My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, December 22

Hari wayang murah adalah hari Rabu


Gambar-gambar ihsan Google

So, siang tadi aku tak keje and I thought why not go see movie sebab da lama aku tak pegi tgk wayang, plus today is cheap movie day. So, aku ajak Kerol pegi tengok My Soul To Take kat Alamanda.

Hari ni ramai giler orang kat Alamanda, sarat dengan budak-budak baru baligh yang keluar ngan kekawan sempena cuti sekolah. How typical right? Aku rasa in my opinion, bebudak sekolah especially 15 and below shouldn't have the pleasure to be going out with friends at the mall because it is not the right thing for them. Bagi aku, time2 ko cuti sekolah ni patutnya diisi dengan belajar untuk subjek tahun depan or duduk rumah tgk kartun (Sebenarnya aku jealous sebab time aku kecik dulu mak tak kasik keluar rumah merayap ngan kekawan)

Yang aku tak bleh blah time aku beratur nak masuk hall (kena beratur jugak sebab orang ramai giler) budak yang check tiket tu suruh kitorang confirmkan yang kitorang dah above 18 dan mintak tunjuk IC. Aiyo perlu ke? Aku dah 22 tahun kot! Lepas tu aku tak puas hati, aku membebel kat budak yang kena check IC tu (which is another different guy),

'Muka aku yang da tua ni pun dia ingat aku below 18, haih!'

Pastu budak tu bleh plak tenung muka aku, dia kata,

'Memang nampak macam budak-budak pun! Haha'

Ko bleh bayangkan tak betapa aku nak cepuk kepala budak-budak check tiket ni? But at the same time, aku rasa kembang buntut sekejap sebab terharu kot dia kata aku macam budak-budak lagi. Haha feeling comel sekejap aku. Baik, silakan muntah tanpa approval dari aku. Terima kasih! Haha

So, cerita My Soul To Take ni basically pasal seorang psycho yang dikhuatiri mempunyai penyakit split personality dan membunuh 7 orang dalam satu malam. Paling gila sebab dia bunuh bini dia yang tengah mengandung. Tapi anak dalam kandungan bini dia berjaya diselamatkan. Dan Leah, anak first diorang pun selamat jugak sebab psycho (Alex Plenkov) ni tak sempat bunuh dia. Polis datang and tembak Alex banyak kali, tapi dia tak mati gak, cuma pengsan je, So, diorang bawak Alex pegi hospital naik ambulans tapi tak sempat sampai, Alex bunuh staf dalam ambulans tu dan ambulans tu terbalik, pastu meletup terbakar.

So, mayat Alex tu pun diorang tak jumpa, rumors has it yang Alex survive dan wonder around Riverton River. Nak dijadikan cerita, hari Alex mati, ada 7 orang baby lahir, dan semua baby tu lahir pramatang (baru 7 bulan)

Cerita start heating up time diorang da besar (16 tahun) dan diorang sambut birthday diorang sama-sama dengan cara menubuhkan 'Ripper Day'. Ripper day ni kiranya hari kematian Alex Plenkov dan hari kelahiran diorang bertujuh. Brandon (budak jahat) cipta ritual pemujaan Alex Plenkov dan jadikan ritual ni tradisi tahunan diorang. Adoi, aku rasa macam malas nak cerita pepanjang.

So, lepas tu sorang-sorang mati kena bunuh dengan the Ripper. And heronya adalah Bug, budak innocent yang rupa-rupanya anak Alex Plenkov yang survive time malam kejadian mass murder awal-awal tadi. The end.

Dan yang tak bestnya, time aku balik aku basah lenjun sebab aku mengharung hujan yang mula-mula tak lebat tapi lama-lama jadi lebat. Sampai bilik terus gigil-gigil, mandi, then masak omelet, makan sambil tengok cerita Playful Kiss. Heaven!


1 comment:

Judiene said...

Woiiii!
Ko citer start A sampai Z.
Spoil la weyh!!
Aku ingat nak citer sinopsis je.
Grrrrrrrr~~

Kolam Ikan Encik Eipul