My Tomey-Lotey Followers

Monday, December 27

Tonton Tron ton ton

Macam biasa, kalau hangout dengan aku semua orang wajib karoke, haha, dah jadik trend nak buat macam mana. Cuba bayangkan kalau korang tak karoke korang nak buat apa? Marathon tgk movie tiga empat cerita? Tak retak ke tulang punggung ko duduk dalam wayang lama-lama? Haha

Lepas karoke, kitorang masuk Times Square, plan mula-mula nak pegi Sg. Wang usha sale watsoever tapi kaki end up melangkah ke GSC and kebetulan tak berapa ramai orang, plus privilege harga murah menggunakan student price, kitorang tengok lah cerita Tron. Memula Alan semangat nak tengok Janin tapi aku tengok poster nenek kaki tak cantik tu terkangkang terus rasa geli-gelimat, then final decision tengok Tron sebab cerita lain macam tak berapa best sangat.


Gambar ihsan Google

Tron best gak ar, effect memang tak bleh kata ar, stunningly flashy dengan lampu LED dekat bangunan, pastu dekat baju pun ada lampu LED gak, memang kaya ar syarikat lampu yang bekalkan sumber props diorang tu. Pastu aku paling suka diorang punya kenderaan tu tukar-tukar pshh pshh tet tet tetiba dari stick apa tah jadik moto la, jet la, uish kalo kat dunia sekarang ada benda macam tu bukan kah masyuk? Nak ke sana sini senang jek naik jet terus pegi Bandung shopping baju murah, pastu pegi Korea naik helikopter bagai nak jumpa hot chicks sana watever.

Alan tak suka sangat cerita Tron ni dia kata, tapi bagi aku best je. Mungkin dia asyik terbayang nak tengok janin berkeliaran kat rumah-rumah curik duit orang kampung, takpe Alan, lain kali kalo keluar kita tengok la Janin ko tu puas-puas, sampai terkeluar tali pusat ko semua pun aku sanggup, haha

Abes tengok movie, Alan ajak makan kek kat Secret Recipe, so aku pun apa lagi, seduce dia supaya belanja aku kek jugak ar, nasib baik ko baik Alan, haha, takpe, lain kali aku belanja ko pulak kalau gaji aku bulan ni banyak ar, kalo tak nanti-nanti la ea aku belanja ko kekeke

Pastu kitorang jalan-jalan sekejap, then balik lah ke kediaman masing-masing. Tapi aku ada masalah besar sekarang ni, aku lapar ok! Kek tu saje tak memadai ok, adoi, k ar, aku blah dulu, nak main masak-masak, bye bye



Alan belanja makan Secret Recipe, wehoo!!! Yogurt Cheese is mine and Alan makan Dark Chocolate with Cheese kalo tak silap aku

**Alan, aku nak call boss ko cakap ko ponteng keje sebab nak jalan-jalan hari ni, hahaha

9 comments:

an nur said...

aku dah yengok jugk. siyez bez! mybe sbb aku budk engine.. pape lah. dan dan. aku xase nk tengok pon cite janin uh. walaupon ade kosong byk. [=.=''

Eazy Izzuddin said...

tak tengok lagi tron
huk3
xD

n.O.N.o.y said...

.aku baru je tgk tron tadi. menarik :) tapi abg aku, adik aku, kakak aku sume tido. aku je semnagat. aku pun jadi tak paham kenape mereka mengantuk sgt.

n.O.N.o.y said...

eh cop! alan ke tuh. ahaaa rindu la kat deskmate!

JohanPrinze said...

hahahhaah Alan a.k.a PANDA.hahahaha..dia buat apa sekarang?

EIPUL said...

an nur, haha, best kan tron? yup no for janin! =p

eazy, cepat tgk, best giler! =D

nonoy, haha, bila nak reunion deskmate? zira, farah, ko aku, alan woh lama gila kot tak jumpa, lol

reduan, haah ler, haha dia belajar kat uitm shah alam skang, tgh praktikal kat klia

mr.syazwan said...

ada member blog kata cite ni sesuai

untuk budak2 kalau parents nak bwk tu

mmg sesuai sgt

terus tak tgk

hahaha

btw rasa lapa lak tgk cake tu

hehe

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

nak cheese tu jugakk?? :P

░♥si lampu neon♥░ said...

AMBOIII SECRET RECIPES =)

Kolam Ikan Encik Eipul