My Tomey-Lotey Followers

Saturday, August 28

Shopping Raya

Geng Samseng Bukit

todia california boy ngan Apis =D

Sharel back to basics ngan Alwa uncet

Croco - samseng bukit paling berbahaya

Alwa ngan Apra

Baju raya aku tahun ni kaler biru. Terel tak? Terel tak? =p

Semalam aku ngan geng2 samseng bukit yang lain pergi Jalan TAR untuk jalan-jalan dekat jalan ber-TAR yang kebetulan menjual kuih TAR-t nenas berharga RM10. It was fun! It was pure magic! Walaopun kaki kau melecet sana-sini sebab banyak sangat berjalan. Woi tempat ni memang besar nak mamp**! Penat woh ulang alik carik baju kurung transparent, baju melayu fesyen baru yang kadang2 nampak macam baju badut sarkis pun ada, dan samping-1-RM45-2-RM50 yang nipis macam kain lap peluh tu.

Pastu dah nak berbuka tu, kitorang cepat-cepat lari masuk SOGO sebab nak beli McD, pastu pegi duduk kat taman bunga depan SOGO tu untuk berbuka sebab dekat dalam dah penuh sangat macam kat kandang lembu Fernleaf. It was fun! It was pure magic!

Then, aku kena marah ngan kawan aku sebab tak jadik teman dia jumpa minah-mana-entah-aku-pun-tak-tau, so balasannya, dia suruh aku pegi teman dia lepak mamak. It was pure magic! Hehe

Malam aku tak berakhir macam tu saje, later, aku struggle press motor sampai 110km/j gerak pegi Maulana, then join geng2 jantan samseng bukit pergi sambung shopping raya dekat Danau Kota ngan Jalan TAR(again). Fuhh, memang pure magic!

Balik sahur aje aku tombang atas katil tak bangun-bangun sampai la ni. Sekian laporan dari BERNAMA. Chow, gua nak mandi sat. =D

Sunday, August 15

Kala waktu telah pun tertakdir detik itu

Paramore - The only exception

Malam-malam yang telah berlalu membuatkan rasa hanyut tergapai-gapai itu wujud dalam dimensi yang separa nyata. Jika aku boleh menyatakan hasrat jiwa untuk bangkit dan lekas mengejar impian yang aku fikirkan tidak akan kesampaian, itu adalah kau. Kau adalah suatu pemikiran yang abstrak, suatu rasa yang tidak terjalin, hanya sejenis tampak, dan boleh digambarkan sebagai suatu yang ilusif. Suatu kreativiti di luar jangkaan, di luar kotak, kalau diikutkan kata falsafah Barat. Kau juga adalah suatu eksepsi, suatu yang tidak boleh untuk aku katakan tidak. Mengapa kau harus kau? Belajar untuk membenci kau adalah seperti belajar untuk menyumpit punai kegemaran. Suatu pembelajaran yang super duper mustahil untuk aku lalui. Mengapa kau perlu kau? Demm

Wednesday, August 11

B to the O to the R.I.N.G

Camat pagi semua. OMGosh sekejap lagi kita dah nak kena puasa ni. Tapi masalahnya adakah kau sudah berniat puasa? Renung-renungkan dan selamat beramal!

*urut-urut janggut, sambil betulkan lipatan serban.

Hai semua. Ramadhan menjelma tapi aku tak sempat nak pergi terawikh pertama tadi[as if 'tak sempat tu kan]. Selain daripada pathways dalam ATP generation yang aku kena hafal, dan juga segala sel-sel lemak yang aku kena kaji kejap lagi, aku masih merisaui akan proposal FYP aku tak juga bergerak-gerak. Aku nak lah jugak proposal itu bergerak sana-sini sambil menagih duit raya walaupun raya Aidiladha lambat lagi, tapi itu lah, susah betul kalau kau dah sangat sibuk ni kan. Bukan sibuk apa pun, sibuk tengok cerita Korea. Ha, tutup mulut tu, tak payah nganga luas sangat, kang tak pasal-pasal aku tolong sudukan kau sesuap lalat goreng, nak?

