My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, January 27

Sempit macam Adnan.


Warharharhar!!!! [gema ala-ala dalam gua]

Kelakar lah sangat kan cerita ni. Hoho. Nasib baik tiket harga RM8 je. Kalau gua terbeli tiket 3D untuk tgk cerita Adnan Sempit ni, memang gua dah lama melolong naik antu dalam hall GSC tersebut. [masalahnye, ada 3D ke cerita ni?] Gua bukan apa, fikir nak martabatkan industri filem tempatan je. Lagipun, kawan gua yang ajak tengok, not that I'm so like eager gila macam "Omaigod gua memang bangun pagi tadi terus berazam sungguh-sungguh yang bahawasanya gua akan ke GSC untuk menonton filem unggul 'Adnan Sempit' itu". Bukan ya. BUKAN.

Tapi ok jugak lah. Ada scene macam si gemuk entah siapa tu yang menyanyi macam budak tak betul like so kelakar sebab face expression dia macam sakai gila. Haha. Ok, cukup pasal movie.

Sebenar-benarnya, gua pegi kuar ngan member Parkson gua semalam sebab masing-masing macam gatal-gatal kelengkang mahu tgk movie malam-malam. Gua ingatkan dia mahu tonton cerita hantu, tapi takpelah. Best jugak lah cerita Mat Sempit tu. Syabas lah ye Ahmad Idham. Tetibe!
Kebetulan pulak gua cuti semalam, ohoh, memang wajib lah bazirkan masa yang sedia ada free, betul tak Munah?

Lepas dah tgk movie, gua pegi main lumba kereta dekat arked game. Agak-agak macam dah bosan, kitorang gerak makan ice cream McD dekat McD yang dekat bawah Baskin n Robbins tu. Nak makan ice cream Baskin n Robbins gua tak cukup bajet bai. Dapat pulak gua ter-baik nak belanja kawan gua. Mau mati gua tak makan 2 minggu kalau belanja dia makan Baskin n Robbins nanti. Waharhar.

Lepas dah penat borak-borak sampai air liur menjejes-jejes, beliau kasik cadangan supaya gua ikut dia pegi jalan-jalan round Putrajaya. Gua takde hal beb bab-bab berjalan ni. No kompromi kalau benda-benda 'disposable' hangat macam ni. Haha. *Tukar word disposable dengan proposal ea [akibat tengok Adnan Sempit, wa tertaip ayat dia arh]

Kitorang jalan-jalan dekat PICC, Pullman, main-main rumput dekat depan Palace of Justice, & last but not least, kitorang duduk dekat depan masjid lepak dekat taman roundabout tu sampai gua tak larat lagi nak ajak member gua bersembang.

Sebelum gua terlupa, masa nak pegi roundabout dekat depan masjid tu, gua nyaris kena gilis dengan van security buruk mana entah. Gua tak perasan dia lalu sebelah gua. Sikit lagi gua nak bergesel sama van buruk tu, nasib baik gua cepat bertindak. Kalau tak, sudah tidak type blog lah gua ini malam ye u ollls. Hoho. Alhamdulillah wa selamat.



K arh. Gua bukan nak membebel sangat pun malam ni. Saje je nak kasik release tension sikit. Gua ada projek nak buat malam ni. Tapi bukan projek aqiqah dowl. BUKAN. Gua ada benda sikit nak kasik settle ini malam. Huahuar. Ok lah. Gua chow chin chow dulu ye. Halo halo gua kalau ada inquiry apa-apa yang tak puas hati. Heh

Sunday, January 24

Kami pelapor.

Hai Munah. Berjumpa lagi kita dalam rancangan A.L.O.N.G. Baiklah. Mari kita baca sifir 24 dalam satu nafas. Siti Sifir, ayuh kita mulakan!!!

1x24=24
2x24= kau kira lah sendiri guna kalkulator saintifik! Boleh?

