My Tomey-Lotey Followers

Sunday, October 31

Halloween night with Leona Lewis

*Sporting giler mamat ni kitorang amek gambar dia


Eqal heppy giler!


Host: Henry Golding dengan idk who

The Veronicas




Time ni aku jerit kuat-kuat OMG LEONA!!!! LOVE YOU!!!





Yester-night was really awesome because Leona Lewis performed live in front of me within 3 meters range. OMG! I am fu**in not believing my own eyes but it'd really happened I tell ya! Before I tell you guys how enjoying my night was, I wanna start telling you guys how much effort have we put in order to go watch the charmingly astonishing Leona Lewis's performance.

Masa nak pergi ke venue mini concert ni, we had a lot of difficulties sebab dalam website tu dia tak kasik so much details dekat mana benda ni berlangsung. Yang paling dia highlight adalah Changkat. That's it. So, kitorang (aku dengan Eqal) pun macam blur sebab tak tau where the hell this 'Changkat' is. Eqal sempat search jalan kat Googlemaps, so kitorang pun ikut la jalan tu. Tapi malangnya tak jumpa jugak and we end up pusing-pusing keliling BB Plaza. Aku da penat gila time ni, so aku pun tanya ar Bacit direction untuk ke Changkat. Bacit pun cakap dekat here, there, depan KFC wutsoever, jumpa satu tempat tu memang nama dia Changkat but the problem is, tak nampak macam berlangsung event pun dekat situ. So, kitorang macam nak putus asa dah, dan masuk dalam McD makan2 sekejap, pastu Eqal still tak puas hati, dia pun text Zami suruh dia online sekejap untuk carik more information pasal event ni. Pastu Zami jumpa dan mention pasal Hotel Istana, The Weld, dengan Ambank. Kitorang pun macam pelik sebab tadi tak jumpa pun tempat2 ni, so, aku text Bacit again dan rupa-rupanya ada lagi satu Changkat, which is Changkat Raja Chulan. Yang kitorang wander tadi adalah satu lagi spesis Changkat iaitu Changkat Bukit Bintang.

Tetiba kitorang nampak sinar cahaya harapan segala bersinar-sinar terang. Yeay! Hope and passion to go see Leona Lewis muncul balik. Haha. Tak tunggu apa lagi dah, kitorang terus head ke Monorail dan turun dekat Raja Chulan dan cari venue tu sampai jumpa, at the beginning, kitorang tersesat jugak ar sampai ke Wisma KFC, tapi thanks to Bacit kitorang akhirnya jumpa jugak jalan ke Volkswagen 's Street Party ni, and I am proud to tell you guys that Leona Lewis buat heart symbol dekat kitorang dan aku berjaya balas balik! Haha. Dia sangat charming, sweet, even sporting to top it off. Memula dia nak nyanyi lagu last which is Bleeding Love, tapi kitorang jerit kuat-kuat nak dengar dia nyanyi lagu Happy, and know what? Dia tunaikan request kitorang dan dia nyanyi walaupun tanpa muzik! Time chorus tu baru guitarist dia masuk and plays the accoustic version, oh sangat best ye time ni.

So, rumusannya aku nak cakap semalam adalah one of the best night in my life, seriously SEBAB DAPAT TENGOK LEONA DALAM JARAK 3 METER - which is tremendously dekat giler nak mampos warggggghhhhhh!!!

Oh, lupa nak mention, band dari Australia, The Veronicas ada perform jugak semalam tapi aku tak berapa nak heran sangat kot sebab tak pernah minat pun diorang, tapi ok jugaklah dia perform, enjoy jugak sebab lagu diorang best boleh buat menari. Haha.

Thursday, October 28

Steamboat party!!!

Saya tak pasti mengapa kami mengadakan party ini *walaupun 3 orang je yang melantak semua ni, aku tetap assume ni sebuah party sebab ye lah, kalau cakap pasal party, mesti kamu semua bayang-bayangkan orang ramai-ramai dekat dua-tiga-empat-puluh orang punya skala, lepastu melantak buat fiesta makan-makan sampai perut buncit meletup-letup pom pom, tapi tak penting lah semua tu sebab benda ni dah berlaku dah pun, no regret [err, aku tak paham langsung apa yang aku tulis ni]

Ok, kisah sebenarnya: Ipin ajak aku makan-makan havoc macam ni sebab dia nak 'belanja' aku sebab banyak tolong dia before this, tapi tak belanja pun sebenarnya *disebabkan tu aku letak inverted commas pada word belanja tadi. So dia pun ajak aku pegi MAEPS untuk makan steamboat sama-sama, dengan syarat bawak gadis, dia kata. So, aku pun ajak Ana makan sama, so jadik ar kitorang bertiga pergi situ untuk mentekedarah together-gether.