Dah la dalam kelas tadi dimalukan, tak tau lah kenapa jadik aku ni mesti ada aje peristiwa getir dan sedih yang harus dihadapi.

Masuk balik pasal cerita Korea yang aku tengok tadi, kau tamo tanya ke cerita apa yang aku tengok? Ok. Cite tu tajuk dia My Fair Lady. Sangap wo tengok cerita ni. Rasa macam nak bercinta je time tengok cerita ni. Sial sungguh. Nasib baik takde siapa-siapa untuk dicintai. Wakaka.

Best giler cite ni!

Tadi petang aku pegi jogging, dengan Ana ngan Sef [aku sorang je jog, diorang berjalan menikmati alam], dan kebetulan lepas aku siap jogging, diorang tengah berpesta mamam nangka, so aku pun join la apa lagi. Heheh.

nyum nyum

Ada insiden yang aku regret untuk hari ini. So, aku ingin lupakan right away, sebab aku taknak tensen sangat. Ye lah, cukup lah untuk hari ni aku dah dengar perkataan stress tak terkira banyaknya. Time kelas Dr. Faridah, time Dr. Alfi, borak ngan budak ni budak tu, adoi, lama-lama stress aku bertambah-tambah. LOL

So, jom gerak aku sahur, nanti boleh sahur sesama. Keke. Anyways, Happy Puasa semua!!!


Wednesday, August 4

Deep shit!

I NEED ENTER-fcuk-ing-TAINMENT!!!!!

Tuesday, August 3

I do, do I?

I do need to set things straight, and I really do have to take things a little more seriously, with a little bit of edginess and chic-ity. Starting from the day-1 of this effing new semester, I started to think more in broader scope. But the fact is that, I don't know where to start at. At this point, I noticed that things are easy NO more. YES. Not that easy, honey pie. I have to settle my FYP proposal by week-7, and God knows how NOT prepared I am right now. And to top it off, I have not confirmed yet about my thesis title. There are some confusions going on with the wordings like or and and, and the cheesy thing is my title consists of two SO unlikely titles, which is so damn twisted, as if I am doing two different thesis-es at the same time, as if I am capable of doing. With this working ass things on every weekends, OMGosh, how can you escape this miserable thoughts if you are me? I am not doing these because I am hoping for your sympathetic looking face, instead, I am telling all these because I am totally stressed out. I do not know where to yell at, to whom I should yell to, and least of all to wonder why I am yelling for. Everyone is looking obviously like a frightened little chickens, with all the cookoos behavior. Seriously dude, I don't know how to solve these.

Cukuplah merepek dengan ayat-ayat putarbelit kau tu Eipul. Senang cerita, kau bagitau je satu dunia yang kau tak sedia langsung untuk semua benda gila ni. Memang gila pun. Sekarang dah minggu ke-4 tapi aku tak nampak langsung progress usaha kau. Dengar cerita minggu depan kelas Metabolisma Makanan ada exam, tapi kau tak nampak macam tengah mengulangkaji pun. Yang aku nampak, kau sibuk melayan internet, tido, kadang-kadang ada terintai kau tengah search maklumat, tapi yang tu sangat rare la, mostly kau buat benda lain. Haha.

Macam sekarang la, contoh paling dekat, padahal dah pukul 3 lebih. Bukan 3 lebih petang tau. Tapi 3 lebih pagi. Dan kau sedang buat apa? Taip blog? Apa? Tak dengar. Cakap kuat sikit. TAIP BLOG? Ooo, sekarang baru dengar.

- Yela. Aku tau kau sedang seru aku supaya tido, OK OK, jom bobok, tak sabar dah nak peluk kau ni!

His name is KIKI by the way.

Kolam Ikan Encik Eipul