My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, February 24

Behind Mucus Line

Susah betul nak taip blog kalau tiap-tiap hari hingus kau keluar menjejes-jejes. Kadang-kadang keyboard bersepah dengan lendir hijau sana-sini. Aku dah makan Uphamol 650 tu pun masih jugak selusema. So how Mamamia?

Aku dah banyak benda nak cerita ni sebab aku suka kompol cerita bertan-tan nak kasik sumbat sekali hambun dalam satu enntry tapi malangnye aku bz. So, aku just nak bagitau yang cuti minggu lepas aku balik rumah aku, secara gigihnya aku naik motor hari Sabtu petang, dan balik semula ke Serdang pagi Ahad pukul 6.30am. Jangan jeles sebab aku terlalu gigih.

Ahad aku pegi Mines dengan kawan aku. Jalan-jalan masuk keluar kedai baju bajan tapi satu haram pun tiada berbeli. Jangan jeles, silakan. Lepas tu bosan sebab wayang tadek cite best, so aku end up pegi masuk cyber cafe dengan kawan aku, tengok utube sambil tegelak-gelak pegang perut sebab lawak dia macam haram.

Ok, sekian wassalam. Aku nak titon. LOL

Tuesday, February 16

Last day. [so called]



p/s: gua malas nak taip dol. K r. bye~

Monday, February 15

Bengkak bijik mata aku.

Hari Sabtu baru ni aku ajak Wanilizzie dengan Wan teman aku pegi Tesco Kajang. Tujuan aku bukan nak beli ikan masin hataupun cekedis, tetapi aku pergi ke tempat sangkak itu sekadar untuk meninjau keadaan Handphone Fair yang kononnya menjanjikan harga yang lebih murah berbanding situasi pasaran sebenar [hambik kau, ayat Karam Singh Walia aku kasik sama kau!!!]

Jadi, setelah terperangkap dengan tipu helah mamat tidak comel itu, aku pun terbeli benda ni. Bingong!


Guna handphone ni aku macam ada feeling-feeling pakai Blueberry, eh salah, err, pakai handphone Blackberry maksud aku. Motip!!! LOL.

Actually malam Sabtu tu Apiz ajak aku ngan Sharil jalan-jalan sebab kitorang tatau nak buat apa [padahal aku patut kerja petang tu, aku terponteng pulak]. So, kitorang gerak pegi Low Yatt dan karoke sampai tekak tercabut kat sana. Hoho



Lepas karoke, kitorang gerak gi Times Square, tgk cerita Percy Jackson n the Lightning Thief. Masalahnye aritu aku dah tgk cerita ni dengan Kerol ngan Kak Liza. Nak tak nak aku terpaksa je lah ikut dan yang paling penting, most of the time aku tido aje kat dalam wayang tu. Kahkah.

Kitorang tak mo balik awal sebab kunon nak overnight bagai dekat KL. Fine! So, kitorang terus pegi Downtown Cheras [walaupun tersesat banyak, kitorang gigih jua pergi sana]. Nak tau tak? Aku terbeli 2 bijik Crocs kat situ, dan sekarang aku menyesalinya. Sial.

Downtown kan tutup pukul 3 lebih macam tu kan? Kitorang punya gate pulak bukak lebih kurang pukul 5.30am macam tu. Jadik, untuk mengisi masa yang terluang itu, kitorang pun makan steamboat kejap dekat Downtown tu. Tak sangka pulak sedap sangat sampai buat aku sangap. Kahkah.



Lepas dah kenyang makan kat situ, kitorang balik UPM dengan tersengguk-sengguk mata masing-masing dah bengkak macam apom, tapi yang aku hangin tu, gate still tak bukak lagi. So, nak tak nak terpaksa lepak dekat mamak Maulana minum milo panas. Aku balik bilik je terus terbongkang atas katil tak ingat dunia, bangun lambat, dan lewat satu jam pegi keje. Best gila!

*Adoi, arini budak tu last day lor~ :-(

Tuesday, February 9

1 2 3 Go!

Rabu minggu lepas aku tgk cerita Universal Soldier dan lepak-lepak dengan kawan sampai tak ingat jalan balik rumah. So, aku tido rumah kawan 30 tahun sebab gate UPM tutup pukul 12. Shit.

Khamis pulak kawan ajak pergi Masjid Besi dekat Putrajaya sebab ada makan-makan free sempena Hari Wilayah. Best.

Jumaat lepas balik kerja, aku ajak kawan aku lepak dekat mamak kembar sampai nak terchirit makan mee goreng 3 plate. Fuhh! Meletup!!! [gaya Adam n Stacy] Lagi sekali aku tak sempat nak balik UPM. Aku tekad pergi Downtown Cheras sorang-sorang dan membeli-belah benda merepek macam jam, cincin, dan kipas. Boleh? Balik UPM pukul 4 lebih lepas lalok naik motor tergedek-gedek sejuk brrrr brrrr, mengantok giler!!! Sampai bilik aku terus terbongkang tido sampai tengah ari. Tak best!

Sabtu, takde apa-apa.

Ahad, shift yang patutnya dari 12 tgh ari sampai 4 petang tiba-tiba bertukar jadik 12 tgh ari sampai 12 tgh malam. Kepala hot dia.

Dah sudah. Ini entry kah atau surat wasiat kah? T__T

*my life would suck with or with out you. So how?


p/s: aku update guna komputer office. Paham2 lah, nak cepat punya pasal. Entry dah macam minyak cap kapak pula ini. Haishi~

Kolam Ikan Encik Eipul