My Tomey-Lotey Followers

Sunday, January 2

Bagaimana aku celebrate tahun baru?

Secara tuntasnya celebration tahun baru aku kali ni agak hambar dan kurang menarik sebab aku tak join party Going Gaga kat Pavilion mahupun tengok bunga api kat KLCC sambil tengok budak remaja comolot-comolot sampai mulut masing-masing bengkak. Kitorang takde plan apa-apa semalam so ad-hoc plan yang aku suggest adalah pergi tengok firework kat Putrajaya so sambil tengok bunga api, sambil tu jugak kitorang boleh lepak-lepak kat depan Palace of Justice tu ke, ataupun lepak kat depan Pejabat Perdana Menteri tu, tapi masalahnya kitorang gerak sana lambat gila, sampai kat simpang nak masuk Putrajaya tu firework da start boom boom boom even brighter than the moon moon moon, so harapan la nak tengok bunga api dengan tenang, pastu ingat nak lepak kat bangunan kerajaan tu, tapi tak bleh masuk sebab polis da block jalan. Last-last kitorang pegi Uptown Shah Alam dan aku terbeli jersi Barcelona. Aku ingat nak beli jersi Malaysia tapi malangnya dah habis stok



First time aku beli jersi, unbelievable! Bleh pakai time tengok bola kat Maulana nanti!!! bwahahaha


Baju Messi lagi cantik sebab dia punya original *Image taken from Google*

Sebelum malam celebration ni, aku dah keluar dengan Emy dan shopping dekat KLCC pastu end up berjalan kaki ke Pavilion dan rupa-rupanya KLCC dengan Pavi adalah sangat-sangat-sangat dekat! Kitorang jalan-jalan dekat Cotton On, Padini, masuk Marc Jacobs dan hanya mampu gelak-gelak tengok harga jaket nipis dan buruk tu harga dia RM1050 *tahniah Marc Jacobs! Harga yang sangat affordable ya, pastu pegi Zara, dah penat semua kitorang pun balik. Oh before that, aku jumpa Ryzal pelakon hotel Mania tu kat Pull and Bear di Pavilion, pergh tinggi gila mamat tu!

Ryzal: Kanan sekali *sorry Anding, saya copy gambar fb kamu*

Penat jalan so duduk relax jap kat sini

Cantik kan deko Pavi? Macam istana kayangan kahkahkah

Kasut ni aku beli kat Zara KLCC, harga asal RM198 kalau tak silap aku

This is what I love the most now; Cotton On harga asal RM109

Seed; Harga asal RM109 gak

Disebabkan mood celebration still on, semalam aku join Eqal, Hamal, ngan Haris karoke dekat Red Box Plus Pavilion. Indah khabar dari rupa ya, sebab sebelum ni aku dengar karoke kat Pavilion sangat exclusive dan biliknya sangat gah ke apa ntah, tapi end up kitorang dapat bilik sempit yarabbi, nak bergelek-gelek pun tak puas. Nasib baik buffet high tea dia not bad, semua ada, kuey tiaw, nasik, ayam ikan salmon semua ada lah. Tau-tau je semalam aku terbeli baju t-shirt Esprit kat Times Square sebab nak tolong Eqal beli beg kat situ dengan harga yang murah sikit *asal tetiba aku cerita pasal Times Square plak ni?

Untuk mengelakkan korang pening, aku letak rentetan peristiwa yang berlaku:

1) Jalan-jalan dengan Emy shopping dekat KLCC and Pavilion
2) Celebrate New Year dengan coursemate dekat Uptown Shah Alam, pastu borak-borak gelak-gelak kat McD sana
3) Join Eqal and the gang jalan-jalan kat Times Square, pastu karoke dekat Pavilion, pastu pegi UNIQLO, pastu Zara, pastu balik

Esprit; Harga asal RM49.90

Kesimpulannya, duit gaji aku kali ni habis sehabis habisnya dekat shopping sahaja tapi bagi aku worth it sebab aku beli barang-barang yang ada sale yang macam 50% 60% macam tu, cuma yang Esprit tu je 20% sebab baju tu new release. Lupakan pasal shopping sebab aku bakal menangisi duit aku yang mengalir deras keluar macam air Sungai Gabai, so aku nak ucapkan Happy New Year kat korang semua dan semoga tahun 2011 ni akan memberi kejayaan pada kita semua, amin!

7 comments:

H. said...

Nak repeat komen aku kat entri kau yang before this boleh tak?

fatin hanani said...

amboi....bnyk beli brg hehe...mhl2nya hehe.
slmt thun baru....:)

an nur said...

pehh. kalah aku sh0pping d0wh! haha.

the GirL said...

bapak shopaholic kau ni... kalah pompuan,,.. haha..
tp aku faham sekarang sale... so aku tak salah kn ko.... hihi

mr.syazwan said...

temanya AWK SHOPPING SAKAN!!

masyukk la tuh!

hehehe

Eazy Izzuddin said...

nak shopping gak...
joms2..
xD

░♥si lampu neon♥░ said...

woww wbest besttt !!


CHECK ENTRI MANTAP NI :
# TGK WAYANG BERSAMA NUFFNANG, SEASON OF THE WITCH #
# MAXIS OM NOM NOM RACE#
# DURIAN D24 PALING SEDAP DI DUNIA #

Kolam Ikan Encik Eipul