My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, November 24

Wayang 3D free

Sekarang IMAX 3D kat Times Square da tukar jadik GSC Maxx dan dia kasik tiket free sejak semalam sampai lah ari ni, maybe sebab nak promote balik cinema 3D ni kot, aku pun tak tau, yang penting tiket free so aku pergi la, jika tidak free, kebarangkalian untuk aku pergi tu sangat la tipis; itupun sebab Eqal ajak aku, baru aku tau ada tiket free, keke

Anyways, kitorang tgk cerita Avatar 3D Extended Version ngan Sammy's Adventures. Dua-dua cerita best effect-wise, tapi malangnya ada sedikit annoyance berlaku dan kesilapan teknikal yang merepek. Time tengok Avatar happens to be aku duduk sebelah budak kecik yang annoying memekak macam budak takde mak ayah, aku pun tak paham mak dia boleh buat dek je anak dia menjerit macam orang gila time tayangan. Cerita Sammy's Adventure pulak sangatlah bosan sebab aku rasa dia dicipta untuk tayangan budak-budak kot, haiyo dengan turtle ijau yang merepek asyik nak keliling dunia tapi habok pun tarak, entah apa-apa, lepastu tak sempat tau ending movie tu tersekat dan tak leh play, dia repeat tayang balik, entah apa-apa GSC ni, so kitorang blah sebab da tak larat lagi nak tunggu tengok penyu gila tu meraban.

And before tgk wayang, kitorang jalan-jalan dekat Fahrenheit 88, pastu pegi Sg. Wang beli contact lens Eqal. Masa masuk Fahrenheit 88 tu enjoy jugak sebab UNIQLO punya baju-bajan sangat stylo tapi malangnya duit aku yillek, so no money no talk, just seeing is believing je lah, tak bleh nak buat lebih-lebih.

Ni dekat Sg. Wang, ada pameran GUNDAM. Macam best so aku amek la gambar sedikit sebanyak.

Cantik tak mende ni? Aku macam nak trade in motor aku sekarang dan nak beli mende ni, bleh tak?

Fahrenheit 88 - tantek~~


toilet pun tantek!!!

Amazed aku ngan mende ni, deco depan LOT 10

Saturday, November 20

Tom Yam Taekwando


Bahan-bahan dan radas makmal:
bawang putih, bawang besar, cili api, tomato, dan paling penting daging *kalau daging lembu takde boleh substitute guna daging kuda

Perkara pertama, korang tumis bawang putih, bawang besar, ngan cili dulu. Time ni siap-sedia pakai mask sebab bau dia ya ampun menusuk kalbu. Elak tom yam ko nanti ada hingus je sebab asek-asek bersin kat depan periuk *ish pengotor betul lah ko ni, tu yang aku suruh pakai mask

Pastu bila keadaan dah lega, korang jirus air masuk dalam periuk. Agak-agak la letak air tu, jangan sampai periuk ko jadik perigi pulak.

Dalam kes ni, aku guna Kiub Tom Yam Maggi. Rasa dia tak sesedap kiub tom yam syarikat lain macam Adabi dan Babas tapi aku terpaksa sebab tersalah beli.

Ha, bila air da boil sikit-sikit ko masukkan daging pulak.

Tomato letak last2 tau lepas tom yam ni masak, kalau tak nanti antioxidant dalam tomato lost, kita tak mau itu berlaku kan? Huhu

K, da siap - TOM YAM TAEKWANDO *jangan tanya rasional Taekwando tu, aku bantai je

** Terima kasih kat Nisha sebab supply daging free untuk aku. Haha

Thursday, November 18

Test can makes us curse

Lagi-lagi kalau test yang ko lalui tu ada 6 soalan besar yang memerlukan jari-jari tough untuk tulis jawapan sebab time constrain which urge you to finish it by 2 hours. Terima kasih yang tak terhingga saya tujukan kepada sesiapa yang terlibat dalam pembikinan kertas soalan mantap itu dan tak sangka, jari saya kini ada six pack.

Monday, November 15

Kokopelli and its free dinner


Kokopelli Travellers Bistro
6 Jalan Bukit 11/2, Petaling Jaya, Selangor

Petang semalam Nisha invite aku pergi free dinner kat bistro Pak Lang dia kat Petaling Jaya, of course lah aku nak pegi sebab FREE *kalau tak free jangan harap ok, mahal nak mam harga menu dia. So, kitorang gerak dalam pukul 5, sampai lebih kurang pukul 6 sebab hujan lebat dan lama menunggu the arrival of Irene and the gang dekat stesen Esso depan South City Plaza.

Nisha bawak laju macam nak racing dekat Nascar Sprint Cup Series dan mereka-mereka yang follow kat belakang kena tinggal jauh. Aku dengan perasaan humanity terus paksa Nisha slow down sehingga 20 km/j in order for Irene and the gang dan Dol and the gang kat belakang boleh follow tanpa jantung gugur. Kesimpulannya, perjalanan ini berbentuk satu konvoi yang disertai 3 kereta. Sekian T__T

Untuk aku yang first time sampai kat Kokopelli ni, perasaan jakun berbaur batak terus menguasai diri. Exterior dia sangat cemerlang di mana meja makan dipenuhi straw art dan lantai dipenuhi lukisan owner, dinding pun begitu jua hendaknya.

