My Tomey-Lotey Followers

Sunday, May 30

Second-ary Wedding

Akak aku tu, yang pakai baju putih tu, ko jangan pepandai buat spekulasi pulak tetiba balun kata yang tengah pegang anak tu akak aku, hish hish!!! *hah ko paham ke tak aku cakap apa ni? Kekeke

My sister get married just now, kalaulah korang ter-nak tahu...

Abang ipar aku nama Hairi, sesuai jugak dengan orangnya, 'hairy', so bolehlah kasik nickname untuk MIRC dia jadik hairy-hairi, adakah ko mampu?
Dan dari perkabaran oral dari kakak aku, dia orang Terengganu, ah nampaknya bolehlah aku taram mamam telur penyu setiap hari ye tak? Telur penyu kan bersepah-sepah dekat Terengganu nun, ada betul ka aci?

Hurm, apa yang aku boleh perkatakan di sini, kenduri kahwin ini secara umumnya sememangnya sangaaaaaaaaaat lah hazab ya kawan-kawan, hazab nya hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya.

Dengan ayah aku yang kalut tak semena-mena, manakan tidak, orang tu kata nak bawak 3 kereta saja, yang dia dengar ada 50 orang ahli rombongan pihak lelaki nak datang untuk brunch, hah kau sudah, dengan aku dah jadik macam kuli pencacai disuruh sana-sini bawak mop segala bagai, bersihkan surau kat belakang tu lah, beli itu-ini sana-sini, hah kau mampu kah sayang hoi?

Sudahlah hari Jumaat lepas, baru saja aku sampai rumah, dengan pinggang bagai nak terpatah macam biskut rangup lepas 3 jam bawak motor, dah kau dikerah membanting kederat memacak signboard pegi rumah aku start dari Klawang nun sampai ke Simpang Pertang nin. Tak kau menangis?

Huiyaii~~
Lotih den ni ha, jang oiiii~~~

Sebab tu lah aku rasa kenduri kahwin ni generally adalah sangat hazab ye kawan-kawan, itu yang aku dapat simpul-rambut kan sekarang ni.

Sudah lah! Tak baik merungut aku ni, adoi, buat keje kena ikhlas kan , lagipun kenduri akak sendiri kot, kalau akak orang lain, dah lama aku biarkan Munah hoi~

Berikut merupakan gambar-gambar yang aku sempat edit, wah tak ke gigih aku ni Tijah? Baru pagi tadi akak aku kawen, dah masuk blog segala ni, yang penting sekali is gambar aku tadek ye, toksah lah nak mencarik aku yang mana satu, sebab semua gambar aku yang amek, tadek pun insan yang ter-hingin nak tolong amekkan gambar aku ni, sob sob

Abang hairy-hairi tengah get ready nak berarak.

Segala macam hantaran, haiyo haiyo, nak epal ijau tu! Hehe

Hah sudah angah, angah sorang jek glow, yang lain itam macam negro! *ah pitam

Maplei, eh tak, mampelai tengah get ready nak melantak! Kekeke

Ha ni ayah ngan mak aku, tomey tak? *ayah tak sempat nak senyum lagi aku dah click camera, dasar setan punya anak. LOL


p/s: Sekarang aku tengah get ready nak melantak lauk-pauk yang aku bungkus tadi. Aduh esok dah kena kerja balik, tensen nya~~

Saturday, May 22

CHOCOLATE CRAZINESS

omg omg omg

tahanan perang *wink wink

wan ada practice untuk MASUM, tak dapat ikut gi Bangi, LOL, so kitorang mamam kek kali kedua ngan dia kat K6 je.

Meh sini aku korek idung ko, nak?

humphh!!! nak berak~~

the GIRLS

the BOYS

BIRTHDAY GIRL

the CHOCOLATE CRAZINESS/ CHOCOLATE INDULGENCE omg omg omg

Selalunya kalau birthday korang kan, korang dapat hadiah tak? Paling cikai pun musti ada manusia-manusia yang concern macam hai, kek ni untuk awak, hepi burfday tau, kan, kan, kan? Tapi masa birthday kawan aku ni, dia yang belikan kek untuk kitorang. Pada aku, aku tak kesah tapi cian kat dia, dalam hati sebenarnya yeayea dapat kek mahal! Hehe, setan tak?

Tak kesah lah tu semua. Yang penting best time ni sebab dapat gather ramai-ramai sambil borak-borak gelak-gelak muahaha. Thanx Wani for the incredibly delicious cake, Secret Recipe kot~ LOL. Hurm, aku nak kasik Wani hadiah tapi duit tadek lagi. Sory tau sis, I promish I'll give you your pending gift by the end of this month yeh, LOL.

