My Tomey-Lotey Followers

Monday, March 21

Wayang lagi: Mars Needs Moms

Taken from Google images

Haritu tengok cerita ni dekat GSC Alamanda dengan Alan & Nene, tiket murah gila RM6 aje sebab hari Rabu so tak kesah pun kalau cerita ni tak best sebab nak tengok cite lain tapi semua fullhouse, end up tengok cite ni je tapi turns out cerita ni pun best jugak, kelakar, lucu, lawak, dan funny habis. Ada la sikit-sikit impak keterharuan yang dapat dikecapi dalam babak-babak nak masuk part ending dia, so aku rate this thing 4/5 sebab aku ada this thing with cite katun, efek dia mantop dan facial expression sangat menjadi dan real, so, why not give 4 out of 5 kan?

Cerita dia pasal Martians (penduduk Mars) terpaksa mencari mak-mak dari bumi sebab baby kat sana takde siapa-siapa nak jaga sebab perempuan sana di-train menjadik askar dan lelaki kat sana dibuang di kawasan sampah sebab bagi diorang lelaki tak boleh buat kerja sangat dan asyik main-main dan suka berpeluk-peluk (which is salah satu reason pelik diorang terpaksa isolate kaum lelaki), so diorang dicampakkan di kawasan pelupusan sampah.

Disebabkan itu, diorang terpaksa abduct mak-mak dari bumi untuk dapatkan maklumat penjagaan anak untuk diorang install masuk dalam robot nanny ciptaan diorang. So, sorang mak dari bumi yang kena culik tu adalah mak watak utama cerita ni dan cerita start berkembang setelah mak dia kena culik dan dia sempat ikut spaceship Martians tu balik Mars dan lepas tu bermulalah perjalanan hidup budak ni demi nak menyelamatkan mak dia dari kena bunuh sebab lepas Martians sedut memori mak dia, diorang akan bunuh mak dia dan aku pun tak tau kenapa so jangan tanya aku kenapa huhuhu

Ok, aku dah penat taip review so pada sesapa yang nak tengok movie ni dipersilakan sebab sangat best (bagi aku la) dan sangat sarat dengan value. Bawak anak-anak kau kalau nak pergi tengok movie ni, kalau takde anak manusia pun, kau bawak je lah anak tekak kau sekali, okay not funny

5 comments:

mr.syazwan said...

wah4/5 seiyes??

kalau tgk 3d konpem 5/5 kan??

hehe

EIPUL said...

aah weh, aku pun rasa camtu gak, tapi 3d mahal sangat so terpaksa lupakan, haha

bukankosong said...

sib baik komen postiv, so nk tgkla nnti..

lalink7 said...

knape murah sangat niee? kat alamanda? biar betikk? hmmm

Eazy Izzuddin said...

murahnye...
dah tgk dah..
lepas tgk tu..
rasa makin syg dekat mak aku hehe
xD

Kolam Ikan Encik Eipul