My Tomey-Lotey Followers

Friday, December 31

Nak beli Tag Heuer tapi tak termampu


Jam murahan beli kat Padini

Semalam aku ngan coursemates (guys) pegi Sunway Pyramid sebab tak buat apa sangat kat bilik. Banyak promising sale dekat sana, tapi masalahnya yang less semua baju-baju tak guna dan buruk, yang cantik tu takde less langsung, kalau ada pun yang 10% seketul dua je.

Cotton On letak banner sebesar boleh tulis 50% on all salestock, lepas tu aku da heppy la ni ingatkan 50% untuk all item kat dalam tu, bila tanya nak confirm balik dengan diorang punya staff, diorang kata on selected items only. Aiyo kalau macam ni, baik korang cabut banner 50% on all salestock tu kasik koyak bakar-bakar pastu debu dia ko hanyutkan kat Sungai Gangga. Nak tipu orang tak beragak kan ko? *tetiba emo pulak aku

Tempat favorite aku ngan Apiz, si Brands Outlet tu pulak macam biasa 3 t shirt printed RM50, tapi masalahnya 1 pun tak cantik, aku terus hampa tak dapat beli apa-apa. Aku sebenarnya nak carik sneakers yang high cut tu, yang macam kasut Supra tapi tak lah sebuncit Supra. Aku tak suka kasut tebal-tebal sangat nanti kaki peluh-peluh bau bacin, malu la kalau masuk tempat yang kena bukak kasut nanti lepas tu bila masuk semua orang pandang kaki ko sebab suspicious mana datang bau bacin tetiba ni dan apparently ko budak yang recently masuk, and clearly makes u the most relevant suspect of all time. Tak nak benda macam ni berlaku kan kan kan? Haaa so don't ever try to rock a Supra shoe ye Eipul, haha

Padini pun ada sale tapi sale merepek yang setiap tahun sama tak ada yang berubah tu, harga pun sama je, adoi, baju lama kot, letak ar harga rendah sikit since benda tu stock lama, aku da siap bleh hafal ooh baju ni harga dia dulu ni, dan ops, lepas less pun harga dia tak lari jauh mana pun, blurghh

Thus, aku tgh tunggu nak pegi KLCC sebab katanya ZARA tengah sale besar-besaran, betul ke Eqal? Apa lagi, jom ar!!!

Thursday, December 30

You are my new inspiration!


Image taken from here

Budak kecik ni memang super talented, no doubt! Korang kalau tak percaya cakap aku boleh Youtube sendiri Sungha Jung, dengar dia main gitar, tak payah pakai penyanyi, dengar dia petik gitar pun dah boleh buat air liur aku meleleh-leleh.

Dan tak lupa jugak sekalung tahniah aku ucapkan untuk team Malaysia sebab menang piala Suzuki, korang memang terbaik!!! *walaupun aku tak tgk live, tapi aku tgk highlight pun dah cukup buat aku adore team Malaysia

Monday, December 27

Tonton Tron ton ton

Macam biasa, kalau hangout dengan aku semua orang wajib karoke, haha, dah jadik trend nak buat macam mana. Cuba bayangkan kalau korang tak karoke korang nak buat apa? Marathon tgk movie tiga empat cerita? Tak retak ke tulang punggung ko duduk dalam wayang lama-lama? Haha

Lepas karoke, kitorang masuk Times Square, plan mula-mula nak pegi Sg. Wang usha sale watsoever tapi kaki end up melangkah ke GSC and kebetulan tak berapa ramai orang, plus privilege harga murah menggunakan student price, kitorang tengok lah cerita Tron. Memula Alan semangat nak tengok Janin tapi aku tengok poster nenek kaki tak cantik tu terkangkang terus rasa geli-gelimat, then final decision tengok Tron sebab cerita lain macam tak berapa best sangat.


Gambar ihsan Google

Tron best gak ar, effect memang tak bleh kata ar, stunningly flashy dengan lampu LED dekat bangunan, pastu dekat baju pun ada lampu LED gak, memang kaya ar syarikat lampu yang bekalkan sumber props diorang tu. Pastu aku paling suka diorang punya kenderaan tu tukar-tukar pshh pshh tet tet tetiba dari stick apa tah jadik moto la, jet la, uish kalo kat dunia sekarang ada benda macam tu bukan kah masyuk? Nak ke sana sini senang jek naik jet terus pegi Bandung shopping baju murah, pastu pegi Korea naik helikopter bagai nak jumpa hot chicks sana watever.