Aku bukan nak cakap apa lah, tapi berbaloi-baloi kot kalau korang bawak family besar untuk makan ramai-ramai kat sini sebab murah beb! Satu kepala just RM19.90, ko tak rasa macam best ke? Buffet dia memang lengkap giler-giler ar, segala ke-lengkap-an steamboat dari fishball-fishball kepada lah daging-daging serta aneka ikan dan seafood, ditambah dengan seleksi sayuran pelbagai seperti kangkung-kangkang, bayam-bayaman, dan cendawan-cencawan, tidak lupa juga dengan aiskrim pelbagai perisa dan juga Air-Batu-Campur-kau-buatlah-sendiri-sebab-takde-kuli-nak-tolong-kau-buat dan banyak lagi lah, tak cukup air liur aku nak tulis kat dalam ni. Ha! tak payah ko nak kecik besar kecik besar kan mata kau tu, terus je head ke MAEPS, carik sendiri kedai dia, sebab aku bukan Google Maps korang ok! Kahkahkah.

Orait, tu je lah yang aku nak cerita hari ni, taip panjang-panjang karang korang pulak yang malas nak baca sampai habis, buat letih jari aku je nanti. Nyte nyte weh, sebelom tido basuh kaki woi, karang jerangkung mana nanti kacau-kacau time tido, ha, aku tak tau, entah-entah bawah katil korang kot dia menyorok, cepat basuh kaki, sebelom tido baca doa tido gak. Dah, tata!

Kangkung - my peberet! Nampak tak daging berlonggok belakang tu! Arggghh tak tahan sedap giler!!!

Sup tu aku tak hirup langsung sebab aritu makan tak sedap hokey! So, aku makan tom yam ni aje! Sedap! Tapi bila lepas letak seafood aje, terus jadik cam hampeh, rasa masin air laut, yekkk!

Saja nak tayang Air-Batu-Campur-kau-buatlah-sendiri-sebab-takde-kuli-nak-tolong-kau-buat ni, sedap weh! Ngeeee

Peace!!! Hohohoi jom taruk lagi benda2 ni semua masuk dalam kuali sekarang!!!

Ipin tengah sabar tunggu daging siap masak, haha

**tingtong sebab assignment Dr. Faridah tak buat lagi, pastu tak prepare untuk presentation product launching esok lagi, pastu bunga-bungaan untuk esok punya booth product launching jua belum siap lagi, hohohoi, tingtong tongting tingtong

Monday, October 25

Yeay, dapat beg!!!

*thanx Iman!!! Kekeke

Lepas ni boleh la melaram tayang-tayang kat orang aku ada beg GUESS. Bwahahaha

Friday, October 22

I am so freakin happy that I have to post this video inside my blog!

video

O my God, through the making process of this crap, I get PMS, bulemic, diarrhea and insomnia. So, with all these are over right now, I think I have all the chances in the world to sit back and relax and let all the others do their bit, because mine has finished, bi**h!!! Haha

I am so happy right now think I am gonna scratch my butt repeatedly even it is not that itchy.
Wehooooo!!!

So guys and gals, take that! My company's brand new product; KEGAGA - Botanical beverage mix ambarella with pennywort.

It tastes so demm good that makes you eager to cry in your momma's embrace.
*sorry for my mouth's hyperactivity

Thursday, October 21

The Tree of Heaven

*gambar ihsan www.covershut.com

Aku tengah layan cerita ni sekarang sebab cerita ni sangat sedih ok!
Meleleh hingus wo!

Tuesday, October 19

How I wish it would be reality!

Aku suka mimpi tadi! Sangat-sangat suka!
Kapel. Bahagia-bahagia. Jalan-jalan. Pegang tangan, pinggang, pingg(18PG). Then dapat jumpa Eminem dengan Dr. Dre *jgn tanya motip, aku pun tgh pikir kenapa 2 ekor ni ada dalam mimpi aku.
Tret tret tret.
Alarm bunyi-bunyi. Mimpi terus padam.
Tamo bangun sekarang, sebab... nak sambung balik mimpi tadi.
Kacau betul lah dunia realiti ni!
Sekarang dah kena fikir pasal kelas, assignment, kuiz. Arghh!
Harap malam ni dapat sambung mimpi tadi balik!
Please...