And all this happened on the 19th.

Aku nak cerita jugak pasal siang tadi. I am totally a sinner honey. To top it off, I didn't go for Jumaat prayer, that's the first top sin, omg omg have mercy on me please. Second of all, we go for a jolly-shandy window shopping to Jusco Cheras Selatan, and guess what? Time rehat yang just 1 and a half hour had been prolonged to 2 hours with couples of minutes. Aren't we a sinner? Third of all, we bought several, oops I mean I bought several items and Wani bought an item for our unplanned shopping spree omg omg. Forth of all, we lied; saying that we are late because of 'urusan daftar subjek di fakulti'. Setan sangat. But, like I care Honey~ Haha,

Owh, and these are the things I bought, just in case u wanna know, LOL.

Geez this cardigan is undeniably irresistible honey!


I just love the scent! And it's 50% off!!!


Siapa yang tidak mahu, kan sayang? Kalau kau nampak sale Body Shop 50% 70%, kau pun mahu menangis betul tak? Itu sebab lah kami balik lambat setengah jam ni, sori bos, sori madam, kami betul-betul tak bermaksud ni, chihihi.

And owh, tadi malam lepas aku habis keje aku makan dengan Ipin dekat foodcourt belakang Mamak Kembar Presint 9. Nasik goreng dia rasa macam dedak ayam, huuuuiiii~~, kalah dedak ayam lah, rasa dia macam larutan Albumin dah ni, tak sedap langsung! Cheh, bikin aku muntah saje! Chet poodah!

Wednesday, May 19

A-lizzerd sudah tua.

Wani a-lizzerd... dua dari kiri.

Wani a-lizzerd adalah sejenis makhluk Tuhan yang mengambil kursus sama seperti kursus yang aku ambil. Senang kata dia merupakan rakan se-course aku. Kami berpraktikal bersama-sama di sebuah syarikat makanan di Kajang. Dia kebetulan menyambut hari lahir nya pada hari ini. Oleh itu, aku ingin mengucapkan selamat hari lahir buatnya.
Hip hip hooray. Wani a-lizzerd sudah tua.
Kasihan dia.
Tapi nak buat macam mana. Sudah nasib nya.
Entry ini aku tujukan khas buat Wani a-lizzerd.

Thanx for being my friend for all this while. I mean for every single while, whether when I am at hard time, or when we have the best time together;
Thanx for covering me up while I am out jolly-shandying with my friends instead of go working;
Thanx for understanding me, with all Beyonce's and Shakira's wild dances I showed to you. LOL;
Thanx for doing my job while I am in Harvest-Moon-mood, [I need to get a million by this week, that's my target honey! *wink wink];
Thanx for being such a good listener, [I mean it! LOL]
Thanx for letting me read those notes before Eddy Murphey came visit us;
Thanx for letting me copy some of your report, [I hope so! LOL]

Sorry for letting you all alone 'terbiar' while I am having so much fun playing games using my lappy;
Sorry for online-ing while you are busy packing those darn sausages downstairs;
Sorry for making lame jokes while you need something to laugh at;
Sorry for mentioning "Ko da cerita benda ni 3 kali kat aku", [I know you sentap gila right?]
Sorry for urging you to shut down your wifi signal because internet line gets slower,
Sorry for whatever wrong deeds I have done to you.

So Wani a-lizzerd, go have fun on your birthday ok.
Last but not least, Happy 22nd Birthday sis!!!

Friday, May 14

Kau mesti tak tau pasal aku.


Ko mesti tak tau pasal aku,
ko mesti tak tau men-tau pasal aku,
Aku pasti dapat pengganti kau dalam seminit,
Tambahan pulak dia sekarang ni dah ada dah pun dekat sini ha.
*baca sambil nyanyi rentak korus Irreplacable Beyonce. wink wink

Bukan apa, aku nak bersajak kejap.

Takkan aku tak boleh nak berpujangga sekali-sekala?

Ok, rentetan lirik lagu terjemahan khas aku buat dekat atas ni, aku terdorong untuk mengolah perihal terjemahan itu kepada sesi heart to heart.

*Tu dia! italic BOLD aku kasik sama kau.

Ok, baca ya. ehem, ehem *setting anak tekak sekejap.

Ko mesti tak tau pasal aku,
Ko mesti tak tau men-tau pasal aku, kan?
Aku menangis sebab kau, sebab kau lah, bodoh!

Ko mesti tak tau pasal aku,
Ko mesti tak tau men-tau pasal aku, kan?
Aku nak pengsan sebab ko buat macam tu, setan!
Takkan ko tak nampak lagi?
Obvious kot BAB*!!!