Alan tak suka sangat cerita Tron ni dia kata, tapi bagi aku best je. Mungkin dia asyik terbayang nak tengok janin berkeliaran kat rumah-rumah curik duit orang kampung, takpe Alan, lain kali kalo keluar kita tengok la Janin ko tu puas-puas, sampai terkeluar tali pusat ko semua pun aku sanggup, haha

Abes tengok movie, Alan ajak makan kek kat Secret Recipe, so aku pun apa lagi, seduce dia supaya belanja aku kek jugak ar, nasib baik ko baik Alan, haha, takpe, lain kali aku belanja ko pulak kalau gaji aku bulan ni banyak ar, kalo tak nanti-nanti la ea aku belanja ko kekeke

Pastu kitorang jalan-jalan sekejap, then balik lah ke kediaman masing-masing. Tapi aku ada masalah besar sekarang ni, aku lapar ok! Kek tu saje tak memadai ok, adoi, k ar, aku blah dulu, nak main masak-masak, bye bye



Alan belanja makan Secret Recipe, wehoo!!! Yogurt Cheese is mine and Alan makan Dark Chocolate with Cheese kalo tak silap aku

**Alan, aku nak call boss ko cakap ko ponteng keje sebab nak jalan-jalan hari ni, hahaha

Sunday, December 26

CONTEST NAK MENANG BLOG HEADER MAKEOVER!

Sila klik gambar untuk ke blog Cik Sri

Since dah ramai giler yang try out for this competition, aku pun terpanggil untuk join sekali, itupun sebab dah di-tag oleh Judiene, so eagerness tu memang at high level ar so hopefully Cik Sri baca this entry dengan eager nya. Haha

Once aku masuk blog Cik Sri ni, aku memang amazed dengan talent yang dia ada dalam designs and stuffs, so you have got my attention honey! Haha
Nak kata aku pandai design, bolehlah sikit-sikit tapi taklah sehebat Cik Sri ni sebab dia bleh reconstruct webpage tu tanpa guna template yang blogger kasik, am I right Cik Sri? That is seriously susah bagi aku.

The main reason aku join contest ni adalah sebab aku tak pernah join mana-mana contest lain dari blog, so this is my first time. Aku tau aku amatur dalam benda-benda ni semua, tapi kalau Cik Sri sudi makeover blog aku, that will make a very memorable event in my life, I guess. Dan jangan risaulah, kalau menang nanti of course aku bakal buat entry khas full page pasal Cik Sri, haha.

Kalau Cik Sri nak tau, aku sangatlah minat dalam graphic design ni since aku sekolah menengah lagi. Tapi minat tu makin bertambah time aku kat matrik sebab kat sana ada subjek Sains Komputer dan time tu aku suka giler godek-godek photoshop, aku pun tak tau kenapa. Lepas tu kalau ada projek design ke apa, mesti aku buat dengan sangat passionate. Seriously!
Time masuk U lagi ar macam-macam aku join dan banyak yang melibatkan my little talent in design macam aku kena jadik ajk design untuk event kolej, aku jadik editor bersama dalam majalah kolej, pastu adalah sedikit sebanyak projek-projek fakulti yang involve benda-benda macam ni, dan aku as usual will do it very very passionately, I mean it.


One of the posters yang aku design untuk event kolej


Majalah kolej yang aku berani cakap 98% is my design, inside and out

Walaupun sekarang aku ambik course Food Science and Technology, tapi aku tetap rasa minat aku mencurah-curah ke dalam bidang yang aritistic, which involving arts and designs. Kalau korang dan Cik Sri nak tau, aku punya high end ambition adalah untuk jadik designer, be it fashion designer, ataupun interior designer, haha.

So, briefly aku nak state reason kenapa Cik Sri WAJIB (saja buat CAPS LOCK, bold, large text, pastu gedik letak warna merah supaya Cik Sri nampak jelas sikit haha) makeover blog aku

1) Kerna ni first contest yang aku join dalam dunia blog, kalau menang, bukan ke itu satu kenangan indah Samsons? Haha
2) Kerna blog aku kesuraman dan tiada keindahan, with Cik Sri's magical touch, makin ber-Sri lah blog aku ni, ye tak? Keke
3) Kerna kalau blog aku dah cantik nanti, mesti ramai yang take note akan kehadiran blog aku ni, betul tak? Walaupun aku dah berblogging cukup lama (bagi aku lama ar jugak 1 tahun lebih ni) tapi aku tak rasa yang aku cukup famous hahahahaha
4) Kerna Cik Sri baik dan cantik, so curahkanlah kebaikan dan kecantikan anda di tempat yang paling sesuai (bagi aku blog aku cukup sesuai dah untuk pencurahan kebaikan Cik Sri hahaha)