Hah! Kau dah kenapa sampai mata terbeliak macam tu? Haha. Aku sebenarnya takde benda nak merepek buat masa ni. Dalam hati ada rasa geli-geliman macam nak taip text ucapan panjang berjela, tapi maaflah, aku tak mampu lah, lelah.

Minggu ni hectic gila. Tak tau aku buat apa tapi aku rasa macam minggu ni hectic gila. Kau tak payah lah nak tau apa yang hectic nya. Tak penting pun. Wahaha. Annoying gila kan? Ok. Berikut merupakan laporan minggu ini. Sila baca jika anda guru pemeriksa kertas BM.

Pada Rabu lepas, saya dan kawan-kawan praktikal berasa teruja kerana client bos dari Japan telah datang. Kami sebelum itu dipaksa untuk menilik syarikat-syarikat pembekal surimi dan shashimi serta sake segala untuk mendapatkan apa yang kami panggil sebagai 'raw material'. Sebut betul-betul kawan-kawan, 'r-a-w m-a-t-e-r-i-al'. Pandai!! Tapi malangnya, harrraaaammmmm~. Semua syarikat pembekal dadah itu tidak mahu bekerjasama kerana mereka jeles. Mujur bos turun padang dan bawa bonzer-bonzer berdada tebal untuk ugut mereka bagi 'raw material' itu pada kami, jika tidak, NAHAS. Mereka gementar lalu kami pun beroleh benda yang kami inginkan.
Yeayea!

Client dari Japan itu seorang yang sedikit kerepot itu bernama Mister Ando [bukan pelakon Heroes ya!] dan seorang lagi yang muda sedikit itu namanya Mister Nakamatsu. Mereka pandai membuat fish ball. Ya! Saya tidak silap. Fish ball. Saya terlupa pula untuk tanya mereka adakah
mereka pandai membuat fish cake atau fish fillet jua. Nanti jika saya jumpa mereka balik, saya tanya ya. Mudah-mudahan selepas ini kami punya syarikat akan kaya-raya dan berjaya menembusi pasaran Mozambique, Papua New Guinea, serta Timor Timur. Amin.


Wani, aku, Mr. Nakamatsu, Mr. Ando, Encik Omar, Wan Hero, ngan Sharil. [Aku curik gambar kat blog ko, heh!]

Selepas itu, pada hari semalam, saya dan seorang kawan Parkson yang berumur 30 tahun itu pergi ke The Mines, saja-saja pergi tengok bangunan The Mines tu. Harhar. Gelak lah sebab saya sudah buat lawak. Sampai hati tiada tergelak. T___T
Bukanlah!!! Hah, kan dah start garang. Kami ke sana kerna sudah bosan duduk di rumah. Kami pergi menonton movie berjudul Merantau Warrior. Selepas tengok movie itu, kepala kami pening kerana penuh dengan adegan bertumbuk sepak terajang bagai. Nasib baik tiada adegan darah terpercik-percik seperti ayam percik. Jika tidak, kami mungkin termuntah di atas kepala budak hadapan. LOL

Untuk perenggan penutup, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya yang selama ini menyokong kerjaya seni saya. Mudah-mudahan saya dapat bertapak lama sedikit dalam industri ini. Moga-moga.

Amacam? Buleh dapat A1 tak karangan laporan kat atas ni?

Saturday, January 16

Jangan macam-macam ye.

Macam-macam betul lah budak-budak masham macam mempelam sekarang ni. Adoi. Gua pun naek heran. Hoho. [Quote ini aku sindiri pun kurang paham, so how?]

'Makan suda, suma packing' menjadi moto kami di tempat praktikal lately. Pengasasnya - Bangla yang nama Kalu tu. Hamboi~ Ko ingat aku ni kuli kau? Arh, tadek masa aku nak ikut sume cakap ko ok. Kesudahannya, kau packing lah sorang-sorang. Harharhar. Jom gelakkan dia ramai-ramai. LOL

Sejak akhir-akhir ni, tempat praktikal aku ni nampak macam penuh dengan haiwan-haiwan zoo. Meriah. Ada tupai, tikus, orang utan dan jugak platipus. No komen. Agaga.

