek asyik nak keliling dunia tapi habok pun tarak, entah apa-apa, lepastu tak sempat tau ending movie tu tersekat dan tak leh play, dia repeat tayang balik, entah apa-apa GSC ni, so kitorang blah sebab da tak larat lagi nak tunggu tengok penyu gila tu meraban.

And before tgk wayang, kitorang jalan-jalan dekat Fahrenheit 88, pastu pegi Sg. Wang beli contact lens Eqal. Masa masuk Fahrenheit 88 tu enjoy jugak sebab UNIQLO punya baju-bajan sangat stylo tapi malangnya duit aku yillek, so no money no talk, just seeing is believing je lah, tak bleh nak buat lebih-lebih.

Ni dekat Sg. Wang, ada pameran GUNDAM. Macam best so aku amek la gambar sedikit sebanyak.

Cantik tak mende ni? Aku macam nak trade in motor aku sekarang dan nak beli mende ni, bleh tak?

Fahrenheit 88 - tantek~~


toilet pun tantek!!!

Amazed aku ngan mende ni, deco depan LOT 10

5 comments:

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

haishh~ dah lama xjalan2 ni.. xtau mana tempat baru yg best nk shopping..

Eazy Izzuddin said...

citer 3D baru je tgk 2 movie
hehe
layans gak

fuh cantik la tempat

Judiene said...

Aku tak pernah lg weii tengok 3D movie.
Tapi tak bleh blah ko tengok Sammy's Adventure.
Adik aku nak tengok pon aku tak kasi, nanti membazir je duit aku.
Hahahaha.

MiaWawa said...

skenyer dia jln2.. hehehe

syaf said...

1st - ko makin tiut

2nd - ko sepak jerk muke budak tuh laju

Kolam Ikan Encik Eipul