My Tomey-Lotey Followers

Sunday, February 6

Mamet-chichi-hihi

Comel tak comel tak? Chihihi


Ok, first of all, aku tamo korang mengumpat aku belakang2 cakap aku macam bebudak sebab nampak aku beli Tamagotchi. The truth is, aku anggap ni sebagai investment. Sebab apa? Sebab benda ni makin lama nilai dia makin tinggi sebab dia macam dah pupus sikit sekarang ni. Ko tau kat mana aku beli mende ni? Dekat Midvalley ok! Jauh tau dari tempat aku. Tempat lain dah takde dah. Susah payah aku naik moto broom broom pegi Midvalley semata-mata nak beli benda ni. Aku boleh je susah payah naik komuter pergi sana tapi aku terbayang betapa sardinnya komuter yang lembab tu, aku terus kompol semangat naik moto je pegi sana. Aku nak carik kat Mines ngan Alamanda pun takkan dapat punya sebab dia letak kat Toys'R'Us yang terpilih je. Pastu aku try carik kat Mudah.my dengan Lelong.com.my tapi jumpa pun yang bukan versi ni, versi lain yang nampak macam tak best. So, aku beli yang Mametchi, sebab Memetchi tu gurlish sangat, dan yang sekor lagi tu macam badak, aku tak suka sangat benda2 yang resemble badak ni, entah sebab apa aku pun tak tau, haha. So, skang dia dah 1 tahun, aku masih rindu dia time baby sebab dia sangat comel. Boleh? Pastu dia kata boleh shopping barang-barang through online tapi tadi aku bukak webpage dia loading tak abis2. Aku fedap aku terus tutup. Haha. Oh lupa nak bagitau, time aku beli benda ni, Toys'R'Us kasik RM15 off sempena Chinese New Year. So aku macam sangat2 happy la sebab dapat harga less. Aku memang suka kalau bab2 less harga ke, diskaun ke, memang suka sangat2, siapa plak yang tak suka kan? keke. So, aku berazam aku akan bela Mametchy ni sampai 8 keturunan, ha gempak tak? Aku boleh suruh dia kawen sampai dia beranak-pinak ke 8 keturunan. Digimon pun takley wat cenggini kan? Oh btw, aku sebenarnya nak carik Digimon tapi masalahnya Digimon sekarang memang dah dekat nak pupus dah kat Malaysia ni. Aritu aku jumpa pun kat ebay. Harga toksah cakap ar, dekat RM200. Bayangkan dulu-dulu time hingus hijau kita meleleh-leleh benda tu bleh beli dalam RM30 macam tu je kan? Ha sekarang amek ko, dah RM200 siapa nak beli? Better aku beli jaket Zara kalo RM200. So, kesimpulannya, aku sangat happy sekarang sebab aku ada belaan yang comel, tak payah nak susah payah bela hamster ke kucing ke, at least kalo Mametchi berak takde lah sampai aku terseksa nak bersihkan taik dia macam aku terseksa bersihkan taik kucing, betul tak?

10 comments:

n.O.N.o.y said...

.semangat ko nak bela binatang tuh? haha

btw, anda di tag!
http://zainoorainjamil.blogspot.com/2011/02/sukan-itu-bergaya.html

lea said...

semangat betul g beli menda neh!

investment eh?
untung share ngan aku nati ye

fatin hanani said...

haha comynya awak hahahaha
masih suka bnda2 cm tu wee hahaha
dulu mmg laku kan..skrg ja tak dah...

badak pun comey apa hahaha

the GirL said...

sok nak gi Mid gak la... nak beli jugak.. hahaha

mr.syazwan said...

dari bela minatang yg xleh ckp tu

baik bela ku wei

hahaha

=_=

iekah said...

menda ni bkn dlm Tikam dulu tu ke?
yg bulat-bulat masuk duet 50 posen kua menda ni.

ke aku silap?

man yusoef said...

sangat tak eipul la kalau benda sale2 ni tak menarik perhatian eipul...hahahah

Joey said...

benda ne best nie..nanti boleh la lawan dgn binatang aku..hahaha

lalink7 said...

eipull...giler wat esei ke perenggan takde..lintang pukang sis bace oii...hahhahahaha

ada belikan lebih tak? hahahah...nak jgkk

EIPUL said...

nonoy, lea, o yeah aku memang semangat kalo benda2 cenggini, kekeke

fatin, emm tetap aku rasa badak tu tak comey hahaha

the girl, weh beli weh, nanti kita bleh 'mate' kan tamagotchi kita supaya dapat anak comel, wakaka

mr.syazwan, ek? boleh ke bela kamu? macam kelakar jek hahaha

iekah, uih yang ni jauh lagi mahal dari mende yang ko tikam tu, 20kali ganda weh haha

man, kan kan kan??? haha

joey, ko punya binatang apa? haha

kak lalink, aiyo saya beli satu le kak, buat pe beli banyak2 hahaha akak beli la satu, nanti kita boleh kawenkan mereka, dapat anak comel, wakakaka

Kolam Ikan Encik Eipul