Sunday, October 17

Gulp!

Semalam aku tak tau kenapa, tapi first time kot ada orang yang kata aku ni mamat gentleman. Scary kan? Bagi aku scary ar sebab ni macam for once in my life kot telinga aku menadah statement menggigil macam tu. Tapi aku pun macam pelik jugak la kenapa ye dia cakap aku macam tu? Maybe sebab few scenes yang aku being so considerate towards that particular person. Maybe.

1) Time aku tanya dia nak rehat pukul berapa, aku kasik dia option because my boss suruh bincang siapa yang nak rehat first, so aku cadangkan dia jek pegi. Tapi dia cakap dia macam still kenyang lagi. So, aku pun cakap ar, kalo ko nak aku rehat dulu pun aku tak kesah. Dia still blur. Then dia tanya

'budak-budak pompuan yang lain rehat kul berapa ek?'

So that dia nak join ar the rest of the girls. Aku pun call ar sana-sini, tanya bebudak ni rehat kul bape. Majoriti kata nak rehat first jugak, so aku suggest dia pegi rehat first je ar dengan diorang, lagipun kalo rehat second nanti takut dia tak bleh handle kaunter sesorang sebab time tu lunch hour, selalunya lunch hour akan ramai orang. *sebenarnya nak gitau aku antara few cashiers yang agak cekap dan pantas (haha perasan!)

2) Time dia tengah sejuk-sejuk kat kaunter tu, dia pun ada mention dia nak ke toilet few times, so aku cakap pegi jek ar, aku tak kesah. Dia kata tak apa ke? Sebab dia akan lama sikit, tandas kat bawah ada problem dan dia nak naik atas, which akan consume masa yang agak lama. Aku pun kata ar pegi jek ar, aku tak kesah, I can handle these alone lar~*sekali lagi because of... aku cashier yang agak cekap dan pantas miahahahahaha

3) Time nak balik tu, dia mintak nak tutup kaunter awal setengah jam. Aku pun tak kesah sebab customer hari ni tak ramai mana pun, so aku cakap pegi lah balik. Tapi tak sangka pulak packer kitorang tu pun nak ikut dia sekali naik sama, so aku left out alone, hukhuk, pastu dia risau takut aku tak bleh handle, aku cakap pegi jek ar dulu, nanti aku mintak ar supervisor tolong jadik packer sekejap kalo things get out of hand, pastu dia kept saying

'betul ke ni?'

'siriyes? takpe ke ko tinggal sorang ni?'

Adoi, bape kali gua nak cakap? Gua bleh handle ar sume ni *sebab... gua kan antara cashier yang cekap dan pantas!!! Kahkahkah muntah sekarang!!!

Pastu time dia nak blah tu dia kata

'O ye la, dia kan mamat gentleman, padan ar dia being so considerate, ok Eipul, kitorang balik dulu!'

Gulp!

Time tu kembang kot segala part kat body aku; terutama sekali my butt! Hahahaha

So, aku pun macam dalam lagu Nirmala tu, yang 'terpedaya istana kaca, terkesima kata mulia' tu. Hah, menggigil okey!

Tapi, semua tu tak berakhir lagi. Aku masuk cashier room paling lambat kot. Dia tengah kira lagi time tu. Aku pun buat rilek je, kira-kira duit semua bagi settle, and then dia da siap kira, so dia pun nak balik ar, lepas dia bubbye aku, aku bubbye dia balik, tetiba dia masuk semula office, dia kata

'Eipul, gelap sangat ar kat bawah, aku tak berani pulak nak balik!'

Pastu aku macam, adakah ko tak nampak aku tengah mengira lagi ni? Haha. Pastu tetiba mummy dia call tanya dia da settle semua ke belum. Dia pun cakap ar, da settle tapi tak bleh balik sebab gelap kat luar, dia nak pegi staff entrance tak berani, then mummy dia cakap daddy dia tengah tunggu kat luar tu.