So, dengan ini, aku merayu, begging Cik Sri for mercy macam Duffy nyanyi tu, tolongla menang-kan aku sekali ni saja. Plis222x Cik Sri, hahaha.
Yang penting kat sini aku just nak cakap Cik Sri memang yang terbaik lah so far in graphic designs, may you go farther ahead and be a successful artist. Hehe

Aku nak tag Eqal dan Syaf untuk join contest ni. Jom kita join ramai-ramai. Menang kalah belakang kira k!!! ^o^

Saturday, December 25

My new baby


This is my new baby!

Akhirnya, sebab harga dia reduced baik punya, aku pun beli gak beg SEED ni and that makes an addition to my bag collection. So far, aku ada 4 bag dan alang-alang kepalang better beli lagi satu supaya setiap hari pegi kelas pakai different bags. Hahaha

Semalam kitorang nak dinner kat Secret Recipe, so aku suggest kat diorang pegi kat Jusco Cheras Selatan sebab kat sana ada Secret Recipe (sebenarnya sebab SEED ada sale besar-besaran kat sana), so kitorang pun pegi Jusco Cheras Selatan. Sampai sana, aku terus berkejar pegi SEED sebab nak beli bag tu, lepas da puas membazir, kitorang terus pegi Secret Recipe tapi hampa sebab waitress tu kata order memang sampai lambat gila ar macam 30 ke 40 minit baru siap, so kitorang rasa terancam sebab perut masing-masing memang tgh lapar gila time ni, jadik terpaksa lah lupakan niat luhur nak dinner situ and kitorang tapau kek sebab aku sangat kepengen nak makan kek marshmallow tu haha

Time beli kek tu, supervisor Secret Recipe tu sangat annoying sebab marah-marah staf sampai jerit kuat-kuat depan kitorang dan staf yang dia marah tu budak fakulti kitorang yang praktikal kat sana. Kitorang pun macam tak selesa ar, tak patut ar ko nak marah staf ko depan orang lain, kalau perlahan takpe gak, ni nak tinggikan suara macam tu, cuba faham sikit perasaan orang lain, please ar weh! Seriously annoying nak mati

Lepas dah bayar kitorang lari masuk Pizza Hut dan melantak kat sana. Heaven jugak ar sebab makan pizza 3 keping sorang, and sebelum tu dah siap-siap makan kek sambil tunggu pizza siap. Best!!!


my marshmallow cake!!!


Nyum nyum

Lepas dah settle dinner, kitorang singgah Mines sebab plan nak main boling kat sana tapi tak jadik sebab harga satu game naik jadik RM6 sempena Krismas, sangat tak logik k, mahal sangat so kitorang pegi karoke kat atas (tapi aku rasa better main boling sebab karoke choy itu pun lebih kurang RM7 sorang untuk sejam dan tak berapa best) Tapi ok je, yang penting enjoy kan? Hehe

Friday, December 24

Anvanced celebration perhaps



Sekali lagi entry pasal birthday orang tapi yang ni special sikit sebab pasal birthday my bestest friend Nene, which I have known for like, almost 10 years, since the day that we schooled together back then in early 2001.

Reminiscing that moment of our very first meet up, aku satu kelas dengan dia and mula-mula tak baik sangat pun, kenal pun tak jugak actually, tapi lepas aku tolak dia kuat giler kat koridor kelas sebab (kalau tak silap aku I was just joking, maybe) tapi he take it personally (I guess), pastu tetiba entah macam mana I felt guilty dan aku mintak maaf ke apa time tu, I can't seem to clearly remember, lepas tu tau-tau je we were like best friend.