Ko mesti tak tau pasal aku,
Ko mesti tak tau men-tau pasal aku, kan?
Aku tadek sesapa untuk aku luahkan pasal ko,
Nasib baik blog ni ada;
Time kaceh blog tomey~

Ko mesti tak tau pasal aku,
Ko mesti tak tau men-tau pasal aku, kan?
Aku abeskan lima batang one shot siap,
Walaupun kawan aku kata aku tak reti isap;
Ada aku kesah?

Ko mesti tak tau pasal aku,
Ko mesti tak tau men-tau pasal aku, kan?
Kalau aku nak lupa ko memang senang je;
Ko ingat otak aku tadek recycle bin?
Ingat komputer je ada?
Aku klik je dekat situ;
"empty recycle bin"
Klik cepat-cepat. wink wink
Supaya aku tak sempat nak tekan restore item.

Jambatan:
Memandangkan aku ni bukan lah kau punya sesiapa,
Macam mana kalau aku jadik bukan apa-apa buat kau?
Bayi, aku takkan lagi titiskan air mata buat ko,
Aku takkan lagi insomnia sebab kau,
Sebab yang sebetul-betul nya adalah
Menggantikan kau sangat-sangat lah mudahnya, Setan!

*lirik original:
So since i'm not ur everything,
How about i'll be nothing, nothing at all to you,
Baby I won't shed a tear for you,
I won't lose a wink of sleep,
Cause the truth of the matter is,
Replacing you is so easy.
p/s: Orang tua-tua selalu kata, "Mind your language, honey",
Ko ada dengar aku kata apa? "Ada aku kesah? Blog aku kot!"

p/s 2: Aku dah berjaya mengorat Popuri. Kan aku dah kata, "Menggantikan kau sangat-sangat lah mudahnya, Setan!"

Thursday, May 13

Huhi, buhan hima suhah~

*maaf, gambar tiada kait-kait dengan kandungan entri. Kalau ada pun, mungkin dalam 0.17% gitu. Haha

Berikut merupakan list updates untuk recent activities aku. *macamlah kau hadap sangat nak tau kan? Anyhow, ada aku kesah? Hahahai~

1) Aku tgh belajar plucking lagu Far Away, Nickelback skrg ni. Susah, sundel! Terseliuh jari kelingking aku nak tekan string number 4 tu.

2) Harvest Moon aku dah berjaya aku recover. Haritu trouble shooting kebom bom bom, sampai game aku restart kembali semula ke zaman jahiliyah nya yakni Spring 0 Year, menangis aku, tapi kini aku menangis terharu sebab duit dah ada 400K, ayam dah 8 ekor, Horssey dah boleh ditunggang, Marc Jacobs dan Jimmy Choo aku dah pun membesar dengan sampoerna, *note that Marc Jacobs and Jimmy Choo tu adalah nama lembu aku. Enough said!!!

3) Bacit dah pergi meninggalkan aku, means that aku dah tadek roommate lagi sekarang ni. Huahua~ I'll start reminiscing that good old days that we've been through.
- Campak barang kuar dari tingkap bilik, yang paling tak tahan masa ko campak pil supplement expired ko yang berbijik-bijik banyak nak mampos tu, memang aku gelak sampai tecirit time tu. Haha (Serol ingat hantu nak kacau dia, u know kan? LOL)
- Kalau aku naik moto dengan ko memang tak sah kalau kita tak usha orang sambil2 tu kan? ^o^
- Pasal moto jugak, kalo nak brek, ko mesti buat moto gigil2 macam nak teberak, ingat tak? Kelakar doh~
- Main masak2 sama-sama tu pun one of the best moment jugak, even though lately aku tak pat join sebab busy. Haha
- Yang penting kita main Harvest Moon sesama, ladang ko nama Gaga, so kinky kan? Aku suka Prada ko anyways~
**Aku musti mish ko lepas ni Bacit. LOL

4) Aku suka 2PM lately. My fav is Hwang Chansung. LOL

5) Rihanna - Hard. Lyric fav aku for this month.

"I'ma rock this shit like fashion, as in

goin' til they say stop

And my runway never looked so clear

But the hottest bitch in heels right here"

6) Aku notty skrg ni, in the sense of act. U know, gaga's lyric, cigarettes and hush, watever~

7) Itu hari aku terbeli jaket 0.2K, and Im like "What is the hell am i doin anyway?!"* Bacit, gelak la weih! What is the hell? Haha

8) Lama tak karok ko tahu? Aku da macam menggigil-gigil sekarang ni, gian semacam je. Sesiapa yang nak ajak aku karok, plish~~~ I'm begging u! Haha

9) Lagi 1 bulan setengah praktikal nak berakhir. Tak sabar setan!

