My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, April 20

Wayang Lagi: Scream 4

Image taken from Google Images

Cerita ni aku tak tau nak ulas macam mana sebab kalau kau tengok cerita ni pun kau bakal tak boleh nak ulas apa-apa. Speechless sangat sebab banyak gila orang kena tikam dengan pisau, darah keluar mencurah-curah ke ladang gandum, lepas tu ending nak konon-konon misteri tapi entah lah, macam tak berapa nak misteri sangat pun sebenarnya.

Sidney (watak utama) adalah seorang penulis superstar, ramai orang baca buku dia sebab dia adalah seorang mangsa yang terselamat (sentiasa terselamat) dari pembunuhan besar-besaran. So, sekali ni dia balik ar dekat kampung halaman dia untuk promosikan buku terbaru dia. Lepas aje dia balik kampung halaman dia itu, pembunuhan start terjadik, ramai gila mati kena tikam ngan pisau, oleh orang yang pakai topeng antu putih tu. So, Gale bini si Dewey pun penulis buku seram fiksyen, dan turns out to be bekas reporter dan dia sangat excited nak solve kisah pembunuhan bersiri ni. Tapi last-last dia pun kena cocok jugak dengan pisau.




Nampak tak dekat sini ramai sangat yang kena cocok dengan pisau? Ni belum lagi aku mention 2 ekor polis tu, lepas tu publicist Sidney, lepas tu mak Jill, pastu budak nerd 2 ekor tu, pastu si ex boyfren Jill, Trevor tu, lepas tu kawan Jill, entah siapa lagi yang kena cocok, ramai sangat sampai aku dah tak ingat siapa lagi dah.


Cerita ni aku tengok semalam dengan Nene dekat Times Square. Aku tengok muka dia time tengok wayang tu memang berkerut la, macam tensyen gila, tertekan nak mampos dengan cerita ni. Hahaha. Aku pun tensyen gak tapi ada ar scene-scene yang buat aku terkejut sampai buntut terangkat, kira not bad jugak lah effect suspense dia. Overall, aku rate cite ni 2.5/5





Ni la hang out last kitorang before dia start berkerjaya sob sob sob. Lepas ni susah ar nak jumpa ko lagi huahua. Gonna miss u real bad buddy! Keje leklok tau nanti bleh kasik aku present mahal-mahal dari Abu Dhabi. Kahkahkah


 



4 comments:

lea said...

ko neh asyik tgk wayang je
jeles betul

Aisumi Chan Kawa'i said...

last tgk wayang cite CUN.. hangout ngan kwn2 pun masa cite tu laa.. rinduuu~

syaf said...

bajet nk tengok gak cite nih sebab ade yg kate best, tapi member dah download semalam..tak sempat jerk aku nk tengok...he3

lalink7 said...

scream 4..memula tak paham mcm nyampah..last2 okeyla..teka tp xbetol spe bunuh..hmmmm

Kolam Ikan Encik Eipul