Lepas tu macam-macam ar kenangan best, yang tak best pun ada gak, biasa ar, mana ada happy moment je sepanjang hidup ko kan? Antara yang best pernah aku ingat time kita sama-sama buat komik MAKTAM dengan Helmi and Syamil, pastu bila nak pegi prep siap tanya 'arini kita nak pakai baju apa ek?' (kalau boleh nak sama warna sebab aku pun tak tau kenapa)... lawak kot, pastu sandal accidently sama color and pattern pun lebih kurang (taste ayah ko ngan ayah aku sama kot), pastu apa lagi ek? Emm, banyak lagi sebenarnya, macam kita jaga koop sesama, weh ko ingat tak yang ko kena interview ngan Cikgu Wahida before jadik ahli koop tu? Haha lawak gak time tu, pastu ko macam enthusiast giler keje sampai basuh kuali nak hilangkan hitam kat bontot kuali tu, OMG kenangan kot, pegi KONSERT UNIC which is the biggest event time tu bagi kita, wow really? Rasa macam baru semalam je kot kita pegi konsert tu, (hyperbolicly)

Kalau boleh aku nak reverse back time dan nak live dalam masa tu, like forever, tapi tamo buat PMR ngan SPM, hahaha

So, enough about the past, skang kita focus on present days pulak;

Sebab Nene ada hal hari ni, aku terpaksa celebrate dia semalam. So, kita namakan event semalam sebagai ANVANCED CELEBRATION for his actual birthday iaitu pada hari ni. Kitorang karoke sesama kat Cheras Selatan, which is best giler, pastu shopping-shopping sedikit sebanyak tapi yang shopping nye dia sebab dia dapat beli beg SEED yang ada less 50% dan tersangatlah cantiknya ya rabbi kalau lah aku gaji tadi aku memang takkan hesitate untuk beli beg tu sebab lagi murah dari beg-beg ESPRIT yang aku ada sekarang. Damn!

Pastu kitorang lepak-lepak jamming sepam dua lagu Taylor Swift, Bruno Mars, pastu online sekejap, pastu aku masak omelet sebab aku lapar then makan sambil borak-borak (and hopefully ko anggap omelet tu macam kek untuk birthday ko ea Nene, next time kalo kita keluar lagi and aku berduit, aku belanja ko kek betul kat Secret Recipe hahaha), pastu sebab dah lepak lama sangat, dia suggest kitorang lepak mall mana-mana, then aku keluar idea bernas nak pegi main boling kat South City Plaza, and before that singgah makan kat Maulana which apparently ada 3 sisties tgh makan kat sana, so join lah diorang makan sama. Lepas da kenyang, kitorang gerak konon nak boling tapi bila da discuss balik rasa macam impossible sebab masing-masing macam "Hey look at the time it's like macam sangat dah lambat ke apa entah" therefore, terus balik Putrajaya. Sebelum dia balik, kitorang lepak kat depan Palace of Justice, jalan-jalan borak-borak, pastu pegi depan Jabatan Perdana Menteri jalan-jalan borak-borak, pastu baru hantar dia balik rumah.

And here I am now, writing this for your birthday, hopefully ko enjoy tadi sebab aku pun enjoy je wahahaha. Nak tido lah zzzzzzzzzzzz

Wednesday, December 22

Hari wayang murah adalah hari Rabu


Gambar-gambar ihsan Google

So, siang tadi aku tak keje and I thought why not go see movie sebab da lama aku tak pegi tgk wayang, plus today is cheap movie day. So, aku ajak Kerol pegi tengok My Soul To Take kat Alamanda.

Hari ni ramai giler orang kat Alamanda, sarat dengan budak-budak baru baligh yang keluar ngan kekawan sempena cuti sekolah. How typical right? Aku rasa in my opinion, bebudak sekolah especially 15 and below shouldn't have the pleasure to be going out with friends at the mall because it is not the right thing for them. Bagi aku, time2 ko cuti sekolah ni patutnya diisi dengan belajar untuk subjek tahun depan or duduk rumah tgk kartun (Sebenarnya aku jealous sebab time aku kecik dulu mak tak kasik keluar rumah merayap ngan kekawan)

Yang aku tak bleh blah time aku beratur nak masuk hall (kena beratur jugak sebab orang ramai giler) budak yang check tiket tu suruh kitorang confirmkan yang kitorang dah above 18 dan mintak tunjuk IC. Aiyo perlu ke? Aku dah 22 tahun kot! Lepas tu aku tak puas hati, aku membebel kat budak yang kena check IC tu (which is another different guy),

'Muka aku yang da tua ni pun dia ingat aku below 18, haih!'