Sekarang, kami-kami ditinggalkan sehelai sepinggan nasik. No kompromee. Semua benda seems susah dan pelik. Gila bertimbun fail-fail tu semua. Kau gila nak suruh kitorang belek satu-satu dan bereskan semua macamlah kitorang ni dah selesai amek pH-d. Kahkah. Kelakar. Takpe lah. Doa Tuhan berikan kekuatan pada kami-kami. Hey tupai! Cepat bayar gaji budak-budak ni! Aku dah tak larat tengok diorang nampak sedih gila! Choiiyyy!!!

Nah. Tengoklah budak-budak Cirque de Freak yang shomel ni sebagai eye candy. [muntah heavily] Kami bangga kami kerja di Parkson suwey. LOL





**Iman dah berambus pi UPSI, so besties aku dekat PARKSON dah makin kurang lah. Budak-budak 17 tahun pun macam ramai nak berenti bulan ni. Huahua. Bakal rindu kamu-kamu wahai budak-budak masam. LOL

Monday, January 11

Mandi manda mandrem












Semalam buat julung-julung kalinya kitorang ramai-ramai pergi Sungai Congkak sempena dah berbulan kami tak mandi-mandi. Mandi dekat bilik air mana sama macam mandi dekat sungai, betul tak bai? Aku sekali dengan Bacit, Apiz, Sharil tumpang kereta Osman pegi sana dan buat havoc dalam kereta macam sedang duduk dekat funfair.
Aku ingatkan Sungai Congkak ni dekat, rupanya jauh macam Teluk Ramonia nun. Penat duduk memekak dalam kereta, Tuhan saja tau. Heh! Syukur hujan tak jadi turun petang semalam so dapat lah kami-kami mandi dengan tenang. Sampai aje dekat sana, masing-masing dah
get ready bukak kamera dan snap-snap picture banyak-banyak lantas terlupa tujuan asal datang situ nak mandi-manda.
Sorylah, ayat macam sampah al-maklumlah blogging pun seminggu sekali saje. Haha. Nah aku tepek gambar-gambar tadi. Tengoklah kalau berani. LOL

Setakat ni praktikal masih okay and hopefully okay sampai aku habis praktikal. Banyak prob sebenarnya tempat praktikal aku ni cuma kitorang macam endah tak endah saja. Makin lama makin aku nyampah dengan bangla yang kerja dekat situ lagi-lagi bangla nama Kalu tu.
Amboi, mentang-mentang aku rajin[acece], dia boleh pulak main suruh-suruh aku buat macam-macam, dia duduk relax check kertas order. Nak mati kah kau baiya? Ko nak kena lesing dengan aku? Lepas ni aku malas nak ikut apa yang dia suruh. Hahahaha.
No more mister nice guy ea Kalu! [bapak jahat giler].

** Nene bila mau kasik itu gambar new year huh? Kedekut lor kamu~ =p

Monday, January 4

Detik Awal 2010. Kau buat apa?


Ohhoooooooohhhhhooooooiiiiii!!!!!

Hah, amek ko! Haha. Jangan risau lah, aku tak gila lagi. Saja-saja sebab rindu kat korang. Agaga. Macamlah korang rindu sangat kat aku kan. LOL

Aku ada BANYAK gila benda nak bagitau tapi malas nak taip pepanjang. Boleh? Kalau macam nak suruh aku list point2 event penting yang berlaku dewasa ini, antaranya adalah; praktikal aku start minggu lepas, first time aku makan turkey(memang sedap gila), Kajang syurga handphone(motip?), Rabu pergi shopping dekat Alamanda dengan Bacit, Khamis pergi overnight sambut New Year dengan bestfriend tersayang Nene dan bestfriend-kini-berskandal-hebat Emy, Jumaat pergi tgk wayang dengan Eqal cerita Alvin & The Chipmunk dan terus pergi Perak jumpa Zami dekat UPSI, Sabtu pergi KL jalan-jalan pegi karok dan tgk wayang cerita Vampire's Assistant dan jumpa Meso, Usop, Hakem. Sikit kan benda yang aku nak cerita? =D