Tanpa berlengah lagi, kami terus masuk dan dengan tak malunya duduk di meja makan. Auntie Sue (wife owner) suruh order air dan aku terus carik air yang paling mahal dalam menu tu *setan betul perangai ko eipul!!!

Traffic - RM7.90 *if i'm not mistaken

Tapi malangnya, makanan tak bleh order sebab dia tau niat suci luhur murni aku yang mintak benda mahal aje, so dia kasik makanan yang dia rasa dia nak kasik *ko paham tak ni?
Means that, makanan ni misteri, sebab bukan kitorang yang order, bila keluar je kitorang terus amazed sebab sedap.

Pizza ayam yang sangat tasty and mashikuna!

Lasagna yang bikin aku drool

Pasta yang aku tak reti spell in English, patucini watever *sedap sebab pedas, dia letak cili api

Char Kuey Tiaw Seafood (kot) sebab ada spesies kerang dan udang *which is damn delicious and one of hot item kat bistro ni

Melangkah masuk dalam bistro ni, aku macam feeling-feeling masuk art gallery sebab there are a lot of arts dalam ni, which is so great sebab aku memang sangat suka art gallery. Kalau korang tengok art dekat dalam ni, memang sangat cantik dan in fact, deko-deko bistro ni pun sangat menawan dan vintage.


Aku nak chandelier ni nak letak dalam bilik aku, boleh?



Yup, the arts is soooo damn nice!

Sambung makan balik:




So, lepas habis makan Pak Lang Nisha ajak berborak which memakan masa yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat lama sebab dia sangaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaat banyak berkata-kata (which is good sebab most of it really berguna).
Apa yang dia cakap yang aku ingat adalah dia banyak travel dan menghargainya. Aku jealous kat dia sebab dia da penah pegi banyak tempat yang aku sangat nak pergi contohnya Italy, Korea pun dia penah pegi kot, tak ingat dah aku.
Pastu dia cerita asal-usul nama bistro ni which is Kokopelli Traveler's Bistro yang mendapat nama dari native American (Kokopelli) yang kuat mengembara.

So, perbualan yang memerahkan mata aku dan memaksa aku menguap berulang kali itu sudah pun habis, lepas berterima kasih segala kitorang pun nak balik tapi before balik jom kitorang amek gambar dulu, wakaka




Ni adalah tandas Kokopelli, which is so nice macam tandas kat rumah
(siap ada hiasan bagai)

Entrance dia sangat memukau

So, kalau Pak Lang nak belanja kitorang lagi, saya sangat berasa delighted dan tidak akan teragak-agak untuk datang sini lagi. Dan aku berazam untuk datang sini balik lepas ni dan mengorder Lamb Shank yang sedap itu yang berharga RM34.90 itu. Sekian saja entry pembuat reader menjadi jealous. Tata korang

Thursday, November 11

Happy birthday, Wan!

Selamat hari jadi muncet, eventho ko tak baca belog aku! Aku tetap rasa nak menulis gak sebab aku tengah pening study ni. Selama aku kenal ko, ko adalah kawan yang paling best pernah aku ada sebab ko rare, unreliable, real, happening, besar *damn ko sungguh besar bagi aku walaupun just beza tinggi dalam 3 4 5 6 cm, and to top it off, ko sangat hillarious dan funny.
Aku teringat time practical aritu, we're all like one happy family *bapak geli sial, macam rancangan Barney and friends dah ni! Ko dah macam anak bos dah sebab rupa korang dah lebih kurang (especially when you make that silly face), but despite of that unimportant matter, kita have fun macam tempat praktikal tu kita yang punya! Haha, apa benda tah aku merepek ni!!!
Yang penting, duit last tak dapat lagi so how??!! Teehee!!!

Thanx sebab ko jamming sama-sama dengan aku aritu and ada that other day *which ko cuba habiskan semua cookie yang aku ada, those are also bunch of the best moments yang aku cherish sampai sekarang, sebab aku cuba segigih mungkin kot nak jadik hebat macam ko main gitar, last-last aku surrender sebab tangan aku sakit, homaigod, main gitar sangat memeritkan OK! Pasni aku nak belajar main piano pulak, bagi ko jeles gila kat aku *wahaha perasan nak mampos!
And thanx sebab tuning gitar aku aritu walaupun ko kasik lambat gile nak mampos, ko memang the best ar Wan!

So, that's all kot. Aku macam nak tulis lagi tapi dah tadek idea bah. Anyways, thanx for being my friend dude, you're like a brother to me. Really thankful and blessed to have you as a friend.
친구 forever!!! ^o^

And again, HAPPY BIRTHDAY, Acong!
생일 축하합니다!

