My Tomey-Lotey Followers

Monday, December 20

Mindless dreaming

Hari aku start dengan sangat indah. Aku seperti biasa naik Ken, kuda kental yang hitam menawan, dengan menongkah arus angin melebihi 110 kilometer per jam. Ken menderum bagai kuda histeria selepas disuntik steroid, cuba menyelit di celahan kereta besar dan lori panjang tanpa ada perasaan segan. Semuanya berlaku dengan sangat sempurna sehinggalah muncul road block oleh polis dorjana. Aku dipaksa berhenti di sebelah jalan, as well as penunggang kuda yang lain. Katanya mahu memeriksa lesen dan cukai jalan.

'Damn! Perlu ke pada saat-saat genting begini?' detik hati kicik ku.

Ialah. Masakan aku tidak bengang. Aku kena sampai di office sebelum pukul 10 pagi dan kalau gagal, pintu masuk akan ditutup dan cukup syarat aku diselar sebagai pekerja malas oleh kerana punch card aku merah seminggu: in a row! Kau macam tak tahu perangai si buncit tu, asyik saja nak berhentikan aku sebab dia tak pernah setuju aku dapat bekerja di firma besar dan terkemuka itu. Hal aku datang lambat ni of course lah boleh dia gunakan sebagai alasan menyuruh bos aku bagi notis berhenti kerja pada aku. Sialan kau boncet! Aku takkan biarkan kau memperkotak-katikkan aku lagi!

Aku pandang muka polis itu dengan mata tajam, dengan harapan semoga dia gugup dan membenarkan aku segera beredar, tapi malangnya polis itu pakai topi keledar ber-visor hitam dan aku tak pasti dia terpandang muka garang aku atau tidak.

'Mana roadtax kamu??!!' bentak polis buncit itu.

Aku terkucil sebentar sambil tangan menggigil mencari roadtax dalam saku si Ken. Apa barang aku terkucil, mana pergi semangat jantan kental aku tadi? Ahh, aku kena carik roadtax segera supaya dapat pergi dari sini segera. Tapi mana pergi roadtax aku ni? Peluh sudah memercik di atas muka aku, dan tak lupa di celahan ketiak ku, tapi si sundal roadtax ini tak jugak aku temui. Puas aku singkap isi dalam kocek si Ken, malangnya tak ada jugak road tax tak guna tu.

'Ok, roadtax kamu tak ada ya? Jangan nak buat muka inesen, tarik motor kamu masuk dalam lori tu sekarang. Kamu kena ikut kami balik balai, sebab kamu dikhuatiri budak jahat sebab naik motor panas tak ada roadtax macam ni! Mesti motor curi kan??!!' polis tu menjerit macam orang gila.

Bontot aku terketar-ketar kerana sangat gementar. Aku tak pernah menghadapi situasi fooking sebegini! Oh Tuhan, tolonglah aku!!!

Tiba-tiba saja aku tersedar, dan tak semena-mena aku tengah memandu bas masuk di celahan perumahan. Jalan itu sangat sempit dengan kereta banyak tersadai di bahu jalan. Amazingly, aku menyelit dengan jayanya tanpa terlanggar satu kereta pun. Mungkin aku seorang gifted baby! Setahu aku tak pernah sekali pun ayah ajar aku memandu van, apatah lagi lori balak. Tapi dalam kes berambiguiti ini, aku sangat mahir mengendalikan kenderaan bernama bas. Hebat!

Aku sudah tak peduli pasal Ken yang kena bawak pergi ke balai polis. Buat apa aku susah payah masuk lokap sebab roadtax Ken tak ada. Aku kan dah ada bas. Lagi best! Jadi, aku mesej kawan aku dan ajak dia pergi ke kondo mewah tepi tasik. Kondo tu best sebab ada kedai kopi yang sangat eksklusif, tambahan pula deko nya sangat menarik kerana dihias elok menggunakan perabot kedai Ah Seng. Kawan aku segera minta kopi untuk 2 orang. Kami berbual kosong sambil menanti kopi siap. Tiba-tiba datang budak-budak sekolah yang bau kepam masuk kedai kopi itu dan bising huha huha macam dalam reban.

'Hey sial betul mereka ni. Dahlah bau busuk, buat kecoh pula dalam kedai kopi ni.' bisik kawan aku.

Aku dan kawan aku pun blah sebab tak tahan dengan sikap mereka yang macam monyet hitam itu. Kami tiba-tiba dipaksa bayar harga kopi sebelum balik walaupun tak minum walau setitik pun kopi tu. Memang bad day betul hari ni. Dahlah motor kena bawak balai, sekarang pulak kena bayar kopi yang aku tak pernah minum langsung! Kitorang pun bayar, seorang RM8 sebab kopi tu dihidang dalam teko besar. Pelik betul kedai kopi ni. Macam sial nak hidang kopi dalam teko besar. Selalunya kan hidang dalam cawan je. Ahh, lantak kau la. Aku bayar aje sebab tergesa-gesa nak balik, tak tahan dengan bau kepam budak-budak tadi.

Lepas aje aku blah dari kedai kopi tu, aku dah ada atas katil, tengah berselimut. Tengok jam dah pukul 10 pagi. Sah aku mimpi je tadi! Terus aku turun cek roadtax moto ada ke tak. Nasib baik hari ni cuti!

2 comments:

Eazy Izzuddin said...

dreaming ka...
kasi ada roadtax tu
xD

Judiene said...

Nasib baik tak mimpi yang bukan-bukan.
Hahaha!

Kolam Ikan Encik Eipul