My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, December 7

Gushi denyut-denyut

Saja nak menggedik pagi ni sebab taktau nak buat apa lantaran terbangun awal sangat *awal lah sangat kan? Tak ada apa-apa nak bagitau korang selain nak report my gushi (gusi) bengkak sejak minggu lepas, hari ni official hari ulang-minggu *perkataan rekaan olahan dari word ulang-tahun gushi bengkak. Time awal-awal kebengkakan dia aku berasa sangat sengsara ya ampun sebab dia punya berdenyut tu sampai otak aku bergoncang-goncang mengalahkan gempa bumi. Aku tak tipu. So, aku harap siapa-siapa ada ubat untuk gushi bengkak sila jangan malu-malu suggest kat aku ea sebab ubat yang mama aku kasik tak berfungsi sangat la sebab sampai sekarang my gushi still bengkak huahua.

Lupakan pasal gushi sekejap sebab aku nak suggest kat korang apa kata korang pergi serbu Carrefour sebab dia ada banyak offer menarik contohnya Chipsmore yang aku selalu beli dekat RM3.80 dulu sekarang da jual kat sana dengan hanya RM2.90. Ha, untung kan? So aku malu nak borong bebanyak semalam sebab nanti masuk office orang ngumpat aku cookie monster pulak, mana aku nak letak punggung dan muka nanti? So, jangan lah nak menggel *menggelabah sangat, pergi lari cepat ke mana-mana Carrefour yang berdekatan ya. Aku tak dapat komisen pun bagitau korang, ni just khidmat masyarakat dari aku ya, aku tak dapat apa-apa pun hahaha.

Aku beli dua pek, satu da masuk dalam cookie jar hehe

Nene, sekarang aku da minat lagu yang ko suakan kat aku aritu especially Speak Now. So, thanx a lot sebab gitau ko minat lagu tu. Motip? Haha. Oh aku nak gtau ko ngan Zuzuk masuk dalam mimpi aku tadi, kita pegi so-called lawatan pegi satu place kat Johor, deserted gila sampai naik bas yang tukar-tukar tu, pastu sampai kat tempat tu which is one convention center apa tah, Zuzuk datang buat conference, haha takley blah.

4 comments:

iyllienaz said...

yeah..datang la JB betul2 jalan2.hehe

Judiene said...

Hahaha.
Cookie Monster!
Ko ingat ko sorg kaki chipsmore kat sini??
Hahaha.
Join the club babe!

Eazy Izzuddin said...

gushie denyut2 lagi mau makan cookies...
hehe
xD

fatin hanani said...

tlg beli kat fatin jap haha
sedp tu :)
haihh skt2 makn coklat lagi apa ni hehe
btoi eazy kata tu hehhe

Kolam Ikan Encik Eipul