Pastu budak tu bleh plak tenung muka aku, dia kata,

'Memang nampak macam budak-budak pun! Haha'

Ko bleh bayangkan tak betapa aku nak cepuk kepala budak-budak check tiket ni? But at the same time, aku rasa kembang buntut sekejap sebab terharu kot dia kata aku macam budak-budak lagi. Haha feeling comel sekejap aku. Baik, silakan muntah tanpa approval dari aku. Terima kasih! Haha

So, cerita My Soul To Take ni basically pasal seorang psycho yang dikhuatiri mempunyai penyakit split personality dan membunuh 7 orang dalam satu malam. Paling gila sebab dia bunuh bini dia yang tengah mengandung. Tapi anak dalam kandungan bini dia berjaya diselamatkan. Dan Leah, anak first diorang pun selamat jugak sebab psycho (Alex Plenkov) ni tak sempat bunuh dia. Polis datang and tembak Alex banyak kali, tapi dia tak mati gak, cuma pengsan je, So, diorang bawak Alex pegi hospital naik ambulans tapi tak sempat sampai, Alex bunuh staf dalam ambulans tu dan ambulans tu terbalik, pastu meletup terbakar.

So, mayat Alex tu pun diorang tak jumpa, rumors has it yang Alex survive dan wonder around Riverton River. Nak dijadikan cerita, hari Alex mati, ada 7 orang baby lahir, dan semua baby tu lahir pramatang (baru 7 bulan)

Cerita start heating up time diorang da besar (16 tahun) dan diorang sambut birthday diorang sama-sama dengan cara menubuhkan 'Ripper Day'. Ripper day ni kiranya hari kematian Alex Plenkov dan hari kelahiran diorang bertujuh. Brandon (budak jahat) cipta ritual pemujaan Alex Plenkov dan jadikan ritual ni tradisi tahunan diorang. Adoi, aku rasa macam malas nak cerita pepanjang.

So, lepas tu sorang-sorang mati kena bunuh dengan the Ripper. And heronya adalah Bug, budak innocent yang rupa-rupanya anak Alex Plenkov yang survive time malam kejadian mass murder awal-awal tadi. The end.

Dan yang tak bestnya, time aku balik aku basah lenjun sebab aku mengharung hujan yang mula-mula tak lebat tapi lama-lama jadi lebat. Sampai bilik terus gigil-gigil, mandi, then masak omelet, makan sambil tengok cerita Playful Kiss. Heaven!


Monday, December 20

Mindless dreaming

Hari aku start dengan sangat indah. Aku seperti biasa naik Ken, kuda kental yang hitam menawan, dengan menongkah arus angin melebihi 110 kilometer per jam. Ken menderum bagai kuda histeria selepas disuntik steroid, cuba menyelit di celahan kereta besar dan lori panjang tanpa ada perasaan segan. Semuanya berlaku dengan sangat sempurna sehinggalah muncul road block oleh polis dorjana. Aku dipaksa berhenti di sebelah jalan, as well as penunggang kuda yang lain. Katanya mahu memeriksa lesen dan cukai jalan.

'Damn! Perlu ke pada saat-saat genting begini?' detik hati kicik ku.

Ialah. Masakan aku tidak bengang. Aku kena sampai di office sebelum pukul 10 pagi dan kalau gagal, pintu masuk akan ditutup dan cukup syarat aku diselar sebagai pekerja malas oleh kerana punch card aku merah seminggu: in a row! Kau macam tak tahu perangai si buncit tu, asyik saja nak berhentikan aku sebab dia tak pernah setuju aku dapat bekerja di firma besar dan terkemuka itu. Hal aku datang lambat ni of course lah boleh dia gunakan sebagai alasan menyuruh bos aku bagi notis berhenti kerja pada aku. Sialan kau boncet! Aku takkan biarkan kau memperkotak-katikkan aku lagi!

Aku pandang muka polis itu dengan mata tajam, dengan harapan semoga dia gugup dan membenarkan aku segera beredar, tapi malangnya polis itu pakai topi keledar ber-visor hitam dan aku tak pasti dia terpandang muka garang aku atau tidak.

'Mana roadtax kamu??!!' bentak polis buncit itu.

Aku terkucil sebentar sambil tangan menggigil mencari roadtax dalam saku si Ken. Apa barang aku terkucil, mana pergi semangat jantan kental aku tadi? Ahh, aku kena carik roadtax segera supaya dapat pergi dari sini segera. Tapi mana pergi roadtax aku ni? Peluh sudah memercik di atas muka aku, dan tak lupa di celahan ketiak ku, tapi si sundal roadtax ini tak jugak aku temui. Puas aku singkap isi dalam kocek si Ken, malangnya tak ada jugak road tax tak guna tu.

'Ok, roadtax kamu tak ada ya? Jangan nak buat muka inesen, tarik motor kamu masuk dalam lori tu sekarang. Kamu kena ikut kami balik balai, sebab kamu dikhuatiri budak jahat sebab naik motor panas tak ada roadtax macam ni! Mesti motor curi kan??!!' polis tu menjerit macam orang gila.