Aku pun macam kesian pulak kat dia ni, plus kesian ngan daddy dia tengah tunggu dia nak balik, so aku pun ajak ar dia turun sesama even aku tak settle kira lagi, maybe sebab dia takut gelap kot, *feeling-feeling dalam cite korea, yang lelaki akan temankan pompuan tu bejalan balik umah, ahaha tercirit sekejap proot proot

Pas da sampai staff entrance, aku pun bubbye dia, dan naik atas balik sambung kira duit. Dan tahniah lah ye, aku orang yang paaaaaliiiiiiing last balik ye harini. Huahua~~

Jadiknye, macam tu lah ceritanya. So apa pendapat korang? Am I gentleman enough? Haha

I DON'T THINK SO lah~

Friday, October 15

Reign Of Assassins

**Picture is courtesy from this site

Fuhh cite ni memang sangat best gua memang gerenti sangat-sangat ni. Masa first Eqal suggest kitorang tengok cerita ni, aku memang hesitate awal-awal sebab bagi aku, cerita selain hollywood punya cerita memang tak berbaloi sangat untuk tgk kat wayang sebab kualiti dia tak dapat dijamin, lagipun tak pernah pun aku tengok trailer cerita ni, tapi semua tu telah pun ter-lap bersih setelah aku tengok cerita ni which is sangat-sangat best dari segi efek ke, segi sinematografi ke, segi empat ke, atau segi tiga. Semua perfect aku tak tipu.

Cerita ni pasal Drizzle (heroin yang ter-utama) nak bersara dari bunuh-bunuh orang setelah dia jumpa sorang sami ni, which dia berkenan nak kapel tapi dia kene reject sebab sami ni nak jadik sami, sami kan tak bleh kawen, so macam tu lah. Drizle frust, so dia kata dia nak start bunuh orang balik. Dia nak start dengan bunuh kekawan sami crush dia ni, tapi crush dia (which is sami tak hensem ni) cakap

"ko dapat bunuh orang lain, tapi ko takkan dapat kalahkan mahaguru ko sebab ko tak tau lagi 4 gerak tari-menari lawan pedang yang ko mahir sekarang!"
.

Motif kan sami ni? Tetiba tau-tau je Drizle belajar lawan pedang tak habis dolu-dolu.

So, sami tu offer untuk ajar Drizle lagi 4 gerakan ulung tu. Sami tu memang beria-ia dan bersungguh gila ar ajar Drizle ni tapi last-last Drizle tercocok sami tu guna pedang dia, maybe sebab dia geram sangat kot ngan sami tu, aku pun tak tau. So, sami tu mati, tapi sami tu tetap cool, dia kata

"aku bahagia aku mati di tangan ko dan aku berharap aku adalah orang last yang ko bunuh" Sob-sob-sob

*time ni aku pretend lap-lap air mata.

Drizle jadik meroyan lepas bunuh crush dia, so dia pegi bedah muka dia, dengan harapan orang takkan dapat cam dia lagi dan dia dapat mulakan hidup baru. So, Drizle pegi jumpa doktor pakar bedah plastik ni, nama dia Dr. Lee, dan elok-elok muka dia cantik, terus dah tak cantik. Kesian dia.

Pastu Drizle pindah pegi daerah mana entah, jumpa la mamat sekor ni, diorang jatuh cinta (malas aku nak cerita macam mana diorang boleh bercinta), pastu straight kawen, pastu Drizle kantoi yang dia tau berkongfu masa dia bersilat lawan perompak bank sebab dia nak selamatkan laki dia dari kena bunuh. Pastu Drizle... adoi letih la cerita benda ni.

Yang penting korang kena tau pasal cerita ni, adalah ada sorang kawan Drizle ni mati time tengah makan laksa, pastu ada sorang lagi ni berjiwa 'prostitute' dan akhirnya mati kena tanam idup-idup oleh Raja Wheel bawah jambatan (Raja Wheel tanam dia bawah jambatan sebab dia kata senang dia nak tengok pompuan ni setiap hari sebab dia boleh lalu jambatan ni sambil tengok kubur pompuan ni, motip sangat kan?), Raja Wheel pulak mati time last-last sebab dia ni memang liat sikit nak mati, Drizle pun macam penat sangat nak bunuh Raja Wheel ni, yang penting Raja Wheel ni merupakan seorang sida-sida yang takde penis, da kena potong, kesian dia... Ha tu jelah kot. Tapi aku promise yang ending dia adalah happy ending! *feeling sangat tgk cerita ni! Hihi

Okey, apa pendapat korang lepas baca movie review aku ni? Pegi la tengok cerita ni, best tau! Serius!!! Tak rugi pun kalo ko bayar RM10 nak tengok cerita ni. Haha

****1/2* (4 bintang setengah aku kasik utk cerita ni!)
p/s: aku tiru ko Reduan! Haha, sory ^o^

Thursday, October 14

Go go power rangers!