Wednesday, November 10

Baking 101

**Sila bear in mind yang ini bukan blog siri memasak tuk tuk Ramadhan wutsoever, tapi pahit untuk dinyatakan; percubaan amatur yang sangat berani sebab nasib baik satu blok aku tak terbakar ke apa.


Bahan-bahan hardcore:
250g tepung (Tepung typical je which is Tepung Cap Sauh, kalau ko nak grand sikit beli la tepung kek Blue Key ke apa tu yang dapat free patung Blue Key apa benda tah)
300g gula (kalau korang berhajat nak dapat kencing manis, advisable korang guna 5000g gula)
Margerin 50g (tapi dalam kes ni aku guna minyak masak je)
Telur 2 biji (telur masin pun boleh, ikut perasaan korang)
Sodium bicarbonate 1 tbsp
Salt 1 tbsp (tak tahan tetiba speaking, kalo makcik2 still tak paham, salt = garam)


Bahan-bahan flavor:
Nescafe 1 tbsp
100g Nestum


Memula ko pukul dan debik-debik telur-telur yang tak bersalah tu, dinasihatkan supaya asingkan dulu kuning telur dari putih telur, sebab kalo korang pukul mereka bersama, takut nanti perasaan tu sama macam ko tengah nak buat omelette, kita seboleh-bolehnya tak nak itu berlaku sebab kita nak buat kek sekarang ye harap maklum.

Pastu ko masukkan minyak masak/margerin ke dalam pukul-ed telur tadi, dan gaul sehingga sebati

Sambil-sambil tu, ko campurkan bahan-bahan kering tadi yakni tepung cap sauh, gula, garam, sodium bikarbonat, nescafe, nestum, garam, tepung cap sauh, gula, op mak kau aku terulang cakap benda sama! Ok, pastu gaul-gaul sampai benda tu sebati dengan jiwa kau.

Masukkan larutan telur+minyak masak/margerin tadi ke dalam bahan-bahan kering tadi, dan gaul sehingga kau penat sangat-sangat macam feeling-feeling nak meneran berak.

Then, bakar dalam ketuhar gelombang mikro (jikalau ada, gunakan ketuhar gelombang nano piko) menggunakan suhu 300 degree Celcius selama 2 menet.
*dalam kes aku iaitu sebagai pembuat kek amatur, aku guna non-sticky rice cooker dan dimasak selama 2 minit jugak, tapi disebabkan aku leka, maka inilah yang terjadi
.
.
.
.
.

TADA!!!

Ok, aku tau korang mesti tengah mengumpat aku sekarang macam 'Aiyoyo mama appa, kenapa rentung begini kek kao ya ampon bawak mengucap lah kau sekarang aiyoyo!'

*tarik nafas dalam-dalam sambil terkentut sedikit-sedikit
.
.
.

OK, apa yang aku nak cakap ialah walaupun outcome kek aku sebegini, aku

TATAP AKAN MENCOBA LAGI!!!

Next time kalau aku rajin untuk mencuba buat kek lapis atau kek blueberry cheese, aku akan pastikan aku post kan dekat dalam belog ini. Korang tunggu je la!
Hehehe

**anyways, aku try rasa inner part kek ni and I found out that the taste is not as bad as how it looks. Luar saje rentung, tapi dekat dalam dia terkandung nilai-nilai murni yang ada dalam diri seorang kek. So, tolonglah jangan buat spekulasi negatif cakap aku tak reti buat kek. Please please please.

Saturday, November 6

Mendaki Broga sehingga berdaki-daki



















Ok, rupanya sangat tak susah ye nak pergi tempat-tempat cantik macam ni sebab sekarang baru aku tau bukit ni wujud padahal sekangkang kera saja dari UPM. Naik tak penat sebab badan aku still sihat dan cergas, tapi time nak turun tu sangat hazab ye tuan-tuan dan puan-puan sebab masing-masing tak bawak torchlight, tambahan pulak, aku ni ha rabun malam so nak tak nak aku turun dengan berbekalkan instinct hutan aku saja *ayat nak feeling-feeling Tarzan kan Syukur pada Tuhan sebab aku selamat turun dan tak tergolek-golek masuk gaung whatsoever haha. Sebenarnya kitorang start mendaki dalam pukul 5, dan sampai kat highest peak dalam pukul 6 lebih, ingatkan nak abadikan kenangan ramai-ramai kat highest peak, tapi Biha sudah tak berani nak naik sampai atas sebab gayat, so hanya aku, Apiz, Madhu, ngan Safa je yang naik sampai atas, yang lain teman Biha dan comfort kan Biha yang tengah sebak dan gayat. Hoho.

So, overall, aku bleh cakap trip ke Bukit Broga adalah highly anticipated dan sangat enjoy sebab scenery dia heavenly macam dekat padang prairie di Canada, tempat di mana lembu-lembu dan kerbau-kerbau meragut rumput sehingga kenyang.

Ok, sekian saja, sebab aku banyak kerja lain lagi nak kena buat, in addition final exam aku start Isnin ni, so tata see u later

Kolam Ikan Encik Eipul