My Tomey-Lotey Followers

Friday, June 25

Terima kasih

Kak Fida and Kak Nik, tq for everything.
Kak Nik, terima kasih untuk Farewell Party ni.
Terima kasih jugak untuk kek ni, Kak Nik and Kak Fida.

Entry ni kami dedicate dengan penuh ikhlas *siyesh ikhlas kami tak main-main weh, hangpa dok gelak kenapa?

First sekali, kami nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Kak Nik Eniey selaku akauntan merangkap setiausaha agung company praktikal kami. Makasih banyak-banyak no, akak telah layan kami macam kawan-kawan akak sendiri. Kami segan nak habaq sama akak tadi, tu yang kami dok lari cepat-cepat nak balik Kak Nik oiy, kami sebak tak tau nak habaq lagu mana no, kita ni dah kerja sama-sama dah dekat 6 bulan. Suka, duka, suma kita dok balun perabih sama-sama. Akak paham ka kami habaq lagu ni? Kami tukaq loghat lah no, takut akak tak paham...

Kak Nik Eniey, shie shie. Li kong mat ye ya? Li mo chi sing ka la? Sey ya lei, hap hap chao a!!!

Chihihi, gelak la weh~~

Terima kasih saya ucapkan kat Kak Nik. Kak Nik saya dah anggap macam akak saya sendiri. Saya banyak hutang budi sama akak. Time saya selalu datang keje lambat, akak tak pernah kesah kan? "Ada aku kesah?" akak cakap dalam hati. Hahaha, melawak je kak. Kalau akak stress, kitorang pun turut sama stress. Ye la, masalah company yang tak pernah sudah-sudah tu, dengan gaji lewat bayar tu memang lumrah company kita lah kan, dah sedia maklum sangat-sangat lah tu.

Akak ajar saya banyak sangat benda. Ingat lagi masa awal-awal kitorang praktikal aritu, akak la yang ajar saya buat company punya Customer Order, Delivery Order, Invoice, Purchase Order, dan order kedai mamak serta order order di mahkamah. Ah sudah aku meraban. Akak ajar angkat telefon kena tanya siapa nama, nak apa, dan kena catat kat kertas. Sekali angkat ada miss call pulak kan? Padahal telefon ofis, camne tu kak? Siap ada operator bagi tau kita ada beberapa orang miss call ofis. Kelakar. Tapi selalu kalau angkat telefon mesti client company yang nak mengamok sebab tak hantar order lah, mintak hutang sampai ugut nak datang office simbah cat merah segala, haha over gila.

Pastu yang kita suka sangat makan daging Roast Beef tu, hehe, sangat kenangan kan kak? Uih, daging tu dah lah sedap gila kan, kalau ada production masak roast beef, kita la insan-insan yang paling pertama nak makan dulu ek. Haha, kelakar.

Pastu duduk dekat kedai kok, buat meeting company ramai-ramai, bincang hal ehwal company macam nak selesaikan masalah negara. Kutuk-kutuk bos tu memang agenda wajib lah kalau time meeting tu. Pastu beli pau goreng untuk makan petang, haha. Kelakar.

Pastu dah 3 kali kita makan turkey macam sambut Krismas. Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Kak Nik, Abang Saiful, Kak Fida, Kak Azmah walaupun tak lama, Azan, Jime, Abang JJ, Kalu, Aslam, Bakar, tu pun kalau bangla-bangla ni pandai baca blog. Kekeke

Sorry sangat Kak Nik. Saya tak sempat nak beli hadiah kenang-kenangan untuk Kak Nik dan semua. Nanti bila saya datang nak kasik report dekat bos, saya kasik dekat Kak Nik yeh. Insyaallah panjang umur kita mesti jumpa balik.

Kalau nak describe satu-satu kisah sepanjang 6 bulan praktikal kat sini, memang saya kena taip panjang berjela lah nanti. Apa yang penting, kerjasama. Sama-sama kita majukan industri sukan negara. Mee Ho Liao betul-betul ho liao!!!

Akhir kata, saya mintak maaf banyak-banyak dari hujung kutu rambut sampai hujung taik kuku kaki, kalau saya ada salah silap sama Kak Nik, Kak Fida, Abang Saiful, dan semua bangla-bangla itu. Saya sedih sebab praktikal dah habis. Saya gembira jugak pun ada sebab praktikal dah habis. Banyak benda yang saya belajar kat sini.

