My Tomey-Lotey Followers

Sunday, June 19

Hai nasi goreng, hai sungguh lazat

Ha, ok kawan-kawan semua, apa macam kau orang sekarang? Ya Allah, aku punya lah sibuk dewasa ni nak carik nafkah untuk anak bini kucing kat rumah, sampai tak sempat nak update blog weh *mesti dalam hati kau orang cakap "Ada aku kesah?", betul tak? Aku pun balas, ada aku heran kau kesah aku kesah ke tak kau kesah aku kesah kau kesah kisah benar? Haha tak lawak



Yang sebenarnya, tajuk aku tu takde kaitan pun pasal apa aku nak cerita. Saje-saje letak tajuk merepek biar kau tertanya-tanya sikit budak ni apahal sampai dah melalut cerita pasal nasik kan? Baru kau orang nak baca entri aku, betul tak? Betul tak? Annoying tak? Annoying takkkkk????





Ok sebelum kau baling aku dengan tomato disertakan telur hanyir, aku nak cerita pasal cerita yang aku obses tengok sekarang iaitu cerita jeng jeng jeng...

Image taken from Google Images

tajuk cite yang aku obses sekarang adalah uri yoja chinggu ya gumiho ya (read My Girlfriend is A Gumiho). Kau boleh ignore perkataan pelik sebelum translation tu sebab aku main bantai konon-konon pandai cakap Korea tapi harem pants satu habok pun tidak tahu menahu. Cerita ni best gila ya Allah kau takkan menyesal tengok cerita ni betul aku tak tipu kau, cerita ni aku peram sejak sem lepas lagi dalam aku punya external tapi disebabkan bosan tahap moksha haritu, aku beranikan diri tengok cerita ni dan ternyata cerita ni best gila nak mampos.




Selain daripada tu, aku dapat online memalam ni pun sebab aku baru sign up P1 aritu, so barulah boleh aku dapat berhubung dengan dunia, kalau tak selama ni aku balik keje je terus tido, bangun pagi pegi keje, balik keje membuta balik, memang takde life, selepas kehadiran P1, hidup aku bercahaya, sebab apa? Sebab memalam aku tutup lampu bilik pastu cahaya laptop berseri-seri memanchor-manchor kena muka aku, detswai hidup aku bercahaya, pastu online sampai kul 3-4am sebab nak download cerita. Haha best tak life aku?



Aku ada download satu series baru ni title Teen Wolf. Wow boleh tahan jugak la cerita tu, semacam best tapi aku baru tengok sikit-sikit, tak tengok habis lagi ar tapi aku mampu cakap cerita tu semacam best la, tak betul-betul best lagi sebab aku tak habis tengok lagi kan.

Teen Wolf MTV *Image taken from Google Images



Ok, pasal work life plak, kau paham-paham je la kerja call centre memang tak lari dan tak berjalan menjauhi perkara-perkara seperti kena maki, hina, herdik dan caci tu perkara biasa la, tapi ya Allah aku nak bagitau kau kalau customer ni jahat, memang lah dia jahat nak matiiiiiiiiiii, kau pun dengar call-call menjerit macam ni memang bernanah je telinga kau dengar perkataan hina macam bodoh, lembab, p###mak, f%$k, dan sebagainya. Tapi setakat ni aku masih lagi mampu berdiri utuh untuk berkerja dengan gigih, sebab anak bini kucing kat rumah nak diberi makan lagi kan, nak buat macam mana hidup mesti diteruskan betul tak betul tak?


Ok lah. Aku dah tak ada apa-apa lagi nak cerita. Kalau aku rajin aku update selalu walaupun aku tau tak de orang pun yang baca blog aku ni. Hahahaha

1 comment:

Aisumi Chan Kawa'i said...

laa.. apsal sumi xdapat update blog eipul eyh? skrg jarang tgk tv dah..

Kolam Ikan Encik Eipul