My Tomey-Lotey Followers

Saturday, March 19

Wayang lagi: Hikayat Merong Mahawangsa


Semalam aku tengok cerita ni dengan Nene dekat Mines dengan berbekalkan duit popcorn aje sebab kitorang ada tiket free wuhooohooooo so tak payah nak bazir RM8 untuk beli tiket wayang tapi just bayar RM10 beli popcorn large dapat air bikarbonat 2 gelas large, yeayea, sangat berjimat ye kalau kau nak cakap aku kedek taik idung masin pun aku tak kesah sebab taik idung masin la kau dapat beli asam taik idung yang jual kat kedai tu, pernah makan tak kau? ok tak lawak

HMM memang mantop walaupun ada jugak kekurangannya, biasalah kalau bajet kecik memang kita tak dapat nak expect outcome luar biasa sangat lah, betul tak? Jalan cerita dia bagi aku ok saje, tak ada apa-apa yang boleh buat mulut aku menganga luas-luas sebab amazed ke apa ke takde sangat lah, cuma amazed tengok scene sexy puteri cina mandi dalam bath tub masa dia singkap bunga-bunga dalam air tu, aku cuma mampu jerit 'MASYAALLAH!!!' dalam hati *pitam




Aku paling tak suka efek langit dia memang outrageously tak real langsung, dengan efek terbakar-terbakar dia memang sangat-sangat computerized tak tau nak cakap apa lagi dah. Banyak gak scene yang kelakar bagi aku tapi tak taulah sejauh mana kekelakarannya bagi kau pulak kan, contohnya inang puteri cina tu, memang obviously kelakar, tak dapat nak sangkal lagi, huhu,


Yang ni kelakar jugaklah sebab dialog Merong yang "sudahlah hodoh, mulut pula busuk" ditujukan khas untuk pak cik india yang pakai serban sebelah Prince Rome tu, gelak kot dengar cara Merong cakap, huhu 

Ok, yang Pak Kesom ni pulak lagi tak bleh blah, dah la itam melekit kulit dia dalam cerita ni, pastu rambut pulak merewang-rewang macam langsuir, Nene cakap Pak Kesom ni sama macam Orix which is aku rasa Orix tu dia masa muda-muda kot, bila dah tua terus jadik Pak Kesom, ok tak lawak!

 Pak Kesom time muda-muda - Orix dalam Duyong *macam ni ke eja Duyong? Ke Duyung?



Aku tak boleh lupa dialog Pak Kesom masa dia cerita berkompang dekat Merong pasal masa silam Kampung dia tu, kalau kau perasan lah, dialog dia asyik sebut pasal parut, memang lawak sial time dia mention parut tu! Ramai jugak yang gelak, bukan aku sorang je yang gelak, serious aku cakap kau, Pak Kesom memang lawak gila dalam cerita ni, kalau aku tak gelak pasal muka dia, mesti aku tergelak tengok gelagat dia, lagi-lagi time dia hidupkan api masa panaskan besi tu, sebijik beruk dia jolok-jolok besi tu, bwahahaha

Ok, aku ingat nak cerita sikit-sikit je alih-alih dah panjang berjela, oklah stop sampai sini je pasal HMM. Aku rate movie ni 3.5/5.

4 comments:

mr.syazwan said...

3.5 je??

huhu ok fine

haha

tpi ku suka dialog

khir n puteri cina tu kot

=_=

lea said...

3.5 jerk?
aku mahu kasi 4.5
sangat best citer
terasa tgk wayang dr negara luar je

bukankosong said...

tul tul semalam baru aku tgk..okla kan...btw scene yg paling tak leh blah bila Merong guna cermin serang team Garuda, entah apa-apa entah cam hampeh je. Tak logik!!! aku guna kanta tumpu pun ambik masa nak nyalakan api, inikan pula guna matahari yg tetiber je. Caik!!!

EIPUL said...

syazwan, aah aku rasa banyak gak kurang movie ni, tu yang aku rate 3.5 je, huhu, sorry i am just expressing my thoughts, kekeke

lea, terpulang deh! mau kasik 6/5 pun boleh sajer, kekeke

bukan kosong, kan kan kan? aku lupa nak mention pasal cermin mengong tu, hahaha, dah lah efek cahaya dia macam geli-geli, kelakar betul aku tengok orang Geruda tu terbakar sebab cermin merepek tu, kekeke

Kolam Ikan Encik Eipul