Sambil menangis terharu dalam hati, saya ucapkan Good Luck untuk Kak Nik dan semua. Saya doakan company kita maju supaya bos tak bayar Kak Nik punya gaji lambat-lambat lagi. Dan saya jugak doakan akak dan Kak Fida serta Abang Saiful dapat kerja lain yang lagi bagus kalau company kita tak maju-maju sampai ke sudah. ^o^

xoxo

Thursday, June 24

Sekitar MIHAS

Wanilizzerd dan anak Jepun wannabe. LOL
NHK interviewing our boss *LOL
Our booth, kekeke
Mr. Nagamatsu acting cute, LOL
Cedap gile kopi ni! *sebab free
Jemput2 mamam rendang, chihihi


During durian duri duremon, gulp, I mean, during my time in MIHAS 2010, I feel very very happy. Our booth is a collaboration between my practical company and japanese company and we came up with a new product. Come come lets go to our booth and join the festivity!!!

Aku dah tatau nak mepek apa. Ko tau je lah kan, aku update blog ni pun sekali dalam 86 tahun, so, banyak benda aku nak cerita tapi al-malangnya sebab banyak jugak benda aku lupa nak cerita sampai apa yang aku nak cerita ni pun tak tercerita-cerita sampai ke sudahnya.
Eh sudah lah, I punya LI report ni pun tak sesiap lagi.

Sape nak kenal ngan Mr. Nagamatsu *rujuk gambar ke-2, sila email aku untuk sebarang inquiry dan aku akan berikan contact number beliau.
Antara dialog jepun yang dia ajar aku adalah;

1) Watashi no namae wa Eipul des
2) Ohayo gozaimasu
3) Arigato!
4) Domo!
5) Kawaii~~
6) Kat koi
7) Chidoi
8) Baka! *oh yang ni dia kata jangan sesekali kata kat orang Jepun, buruk padahnye

K guys, xoxo

Friday, June 18

Mimi




Align Center<-- I'm holding Mimi. Mimi feels excited, thus she widen her eyes for my camera.






















<-- Mimi is full after I gave her milk. She almost asleep.

















<-- I cannot let her be in my room because I'm worried that she might shit on my carpet. So, I have to put her outside.








This is Mimi while drinking milk.
video

Wednesday, June 16

It's not much that I'm asking for.

Korang rasa RM300 tu banyak tak? Tapi kalau dua bulan tertunggak mesti ar jadik RM600 betul tak? Tapi RM600 tu kalau bahagi dua dapat RM300 balik, means kalau dapat RM300 dan ditolak RM100 jadik RM200, dan ada baki lagi RM500 kalau dapat RM600 sekaligus. RM100 ditolak dari RM600 tetap menjadikan baki yang ada kepada RM500. Tapi kalau RM600 itu dibahagikan kepada 3 bahagian, ia akan menjadi RM200 bagi setiap satu dan apabila RM300 itu diganda-empat, ia akan menjadi RM1200. Tetapi pula, jika dikaliganda-lapan ia bertukar pula menjadi RM2400.

Korang mesti rasa oh eipul memang sangat effing-s**t sebab buatkan kepala kawan-kawan berputar ligat dengan kunci kira-kura kat atas ni kan. Tapi sebenarnya niat aku murni ni weh. Bukan murni macam Cik Murni Binti Maarof (bukan nama sebenar), itu tidaklah semurni mana sebab beliau berbau kepam, ketiak pula tiada bercukur hampir 6 tahun oooopss woot woot menyebabkan bau ketiaknya ligat menguasai sekalian alam maya!

Secara tuntasnya, entri ini hanyalah entri provokasi dari saya kerana saya inginkan RM300 saya iaitu gaji yang patut saya dapat untuk bulan lima tetapi alangkah malangnya saya sebab bos saya sangat baik oh bayar gaji pekerja lewat-lewat tapi ada hati mahu mengutuk makanan mamak yang pada mata dia sangat geli dan jijik dan tidak boleh dimakan oleh manusia high taste macam dia walhal hakikatnya dia tak bayar harga nasik bungkus mamak itu tetapi terus menyuruh mamak itu install amount harga nasik-nasik itu masuk dalam buku tiga lima. Nampak tak situasi kelakar di sini?

Konon-kononnya kau sangatlah kaya tapi sebenarnya kau NON HADO!

Persamaan algebra pada perenggan pertama itu merupakan perkiraan asas gaji aku berdasarkan kepada juzuk kebetulan yang kebetulan berjaya melintas jalan di Kepulauan Sulawesi.