10) Amek ko! Jastin Biber aku kasik kat ko skrg. Aku rasa dia letak dadah kot dalam lagu-lagu dia, tak macam aku ketagih pulak kan nak dengar lagu dia setiap hari. Skrg aku suka Runaway Love, that's for sure! Haha


Ok, penat lah pulak buat listing merepek ni. Haha. K, bubbye sume. Thanx for reading. Sharing is caring. Daring is a no no thing. Kaching ching ching!!!

***tajuk entry tu disebut dengan aura sengau ala-ala lead singer kumpulan Sixth Sense. Maksud hakiki dia berbunyi "Huhui, bulan lima sudah~" ---> gelak la weih!!! T___T

Wednesday, May 5

Percutian yang menggiurkan.

Guys, aku dapat upload gambar je. Aku tak sempat nak taip cerita. Next entry aku cerita full story k. gtg. Doodles! xoxo

*pics taken on the 24th April*









Tragedi Malang kerna CapSquare.




Ko penah tak dengar CapSquare? Macam setan nak mencarik bangunan tak cantik ni tau. Cite dia berbunyi macam ni. Apa? Ko tamo dengar? Ada aku kesah ko tamo dengar? Hahar

Aritu aku dapat tiket free tengok cite Iron Man 2, siap dapat kupon popcorn ngan air free lagi, siapa yang taknak betul tak? Lepas tu nak dijadikan story, tayangan free tu dijalankan dekat CapSquare, which seumur hidup aku tak penah pegi. Tak pemes pun. Hoho.

So, satu hal lah kawan aku ni ha pun tak tau jalan, yang kitorang ada hanyalah peta dari cina Singapore Airlines tu, dengan peta yang dianugerahkan oleh pak cik Google. That's all. Ko mampu? Lepas tu, benda tu start pukul 8pm, kitorang bantai gerak pukul 6.30pm. Adakah kau larat Munah? Dari Putrajaya ni, nak gerak pegi KL, dah satu hal jam macam jem nangka.

Nak dipendekkan cerita, kitorang lima orang naik satu kereta, Viva, ko bayangkan sempit nauzubillah, lepas tu sorang-sorang membebel macam monyet hilang bulu, sorang menjerit nak terlanggar kereta depan, serious macam rumah hantu. Berpeluh-peluh satu hal, ada yang belum mandi tu bau toksah nak kata lah kan, bau milo basi masing-masing. Senang cerita, dalam kereta tu memang chaotic, haruk, dan berbau 'acem'.

Kitorang sesat dekat KLCC. Patutnya jalan lalu Saloma Bistro, tapi tak terjumpa pun bistro tu. Alih-alih yang aku tau, kitorang masuk Jalan Conlay, lalu Bukit Bintang which dah terlalu menyimpang dari landasan sebenar. Kitorang dah bajet tak sempat tengok Iron Man 2 tu, sebab jam dah dekat pukul 8pm masa tu.

ThankGod Abang Adi berani tanya pak cik teksi masa dekat traffic light Sogo tu, dan ThankGod jugak pak cik teksi tu sangat ar baik dan sanggup bawak kitorang terus pergi CapSquare. Masa dekat CapSquare tu pulak dugaan jugak. Dah naik tingkat 3, baru kitorang perasan tiket tinggal dalam kereta. Hah kau, berlari tak ingat dunia aku dengan 2 org lagi tu, carik kereta tak jumpa pulak sebab tak hafal tempat parking. Last2 jumpa jua akhirnya, terus mencecet lari pegi masuk wayang. Masa masuk tu cerita dah start dalam beberapa puluh saat ar.

Yang paling penting, Iron Man 2 memang gila gempak ar. Pelakon dia memang sangat tip top, aku paling suka Robert Downey Jr. tu belakon, memang gatal habis but at the same time sangat macho. Hoho. Yang Scarlet pun sama jugak. Ko memang cantik gila ar, aku memang tak tipu. Masa ko gaduh-gaduh pukul orang jahat ramai-ramai tu, fuhh. Seksi abes!!! Cerita dia overall sangat smart ar. Aku suka ending dia. Sempat lagi si hitam tu buat lawak pasal bumbung tu. LOL

Dah, tu je ar aku nak cerita. Memang sengsara lah CapSquare sundel tu, letih nak carik jalan nak pegi situ. Haha.

p/s: Zami, thanx a lot for the review yang ko buat pasal blog aku tu. I'm extremely touched. Walaupun blog aku takdelah lawak sangat macam yang ko gambar-gemburkan tu. Haha. ^o^
Nanti kalo aku free, aku buat review blog ko pulak. LOL

p/s 2: Apahal pulak gambar tak bleh nak susun ni? huhu

Kolam Ikan Encik Eipul