Bontot aku terketar-ketar kerana sangat gementar. Aku tak pernah menghadapi situasi fooking sebegini! Oh Tuhan, tolonglah aku!!!

Tiba-tiba saja aku tersedar, dan tak semena-mena aku tengah memandu bas masuk di celahan perumahan. Jalan itu sangat sempit dengan kereta banyak tersadai di bahu jalan. Amazingly, aku menyelit dengan jayanya tanpa terlanggar satu kereta pun. Mungkin aku seorang gifted baby! Setahu aku tak pernah sekali pun ayah ajar aku memandu van, apatah lagi lori balak. Tapi dalam kes berambiguiti ini, aku sangat mahir mengendalikan kenderaan bernama bas. Hebat!

Aku sudah tak peduli pasal Ken yang kena bawak pergi ke balai polis. Buat apa aku susah payah masuk lokap sebab roadtax Ken tak ada. Aku kan dah ada bas. Lagi best! Jadi, aku mesej kawan aku dan ajak dia pergi ke kondo mewah tepi tasik. Kondo tu best sebab ada kedai kopi yang sangat eksklusif, tambahan pula deko nya sangat menarik kerana dihias elok menggunakan perabot kedai Ah Seng. Kawan aku segera minta kopi untuk 2 orang. Kami berbual kosong sambil menanti kopi siap. Tiba-tiba datang budak-budak sekolah yang bau kepam masuk kedai kopi itu dan bising huha huha macam dalam reban.

'Hey sial betul mereka ni. Dahlah bau busuk, buat kecoh pula dalam kedai kopi ni.' bisik kawan aku.

Aku dan kawan aku pun blah sebab tak tahan dengan sikap mereka yang macam monyet hitam itu. Kami tiba-tiba dipaksa bayar harga kopi sebelum balik walaupun tak minum walau setitik pun kopi tu. Memang bad day betul hari ni. Dahlah motor kena bawak balai, sekarang pulak kena bayar kopi yang aku tak pernah minum langsung! Kitorang pun bayar, seorang RM8 sebab kopi tu dihidang dalam teko besar. Pelik betul kedai kopi ni. Macam sial nak hidang kopi dalam teko besar. Selalunya kan hidang dalam cawan je. Ahh, lantak kau la. Aku bayar aje sebab tergesa-gesa nak balik, tak tahan dengan bau kepam budak-budak tadi.

Lepas aje aku blah dari kedai kopi tu, aku dah ada atas katil, tengah berselimut. Tengok jam dah pukul 10 pagi. Sah aku mimpi je tadi! Terus aku turun cek roadtax moto ada ke tak. Nasib baik hari ni cuti!

Monday, December 13

Slam, Hantu Kak Limah Astaga!!!

Gambar ihsan Google

Aku just nak bagitau minggu ni adalah minggu Slam for me sebab aku dah fell in love dengan semua lagu-lagu Slam yang evergreen macam Tak Mungkin Berpaling, Gerimis Mengundang, lagu solo Zamani macam Kala Hujan dengan Syair Si Pari-pari, homaigod suara dia sangat sedap, what a talent, tapi malangnya dipersiakan sebab tak dapat diketengahkan sebaiknya. So, untuk reminisce semua lagu-lagu sedap dia, aku tengah practice nyanyi kat bilik supaya time aku karoke nanti, boleh try nyanyi lagu Kala Hujan *wow cita-cita tak tahan ya di situ!

Tadi aku tengok Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan Nene. What can I say, umm, another rubbish i guess? Overall aku boleh kasik 1 star je kot, itupun untuk adegan-adegan lawak yang aku boleh kira ada dalam 5 6 kali je aku gelak ikhlas, yang lain aku gelak-gelak fake sebab orang lain gelak.


Kesimpulannya, aku heran kenapa aku boleh semangat sangat nak tengok cerita meraban macam Hantu Kak Limah Balik Rumah ni instead of Due Date yang kelihatan 5 times funnier itu.
@_@

*Nene you should have suggested Due Date sooner before I made the decision to watch Hantu Kak Limah Balik Rumah! Nyesal sangat-sangat! Haha

Sunday, December 12

Lamb Shoulder disertai Hot Honey Lime

Lamb Shoulder with Mushroom Gravy

Chicken Chop

Hot Honey Lime

Aku saja upload gambar-gambar makanan ni sebab semalam aku keluar karoke dengan Eqal dekat Redbox dan kebetulan dapat free one head charge, so kitorang go for the food yang paling mahal, haha.
Lamb shoulder tu sangat sedap, dan aku terpaksa mintak hot honey lime sebab aku batuk recently.