Oh encik Bos, saya dah menggigil macam mat pet bila saya tengok messenger bag dekat Esprit tempoh hari dan harganya hanyalah RM100. Tetapi malangnya, elaun itu tiada saya dapati, bagaimana pula saya mampu membeli dan seterusnya memiliki bag yang sangat menggiurkan itu? Oh alangkah bulls**t nya keadaan ini nampak tak?

Oleh itu, saya dengan harapan sebesar pemeluk gorilla betina ini ingin menyuarakan suara pendapat saya yang lunak merdu bak mempelam epal ini, kepada pihak tuan, apakata kalau ko kasik RM300 aku sekarang atau aku akan menjalankan tindakan rebellious yang maha dahsyat terhadap kau dan keluarga kau. What say you?

Best regards,









(Honey Bunny Eipul)
You don't play play with dangerous creature in town!

Sunday, June 13

Buzz buzz


Exhausted
As it is
Seems like reality hits me with a duplex cargo truck
Big
Bulky
Painful
Smashing sensation

Bed
With plushy white puppy
And those little heavy pillow talks
Mesmerizing
Soothingly
Reminiscing me of the good old, present, and future days



Dizziness
Brought by those dirty little caffeine
From most reluctant sources
Cigarette
Coffee
More cigarettes
And more and more cigarettes
The wooziness that can't be explained by literated word



Exuberant joy
And deep thinking
As eyes cannot shut down by themselves

And these wordings of bulls*ts
Came out from light-headed Eipul
As he finally get his best friend back
The one that he knows best for 10 years back
The one and only
Best friend he had
Ever since one named Nuri

I value you as my best-est friend, forever and ever full stop

*Thanks for being my friend dear, needed, and when severely needed.



**Motip entry emo??!!

Saturday, June 5

Jalan dengan Nene

Karok sepuas-puasnya + dapat free Dot Red Card, yeayea
Later, lepak kat bilik aku.










*the best sleep over, ever*
matila merepek~

p/s: Ajeje da berenti keje, means da tadek geng nak melepak-lepak kat kilang lagi lepas ni, huhu

Ajeje, aku

Friday, June 4

End of Exhaustion. Yippee!

Secara rasminya penyiksaan gua sebagai promoter exhibition telah berakhir start 5.30pm semalam, omg omg I'm so happy, nak pendekkan cerita, gua kena jaga booth company kat SMIDEX 3 ari lepas. Since the exhibition is over, I'm free now! Yeayea

Tapi the next next coming week, I'll be busy again sebab the company from Japan akan datang Malaysia and start everything about MIHAS. Huahua, Tapi takpe esok gua cuti, so gua akan rehat puas-puas main Harvest Moon sambil mengasap, kekeke.

Semalam gua pegi tengok movie Melayu, oh sangat tak sangka kan kan kan? Tapi gua beranikan diri pergi tengok walaupun harga tiket tu dah macam harga tiket movie oversea, RM11 kot~~ huhu. Oh lupa pulak gua nak gitau lu, gua pegi tengok Lagenda Budak Setan tau semalam!. Omg omg memang best honey, i tell you! Tapi yang gua tensennya banyak sangat adegan-adegan best dalam novel tu yang dia bantai cut cut dan tak letak dalam movie, mana pengarah filem tu meh sini gua gentel-gentel pipi dia, ish geram betul gua lah hins hins!


Tapi gua memang respek pada team koreografi, opocot gua salah eja trr trr, gua sebenarnya sangat respek pada team pornografi, omg salah lagi, *lagi sekali salah eja memang nak kena cubit-cubit kelengkang dia ni!
Gua paling suka dia punya sinematografi lah, oii korang memang yang the effing best lah, sebab memang sangat-sangat ada kualiti okkey sume-sume adegan dekat dalam movie itu!!!

So, buat julung-julung kali gua telah mem-promote-i sebuah filem Melayu pada kawan-kawan semua, chihihi, tapi memang gua tak tipu lah ye di sini, sebab bagi gua lah, filem ni memang must watch sebab gua memang suka gile bab sama novel dia!!! Teringat pulak masa gua terhegeh-hegeh beli novel tu dan baca tak macam struggle pulak kan sebab novel dia oh sangat-sangat lah tebal ye sayang~~

Ok tu saje, bubbye honey, I nak pi mamam, chihihi, peluk cium kamu semua. xoxo

p/s: Fazura sangat besh! Tak sabar nak tunggu filem Katerina pulak lepas ni. Yeayea

p/s 2: OST filem ni, Bila Cinta tu sangat meruntun jiwa gua, shiyesh!!! Best giler~

Kolam Ikan Encik Eipul