Just so u know, this is my handphone ringtone of the month!
*blushing



Download ar lagu ni, kita jadik satu team power rangers!
Jom kalahkan Beetleborgs sama-sama!
Go go power rangers!!!

Tuesday, October 12

PD


Syukur Alhamdulillah thankGod ke hadrat Ilahi sebab aku da settle almost 70% buat kejadah alam ni sejak semalam. 30% lagi lies on iklan video yang still dalam proses edit mengedit.

So, as stated above, company aku, Nurul Pennyrella anak perempuan Centella Asiana telah pun membangunkan satu produk jus kedondong + pegaga yang diberi nama Kegaga (Registered), dengan harapan rakyat Malaysia yang perihatin tentang kesihatan dapat khasiat terbaik untuk menjalani sisa-sisa kehidupan mereka. Hahaha.

Ni pamplet paling chikai pernah aku buat *sebab draft je pun, real one kena submit later

Aku tensen kot sejak semalam... macam... gadis baru dilanda PMS *malu

Mana taknya, semalam aku tengah runsing pasal PD [product development] ni, classmate sampaikan berita sedih cakap hari ni ada kuiz, mana tak waka-waka perasaan aku. Yelah, kalau kuiz u setakat nota sehelai dua tiga empat helai-helai punya itu takpelah lagi, ini tak, kuiz sekali buat untuk nota u yang 2 bab itu lah kan, memang u lecturer fav i... Serious!

Dan thankGod sangat-sangat sebab kuiz tadi tak jadi buat, so kesimpulannya petang aku tadi terbazir dengan shooting iklan yang OMG panas yarabbi yenna yenna, dengan matahari sengit tengahhari tadi kitorang tetap tabah hati untuk shooting video. Ana, kamu memang tak boleh berlakon iklan sebab tak sempat saya cakap cut, u dah senyum-senyum. Haish ^o^

*scene petik daun pegaga


Sunday, October 10

Mari Melipat 101

Ok, so puan-puan, memula kita lipat-lipat kertas ni sampai dia jadik camni, korg lipat jek, asal korg kelihatan seperti sedang melipat, tapi bukan macam korg lipat baju ataupun macam korg lipat bungkusan lepat, dia ada la jugak teknik lipat-melipat yang korg kena expertkan, ada lah iras-iras teknik lipat ketupat palas. Korg paham ke tak ni?

Pastu, taraaa~ dia akan jadik macam ni, bila dah jadik macam ni, korang boleh lah start bangga dengan kawan-kawan macam ko sorang jek yang paling bijak bestari jikalau dibandingkan dengan kawan-kawan kau yang lain walaopun CGPA kau lagi rendah compared to the others *ha sentap tak?

Pastu bersedialah menghadapi kemungkinan meja kau orang bersepah ranah macam gambar di atas. Kalau tak sepah tak rock lah Leman hoi!

Pastu bila dah siap lipat segala ko boleh ambik lah gambar kenang-kenangan mudah-mudahan boleh dijual lah benda alah ni dan ko boleh kaut untung sampai 150%. Mudah-mudahan aku kata! Tak semestinya ya puan-puan. ^o^

So, ada sesiapa beran nak cuba ambik kelas menganyam benda ni dengan aku? Haha, yuran untuk satu semester adalah RM2013.52 tunai, kira untung lah tu sebab before this aku ambik langsam RM3201.43, diskaun hebat ni, rugi kalo tak grab this opportunity! So, aku tak layan sms, video call baru aku accept.

Kalau nak buat tempahan baju raya, boleh lah datang ke kolej aku untuk kita ambik ukuran body part mana yang patut. Untuk itu, saya sudahi dengan ucapan salam sejahtera, minal aidil wal faizin sama-sama, di hari raya.

Friday, October 8

Am I some kind of joke?