Praktikal aku so far so good. Aku kerja dekat kilang frozen food, produk dia banyak gila, sampai aku tak tau nak start tulis dari mana. Tapi aritu ada turkey lebih, diorang masak kan untuk kitorang. Sedap! Hehe. Ok, tu pasal praktikal.

Lepas tu aritu lepas balik kerja, kitorang nak jalan2 pegi Kajang and beli handphone(Sharil sorang), so jadik lah dia beli handphone xpress music yang touch screen itu atas desakan Wani(LOL), and kitorang pegi Metro kajang dan tak tau nak buat apa. Tapi Kajang memang serious heaven lah kalau siapa-siapa nak beli hp murah. Sirius. Tak tipu. Heh

Hari Rabu pulak aku dengan Bacit ingat nak pegi Alamanda nak tengok cite Avatar tapi seat penuh semua. Memang marah gila time tu. Bila aku nak tengok movie, masa tu lah semua orang sibuk nak tengok jugak. Sial je(motip marah2?). Sebabkan tak jadi tengok wayang, aku pun gerak pegi Parkson dengan Bacit and kitorang shopping undergarment dekat situ. Sale tau! Dah la aku dapat staff purchase, so memang murah+murah-gila lah. Hoho. Then jumpa kawan-kawan aku kat sana, Abang Mahathir, Iman, Ira(dia berenti keje esoknya), Khairul(smart gila kau pakai blazer kan!), dan ramai lagi, borak-borak dengan diorang. Huhu.

Khamis malam pulak Nene ajak pegi overnight dekat KL konon-konon nak sambut New Year. So aku pun macam excited then pegi lah sekali. Emy pun ada time tu. Aku ngan Nene jumpa dulu dalam pukul 8 macam tu. Kitorang pegi carik hotel terdekat sebab tamo jadik macam overnight itu hari yang tido terkangkang depan kedai orang sebab tak dapat sewa mana-mana hotel. Dan malangnya masa New Year tu pun kitorang tak dapat bilik jugak, semua full house. Jadi, aku sebulat suara ajak diorang pegi clubbing untuk isi masa yang gila banyak terluang tu. Huhu. Malam tu jugak aku jadik gila dan mintak dekat Nene nak isap rokok. Gila ok. 2 batang siap aku isap. Menangis! Masa clubbing tu best jugak lah. Ada show tarian Beyonce so aku macam OMG happy gila-gila sebab diorang menari cantik gila nak mampos.(cepat kira berapa banyak aku guna perkataan gila tadi! Haha)

Lepas penat, kitorang pegi kedai mamak yang biasa kitorang pegi untuk revive energy(LOL). Aku mintak milo gelas sedang, dia bantai kasik aku gelas besar macam nak suruh aku benam kepala dia dalam gelas tu, boleh? Tapi best jugak lah sebab aku pun memang dahaga gila time tu. Huhu.

Lepak dekat kedai mamak tu agak lama jugaklah sampai masing2 buat muka penat nak tido. Nene cadangkan kitorang cari lagi hotel mana tau kot-kot ada kosong sekarang tapi malangnya semua still penuh. So, kitorang lepak dekat depan kedai mana entah sampai dekat pukul 6 then Emy kata jomlah gerak balik sekarang sebab lrt dah boleh start naik. Then, kitorang pun berpisah lah. Ingat nak jalan2 lagi dengan diorang tapi memandangkan muka masing2 macam zombie yang tak cukup tido, aku pun decide untuk balik jugak.

