My Tomey-Lotey Followers

Sunday, April 3

Kekadang merepek meraban itu perlu juga ya

Kau kalau tanya aku adakah aku suka belajar course yang aku ambik sekarang, mesti aku akan jawab TAK sepantas kilat siriusli aku tak gelak ni so sirius la ni bunyinya dan kau takkan mencari pasal time aku tengah sirius macam sekarang ni ok. Ececece


Tapi bila difikirkan balik dah final sem kot sekarang ni, jadah apa yang kau TAK suka belajar course ni? Aku pun tak tau like seriously. Aku macam malas gila nak siapkan FYP ni, thesis macam harroommm menyusahkan hidup aku nak memerah otak rasa macam nak meletup pom pom pom dah otak aku ni sekarang. Esok aku kena present FYP aku, ya, sesi yang diorang namakan sebagai SEMINAR, o my, dengan slide yang macam harroommm jua tak tersiap lagi ni, nak rehearse lagi kejap lagi ni, adoi tensyen gila kau tau tak?

Aku dah tak sabar-sabar nak habiskan sisa hidup aku kat sini, hopefully tamat lah cepat-cepat segalanya yang membuatkan kedut-kedut kat peha aku bertambah-tambah banyaknya ni, runsing sangat agaknya, ya peha aku dah kedut, kenapa? Kau jeles ke? Tak payah!





Sekarang ni nak kena buat assignment pulak nak kena submit petang ni. Lecturer pun satu hal, dah tau kami ni super busy dengan thesis dengan seminar semua, lagi lah mereka berkobar-kobar kasik assignment bagai, apa menarik sangat tengok budak-budak jadi biol macam ni, yang aku pun satu hal jugak, kerja selalu bertangguh siapa suruh? Hah padan lah dengan muka aku! Hari-hari tengok cerita merepek-repek lagi sampai assignment berlonggok dah macam sampah bertimbun kat atas meja, terkini aku dah addict dengan cerita Cougar Town, thanx a lot Nene sebab kasik aku cerita tu, aku dah tengok cerita ni dekat nak abis dah episod yang ko kasik tu hahahaha

Cougar Town (taken from Google images)

Kau semua wajib tengok cerita ni, sumpah lawak nak mampos. Awal-awal aku tengok macam pening kepala sikit sebab cerita dia macam chaotic gila, lama-lama baru dapat beat dia, so sangat-sangat enjoy. Untuk elakkan aku rasa bersalah sebab tengok cerita ni, aku hanya tengok time tengah makan saja, lepas makan stop pastu sambung buat kerja. Ok aku tipu. Aku tengok tak kira masa apa pun T__T



So, kalau korang ada cerita merepek yang lain boleh bagitau aku ya, nanti aku boleh tengok. Oh, semalam aku tengok Maharaja Lawak, Jozan macam tak berapa nak lawak aku pun tak tau kenapa, tapi aku suka Nabil ngan kumpulan Jambu. Lawak diorang memang non stop buat aku gelak. Hehehe. K nak g bungkus nasik, bubbye

7 comments:

an_Nur said...

ceh. tgk muvie time makan jek? bunyik macham rajen gilak je. hahaha.

neway,, gud luck 4 ur prsntion! da nk abes dah ko.... ;)

napeace™ said...

Haha aku pun tak suka course yang aku ambik sekarang ni. Tak paham macam mana aku boleh ambik dulu.

Best ea Cougar Town? Nak tgk ah nanti. Aku tak tau ah kau dah tgk Modern Family ke belom tapi aku rasa citer ni sengal.

EIPUL said...

annur, thanx! huhu

napeace, modern family? cam best je, hehe, t aku suh kawan aku dload, haha

bunga said...

xtengok..hehe

Judiene said...

Oit Eipul, cmne ko tukar font ni eh??
Kasi ajar sket.

EIPUL said...

bunga, tengok la, sure terangkat! kekeke

judiene, ubah setting kat dashboard ko, pegi kat design, pastu ada option nak tuka font. hehe

lea said...

x best ke kos ko ni?

food tech cm best n cm byk keje jer

Kolam Ikan Encik Eipul