My Tomey-Lotey Followers

Sunday, December 12

Lamb Shoulder disertai Hot Honey Lime

Lamb Shoulder with Mushroom Gravy

Chicken Chop

Hot Honey Lime

Aku saja upload gambar-gambar makanan ni sebab semalam aku keluar karoke dengan Eqal dekat Redbox dan kebetulan dapat free one head charge, so kitorang go for the food yang paling mahal, haha.
Lamb shoulder tu sangat sedap, dan aku terpaksa mintak hot honey lime sebab aku batuk recently.

Lepas dah habis karoke, kitorang lepak-lepak kat Times Square dan aku beli baju ni sebab harga dia just RM10. At least kalo malu nak pakai pegi kelas aku bleh pakai time tido, haha.

Dan disebabkan semalam overnight kat rumah Eqal, aku terpaksa balik naik komuter sebab aku tak bawak motor. Komuter adalah tren paling worst dan aku seboleh-boleh nak elakkan diri dari naik benda tu tapi malangnya tak boleh sebab dekat Serdang takde lrt, so nak taknak aku kena naik gak komuter. Time aku tgh tunggu tren tu, boleh pulak ada satu tren yang berasap, aku pun tak tau kenapa, maybe enjin dia panas, pastu tetiba ada api keluar kat enjin dia. Kitorang semua kelam kabut lari takut tren tu meletop plak tak pasal-pasal tragedi kat Tasik Selatan tu.

So, apa jadik kat tren tu pun aku tak tau sebab tren aku sampai time sorang staff komuter tgh betul2kan enjin yang terbakar tu. Aku rasa ok kot tren tu sebab tak ada keluar berita apa-apa pun kan pasal tren meletup kat Tasik Selatan? Haha

**maaflah entry ni tak interesting langsung [pernah ke entry ko interesting? haha] maybe sebab kepala aku pening tak dapat nak fikir ayat yang best sikit
Huahua~ doakan aku cepat sembuh ye kawan2

3 comments:

Eazy Izzuddin said...

aiyooo
sedap nye makanan die ats..
buat gue lapar neh..
xD

Judiene said...

Hahaha.
Ingatkan masak sendiri.
Alih-alih makan kat RedBox rupenye.
Hadoii.

:P

Gossip Guy said...

hey,nak lunch kat pavi ok..:P

Kolam Ikan Encik Eipul