Lepas dah habis karoke, kitorang lepak-lepak kat Times Square dan aku beli baju ni sebab harga dia just RM10. At least kalo malu nak pakai pegi kelas aku bleh pakai time tido, haha.

Dan disebabkan semalam overnight kat rumah Eqal, aku terpaksa balik naik komuter sebab aku tak bawak motor. Komuter adalah tren paling worst dan aku seboleh-boleh nak elakkan diri dari naik benda tu tapi malangnya tak boleh sebab dekat Serdang takde lrt, so nak taknak aku kena naik gak komuter. Time aku tgh tunggu tren tu, boleh pulak ada satu tren yang berasap, aku pun tak tau kenapa, maybe enjin dia panas, pastu tetiba ada api keluar kat enjin dia. Kitorang semua kelam kabut lari takut tren tu meletop plak tak pasal-pasal tragedi kat Tasik Selatan tu.

So, apa jadik kat tren tu pun aku tak tau sebab tren aku sampai time sorang staff komuter tgh betul2kan enjin yang terbakar tu. Aku rasa ok kot tren tu sebab tak ada keluar berita apa-apa pun kan pasal tren meletup kat Tasik Selatan? Haha

**maaflah entry ni tak interesting langsung [pernah ke entry ko interesting? haha] maybe sebab kepala aku pening tak dapat nak fikir ayat yang best sikit
Huahua~ doakan aku cepat sembuh ye kawan2

Thursday, December 9

Berat gua naik 2kg!!!

Yeayea, gua nye effort da kelihatan nampaknya, berat gua naik sikit-sikit lama-lama jadi boncet, so, dalam dua tiga bulan lagi insyaALLAH naik lagi 5kg, perhaps.
So, kena workout lagi ni supaya dapat better result.
Doakan gua k!

*Header blog pun gua da improve, so apa pendapat lu orang? Tantek tak?

Wednesday, December 8

Aku mau jadi interior designer, muktamad!


Gambar mukadimah: e@curve

Tadi hari paling girang untuk kitorang dalam bulan 12 ni di mana kitorang satu geng samseng nekad untuk jalan-jalan dekat area yang rare dan jarang kitorang terokai iaitu Bandar Utama dengan Damansara. Maka, aku dengan bangganya isytiharkan aku dah pun jejakkan kaki ke One Utama, The Curve, IKEA, dan Ikano Power Center *almaklumlah first time, dats y kena brag sikit dalam belog ni LOL Semuanya best except One Utama tak best sangat sebab crowded dan takde apa-apa, bagi aku la, taktau korang fikir macammana kan?


So, time dekat IKEA rasa macam inspiration nak jadik interior designer tu membuak-buak macam float root beer sebab showroom kat situ sangat-sangat amusing!!!



Oleh sebab kitorang kecik lagi dan tak ada rumah untuk dihias, aku dengan Sharel sepakat share duit beli set tupperware IKEA ni yang murah nak mampus: 1 set just RM15 dan dapat 17 bijik tupperware. Best kan?


Pastu kitorang masuk Ikano dan serbu Brands Outlet untuk beli stok t-shirt baru. Heaven kot sebab 3 t-shirt untuk RM50, berbaloi sangat la tu kan?

Hi, saya nak jadik Jason Mraz, buleh ka?

Aku amek baju ni sebab ada gambar meow meow (aku tau ni bukan gambar meow tapi anggap je la ye), hehe

Pastu sebelum balik kitorang jalan dekat the Street kat The Curve, pastu pekena air dekat Teh Tarik Place. Tapi air macam harem sebab manis nak mampos, lu nak kasik gua kincing manis ke apa ha? Haha

**Justeru itu, saya kini ingin set my dream high, iaitu menjadi seorang interior designer yang tersohor dan sangat successful, paling penting aku nak renovate rumah aku supaya dia jadik cantik, lagi cantik dari showroom kat IKEA. Ko tunggu je la lagi dalam 5 or 6 tahun, aku akan try sedaya mungkin untuk realisasikan dream ni. Amin.