Not necessarily! This, to come out from my mind. Even when I think about it over and over and over again, I am not supposed to act this way. But, to come see me while you are free and to go when you feel so, am I that easy for you? Later on, I will not let this slip. I'll make sure that you will soon feel the same way i feel. Hurt, does it? Serves you right! They say you don't want to mess with fire, because it is contagious and harmful.

**mood swings hardly. Don't come near me. Nak kena gigit meh la!

Tuesday, October 5

TORA

This is my typical grocery shopping.

But surprisingly, I accidently bought TORA!!! Yeay, TORA datang lagi!

So, lets see what's in it...

OMG, i have no idea! Haha

**I was thinking maybe the toys can be like a transformer car or something, not this crap-of-I-don't-know-what-to-do-with-it toy. :-S

***Plus, the chocolate ball tastes like rancid puff ball, not nice! :-p

Monday, October 4

Kegigihan serta kecekalan.

Tema bagi hidup aku semalam adalah kegigihan serta kecekalan dua sahabat membazirkan duit yang ada untuk bershopping entah apa-apa di Sunway Pyramid. Persoalannya adalah, berapa banyakkah duit yang telah terbazir, di mana duit itu dibazirkan, dan apakah resolusi terakhir mereka setelah berbuat demikian?

Ok, kenapa aku merepek sampai keluar tema dengan persoalan ni? Sebenarnya aku cuba untuk ingat balik format KOMSAS yang dolu-dolu kita belajar time nak menghadap SPM, korang ingat ke tak ni? Ke korang dilanda amnesia? Haha. Nasib baik aku tak keluarkan watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran semua tu kan, kalo tak lagi lah korang blur betul tak? Ok, enough meraban!

So, semalam basically kitorang gerak ke Sunway Pyramid (aku dengan Apiz) just untuk jalan-jalan je memandangkan aku ni puak batak yang tak pernah menjejakkan kaki kat tempat indah tu. Haha.

Mula-mula kitorang masuk Jusco dan aku teringat yang aku 'kena' indahkan bilik aku yang terasa kosong dan tak bererti itu, so aku pun carik lah rak untuk simpan buku, sebab buku aku berselerak sangat atas meja. Dan kesimpulannya, aku jumpa rak yang paling murah dalam history of shopping aku, which cost only RM19.90. Kayu pulak tu!

Aku tak berapa berkenan ngan sphinx tu sebab dia tak sehensem sphinx macam kat Egypt

Interior tempat ni sangat best :-D

So, lepas masuk Jusco, kitorang pegi tempat lain macam Brands Outlet, kedai-kedai hadiah sebab nak carik hadiah untuk bebudak sangap yang akan graduate khamis ni, haha. Lepas tu kitorang shopping kat Daiso, semua barang dari Jepun dan semuanya RM5. Memang best kedai ni sebab rambang bijik mata aku dan tak tau nak beli apa dah. Last-last aku beli aroma oil, frame gambar, dengan sticker dinding. Huhu.

The t-shirts from Brands Outlet - 3 for RM50

Yeay! Rak dah siap pasang and sticker dah siap tampal!

Yang ni sticker beli kat Daiso - which tak berapa nak melekat dan aku menyesal kerna membelinya! Haha

& this is my room after the 'renovation', LOL

**Aku ngan apiz cadang nak pergi Sunway Pyramid lagi next month untuk shopping lagi. Hahak. Makesure kena masuk Daiso, ngan Brands Outlet. Serious heaven dan berbaloi-baloi! :-D

Sunday, October 3

Kelakar lah test tadi!

So, basically test tadi sangat kelakar sebab boleh discuss dalam group dan oleh sebab lecturer tak jaga kelas sangat dan asyik keluar sana-sini, kitorang sempat ambik gambar in the middle of the test. Tapi soalan dia nak kata senang tu tak boleh jugak sebab most of it adalah sukar kalau difikir-fikirkan balik, but thankGod sangat sebab tinggal 1 quiz dan 1 lagi test after this, and I can live happily again, hopefully, but for now, aku nak enjoy tengok-tengok cerita yang aku baru download tadi sebab sangat lah freaking bored right now.

my group members; which are always in their worse behaviors! LOL


:and this picture came to me as very unique and genuine for its luminescence sense of color. It's basically a glass of 'sirap bandung'.

**thumbs up untuk kedai ni sebab aku rasa kaulah kedai paling happening as for now sebab harga yang sangat murah dengan quality makanan yang sangat superb. Well done! :-D

Kolam Ikan Encik Eipul