My Tomey-Lotey Followers

Thursday, January 27

Kesian dia, kesian kat aku gak


klik sini untuk link video

Aku tak reti nak letak video youtube dalam blog ni, kalo korang nak tengok video 'Man abusing his dog-EXTREME!' korang klik ar link kat atas. Kesian anjing tu, kena baling, kena sepak, kena tampar, dahlah comel, kejam gila laki tu. *anjing tu dah macam teddy bear, geram aku tengok, rasa nak picit-picit jek buat bantal peluk time tido

Dalam aku kesian kat anjing tu, aku terpaksa kesian kan diri aku gak sebab aku left behind agak jauh dalam proses menyiapkan FYP (Final Year Project). Kawan aku yang lain semua macam in progress 40% ke apa entah, aku langsung tak gerak-gerak lagi dari proposal tu, which means aku nye effort still dalam 10%, haha, hebat tak aku? So, aku nak pegi lab esok, tapi masalahnya kalau aku nak pegi lab, aku kena tahu apa yang aku kena buat, tapi masalahnya method semua aku tak berapa nak dalami lagi, plus aku tak berapa nak mesra alam sangat dengan lab assistant kat situ untuk aku mintak tunjuk ajar bagai, so cane ni? Esok nak tak nak aku kena jugak beranikan diri pegi lab tanya semua materials equipment semua ada ke tak, bila boleh buat lab, adoi banyak betul keje aku la haiii, nyesal procrastinate selama ni, hahaha

Pastu apa lagi aku nak cerita, umm, oooh, aku ada jumpa gambar aku pegi Jamboree MRSM Se-Malaysia time 2001 dulu, memang kenangan siot pegi jamboree tu, ngan Nene semua, best gila kot, sampai sekarang teringat, Malam Kebudayaan dapat number 1, pastu pertandingan kawad kaki dapat number 2, time tu memang kembang kuncup buntut masing-masing sebab kira dah cukup hebat lah kau kan time tu, dahlah peringkat kebangsaan, pastu dari semua MRSM yang bertanding, kitorang antara yang terbaik, pastu time assembly ayahanda Ejam asyik memuji team Scout hebat segala bagai, mana tak kembang pungkoq cek

Syafiq, Nene, aku (time ni tgh cuak sebab nak perform Dikir Barat time Malam Kebudayaan)

Kemarin plak aku gi downtown Cheras dengan Nene, aku ada jumpa beberapa kedai yang jual jersi Malaysia tapi mahal sangat la pulak, so aku tak jadik nak beli lagi. Tunggu nak pegi uptown S. Alam baru aku beli kot jersi tu, sebab kat sana ada satu kedai ni jual murah sikit, aku dah penah tanya aritu. Disebabkan aku pegi downtown tu, aku tak pegi kelas esok paginya yang pukul 8.00am tu, beserta kelas pukul 10.00am, memang tahniah ye Eipul, indah berseri hidup kau kan?
Semalam plak aku baru abeskan RM17 semata-mata untuk satu mangkuk jeluk ice cream yoghurt Tutti Fruti (which weighed just 350g). Antara ice cream paling mahal pernah aku beli, dan aku takkan beli lagi insyaALLAH.

So kesimpulannya, aku semacam ingin nak beli teddy bear yang bebulu curl macam anjing dalam video tu, nak buat peluk time tido. Sekian.

11 comments:

mr.syazwan said...

manjanyee dia

haha

buat masa sekarang peluk lappy kamu

tuk siapkan FYP tu ye

=_=

annur said...

haha. gile comelnya ko zaman dolu2.

neway, gud luck la wat fyp. =P

☺[ai][sUmi]☺Chan said...

dah tgk video tu~ cumei gila kot tapi apsal kejam sgt eyh? huhuu~

nak teddy bear murah g kat kelantan.. bukit bunga nama tempat tu.. besar2 punye.. mcm frog sumi..

lea said...

gile mahal eskrim

btw, cumel la nama kawan ko..NENE..hehe

atie said...

Mrsm mana dulu?2001..dh f3 time tu..kt mrsm muadzam..huhu..tua ye aku skang ni~zzzz

Joey said...

manusia sekarang makin kejam..sanggup dera bintang yang comel

iekah said...

gile cumel kau mase zaman skula..
HAHA

Eazy Izzuddin said...

aduh....
budak2
mestilah comel
hehe
xD

lalink7 said...

sian anjing tue...hmmmm sedihh T_T

lalink7 said...

dah di remove pulak..

EIPUL said...

mr.syazwan, aah aku tgh peluk laptop aku skang, haha, cayang dia muah muah~

annur, thanx, haha

sumi, tapi kat sana takut bulu dia tak bape nak best =p

lea, haha

atie, aku dulu mrsm mersing, haha

joey, tau takpe, aku nak ketuk2 kepala laki tu warghhh marah ni

iekah, haha

eazy, ek, haha, sentap

kak lalink, aah, dia dah remove video tu, huhu

Kolam Ikan Encik Eipul