Tuesday, December 7

Gushi denyut-denyut

Saja nak menggedik pagi ni sebab taktau nak buat apa lantaran terbangun awal sangat *awal lah sangat kan? Tak ada apa-apa nak bagitau korang selain nak report my gushi (gusi) bengkak sejak minggu lepas, hari ni official hari ulang-minggu *perkataan rekaan olahan dari word ulang-tahun gushi bengkak. Time awal-awal kebengkakan dia aku berasa sangat sengsara ya ampun sebab dia punya berdenyut tu sampai otak aku bergoncang-goncang mengalahkan gempa bumi. Aku tak tipu. So, aku harap siapa-siapa ada ubat untuk gushi bengkak sila jangan malu-malu suggest kat aku ea sebab ubat yang mama aku kasik tak berfungsi sangat la sebab sampai sekarang my gushi still bengkak huahua.

Lupakan pasal gushi sekejap sebab aku nak suggest kat korang apa kata korang pergi serbu Carrefour sebab dia ada banyak offer menarik contohnya Chipsmore yang aku selalu beli dekat RM3.80 dulu sekarang da jual kat sana dengan hanya RM2.90. Ha, untung kan? So aku malu nak borong bebanyak semalam sebab nanti masuk office orang ngumpat aku cookie monster pulak, mana aku nak letak punggung dan muka nanti? So, jangan lah nak menggel *menggelabah sangat, pergi lari cepat ke mana-mana Carrefour yang berdekatan ya. Aku tak dapat komisen pun bagitau korang, ni just khidmat masyarakat dari aku ya, aku tak dapat apa-apa pun hahaha.

Aku beli dua pek, satu da masuk dalam cookie jar hehe

Nene, sekarang aku da minat lagu yang ko suakan kat aku aritu especially Speak Now. So, thanx a lot sebab gitau ko minat lagu tu. Motip? Haha. Oh aku nak gtau ko ngan Zuzuk masuk dalam mimpi aku tadi, kita pegi so-called lawatan pegi satu place kat Johor, deserted gila sampai naik bas yang tukar-tukar tu, pastu sampai kat tempat tu which is one convention center apa tah, Zuzuk datang buat conference, haha takley blah.

Thursday, December 2

Jalan lagi dengan Nene

Inside Pavilion yang dah rupa istana kayangan- tengok curtain tu besar nak mam!

Semalam Nene turun KL so we decided pegi karoke and having fun. Kesian kat dia sebab batuk tenat tapi walau begitu aku tetap paksa dia menyanyi, last-last dia yang tamo balik sebab dia feeling-feeling suara menjadi better time jam terakhir tu *motip ye Nene! Hahaha

Lepas karoke, kitorang pegi carik kedai baiki kamera sebab kamera dia da rosak jatuh aritu, jumpa satu kedai ni dia cakap nak RM50 untuk service charge, pastu kos baiki lain cerita, aiyo, RM50 tu dia amek untuk dia hantar pergi Sony Center. Ko dah gila ke apa? Sony Center tu ada kat Times Square which adalah berjarak seluas kangkangan monyet je pun kau teringin nak charge sampai RM50? So unreliable ok amoi ni! Thus, kitorang pun pegi Times Square terus straight pegi Sony Center dan tinggalkan kamera kat situ, settle everything, pastu kitorang pegi beli tiket nak tengok cerita Rapunzel, bukan 2 Alam ye Dr. Rozmey, so sorry! *seat untuk tengok 2 Alam time kitorang pegi tu ada banyak lagi kosong, ada dekat 70 seat kosong, untuk keempat-empat waktu tayangan, kesian Dr. Rozmey tak dapat pecah panggung, wakaka

O my God, cerita Rapunzel sangat best!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Animation dia sangat smart, plus cerita dia buat aku gelak all the time dan Rapunzel ngan Flynn Rider tu sangat sweet dan ending dia macam sedih-sedih touching-touching dan kuda tu memang sah bangang dan bersemangat waja dan in the end kuda tu jadik hero ok!

Lepas tu, kitorang jalan pegi UNIQLO usha baju, then straight ke Pavi usha baju lagi kat Cotton On, btw, Forever 21 tengah sale sekarang 70% so wanita-wanita di luar sana tunggu apa lagi pegi la serbu, haha, sentap sebab aku nak beli baju kat Cotton On tapi time nak keluar duit kad aku cip dia rosak, duit spare aku tinggal kat bilik, damn gila, so harapan la aku sangap sangat nak beli baju tu huahua

Lastly, kitorang dinner kat Secret Recipe and thanx Nene for the cake! Grilled chicken tu sangat sedap dan harga dia pun begitu jua sedap juga ya.

Kolam Ikan Encik Eipul