Aku balik terus tido sampai pukul 1 then baru teringat aku patut jumpa Eqal dekat BB. So, aku siap2 cepat dan terus pergi tunggu bas nak pegi Pudu. Dekat Pudu pulak aku boleh tersesat tak jumpa stesen Star. Aku pegi stesen Putra dekat Central Market. Gila tak?
Lepas tu satu hal aku kena jalan kaki pergi Star Plaza Rakyat. Penat gila kau tau! Huhu. Tak cukup dengan tu, dekat Star tu pulak aku boleh salah naik tren then aku pegi Masjid Jamek padahal sepatutnya aku kena pegi Hang Tuah. Adoi memang penat gila time tu. Sampai dekat Times Square pun dah lambat, ingat nak makan dulu sebelum tengok wayang tapi tak sempat. So kitorang terus tengok Alvin & The Chipmunk. Kelakar gila. & sangat chomel Chipettes tu. Aku paling suka Brittany sebab dia yang paling cantik. Haha

Lepas habis tgk wayang, kitorang gegas pergi Plaza Rakyat untuk naik bas pergi UPSI pulak. Ko bayangkan betapa penatnya aku time ni. Sumpah penat gila. Tapi demi road trip yang Eqal dah plan awal2, aku ikut jugaklah. Huhu. So, kitorang sampai dekat Tanjung Malim lebih kurang pukul 8++ and Zami amek kitorang naik kereta. Lepas tu terus pergi kedai makan sebab kitorang tengah lapar gila.
Balik UPSI Zami tunjukkan kawasan UPSI tu kat kitorang sebab kitorang tak penah pegi. Besar jugak lah tempat tu. Ada Proton City bagai. Haha.

Adoi, banyak pulak aku tertaip ni. LOL. Esoknya kitorang pegi KL dan head terus ke KLCC sebab Eqal nak return broadband Maxis. Lepas dah settle, kitorang terus pegi karoke dekat REDBOX Low Yatt. Best gila! Macam buat konsert back to back pulak. Haha.
Then, Meso mesej Eqal ajak jumpa dekat Times Square so kitorang pun pegi sana dan terus beli tiket Vampire's Assistant. Jumpa Meso tu kitorang sempat borak-borak sekejap aje sebab Akem ada selection Bola Tampar wakil Malaysia pegi SUKMA kalau tak silap aku.

Lepas diorang balik, kitorang shopping2 baju dekat Sg. Wang dan aku terbeli jaket Soda. Sial habis duit aku tapi worth it lah sebab benda tu memang obviously stunning. Sebelum tu aku beli MP3 Mickey Mouse dekat Low Yatt sebab murah dan aku memang perlukan MP3 sebab aku gila nak dengar lagu. Nak guna hp boleh tapi hp aku cepat habis battery.

Lepas tu aku beli DVD konsert Beyonce. Adoi lagi satu hal habis duit aku! Huahua. Tapi memang dari aritu lagi aku nak beli sebab tensyen konsert dia batal itu hari. Duit refund pun sampai sekarang aku tak dapat lagi. Bingai gila Ticket Access tu.

Dah habis tengok Vampire's Assistant tu yang lama nak mampos macam cerita bersiri tu, kitorang pun decide nak balik UPM saje sebab malam dah larut dan mustahil Zami nak balik UPSI lewat malam macam tu. Takut tak sempat sampai sebelum pukul 12 katanya.
So, kitorang pun balik bilik aku kat UPM. Aku pun lega gila sebab akhirnya perjalanan back to back sejak Khamis lepas akhirnya tamat. Sumpah aku penat gila. Zami baru balik UPSI pagi tadi. Eqal pulak balik umah tengah hari tadi. Aku hantar dia pegi KTM Serdang.











Kesimpulannya, minggu ni memang hectic gila. Dengan praktikal nya, lepas tu jalan-jalan tak henti lagi, aku rasa macam nak pengsan sekarang. Boley? Korang punya minggu macam mana pulak? Cerita ar kat aku. Hehe

xoxo

Kolam Ikan Encik Eipul