My Tomey-Lotey Followers

Sunday, August 14

Dugaan, meresapi diriku ini.


mintak tolong kau semua baca tajuk entri ni dengan menyanyi ala-ala Ziana Zain, sekian, terima kasih.

Aku rasa buka puasa semalam memang sangat mencabar, ultimately challenging dan penuh dogaan sepanjang aku puasa tahun ni. Dia datang secara kombo - basah, terhimpit, plus being harrased. Lengkap tak?


Cerita dia macam ni. Paan ajak kitorang bukak puasa ramai-ramai. Disebabkan Eqal kerja hari ni, kitorang yang tak kerja ni terpaksa bergigih untuk pegi ke Kepong in order to bukak puasa sama-sama sebab risau Eqal yang bekerja ni would not be able to make it before berbuka. Tapi alih-alih kita yang tak bekerja ni pulak yang sampai lewat. Pertamanya, disebabkan hujan. Semalam petang memang hujan lebat gila. Before that, kitorang ada option untuk keluar lebih awal tapi atas few circumstances, kitorang keluar masa langit dah gelap gila. Memang mencari nahas. Ingatkan sempat, lagi 200m nak sampai stesen komuter Serdang, hujan lebat gila, lebat yang macam kalau kau teruskan perjalanan naik motor, memang baju kau basah lenchun ibarat kena siram dengan air dari baldi besar 50 kali secara laju-laju *dapat bayang tak? Syukur kitorang sempat masuk satu terowong ni dan berteduh. Yang penting kitorang berteduh tu dekat sejam lebih baru ujan reda. Masa tu dah pukul 6 lebih.


Bila nampak hujan dah rintik-rintik sikit tu, kitorang terus pegi stesen Komuter cepat-cepat takut tak sempat nak berbuka nanti. Kepong dah lah jauh nak mampus. Tunggu Komuter memang mencabar aku cakap kau. Dengan orang ramai gila dekat stesen Serdang tu sebab train delay, everbody dah prepare mentally nak push semua orang masuk gerabak. Yes! Bila sampai jek tren, everything went chaos. Aku nyaris-nyaris tak dapat naik. Syukur aku kurus sebab ada sorang abang-la ni tak dapat naik sebab perut dia buncit. Kesian dia.


Dalam tren tu, berhimpit memang kalah time clubbing la. Serious yang ni punya berhimpit memang tak ada ruang kosong langsung badan kau dengan badan orang lain. Aku ended up kena harrased dengan abang-la ni, memang aku rasa nak siku-siku je kepala dia. Boleh pulak dia sedap-sedap peluk-peluk aku masa tengah berimpit tu. Meremang bulu dada aku Munah hishhh kalo setakat nak berpaut kat aku ni aku tak berapa nak kisah sangat sebab aku paham la kan, nak pegang apa lagi time-time sempit macam tu. Ini tak, amboi-amboi, dia siap usap-usap lengan aku lepas tu paling geli dia boleh plak nak feeling-feeling dekatkan muka dia dekat belakang badan aku. Aku memang geli tahap dewa time tu. Aku cepat-cepat menggeliat sambil releasekan tangan dia yang geli-geli tu. Hishh memang geli. Kau bayangkan dari Bandar Tasik Selatan sampai dekat stesen Seputih abang-la geli tu duduk belakang aku. Memang disaster.



Ok, aku ingatkan himpitan tu ends up dekat stesen KL Sentral tapi rupa-rupanya tidak. Sampai Segambut baru boleh hela nafas lega sebab semua abang-la yang ramai-ramai tadi turun kat stesen tu. Kitorang sampai dekat stesen Kepong Sentral masa tu dah pukul 7.45pm macam tu, Eqal pun dah tunggu situ lama gila dengan Hamal duduk dalam kereta. Sedih gila aku, Paan dengan Nitas bukak puasa lambat.

Kitorang terus je gerak pegi makan dekat Murni. Uish tempat ni memang terbaik aku cakap kau! Nasik lemak dia memang banyak gila. Nasik dia banyak gila. Ayam, dia kasik ayam madu quarter. Quarter ok, bukan seketul cuma. Tapi aku tak makan nasik lemak semalam. Aku order Sizzling Beef Steak. Memang terbaik steak dia. Banyak gila daging dia, and dia punya sos pun ok cuma masin sikit jek. Air dia sangat menarik. Aku order drinks yang ala-ala ice blended tu, nama air dia Lily Special. Sangat sedap, banyak perisa, ada rasa tembikai, honey dew, laici, lepas tu dia letak buah laici and chunks of tembikai dalam tu. Serious sedut benda tu masa berbuka memang heavenly. Overall, food dia aku rate dalam 4/5 ar. Lepas selesai makan-makan borak-borak, kitorang pun balik.

Klik sini untuk tengok apa Murni boleh bagi kau untuk siapa-siapa yang gemar melahap LOL

Kiri sekali, tu ar Lily Special *image taken from Murni Discovery

Okla. Aku da penat menaip. Kau bukannya baca sangat pun kan kalau aku tulis pepanjang. Dah la tak de gambar. Aku tak sempat weh nak amek gambar ke apa ke, sebab sangat-sangat chaotic hari semalam, seriously.

5 comments:

H. said...

Being harassed pon dah batal puasa weyh.

Lea IsNaw! said...

wahh..mcm best je mkanan kat Lily ni
ko dh buat aku terliur dh..

_aLiaHwaFa_ said...

wehh aku tau kau bukan kerja kat murni tu, tapi asal air yg tgh tu ada cili pulak :O

mr.syazwan said...

u ada bulu dada???

=_=

aleen aiden said...

ok air die menrik teramat tahu!hu3

Kolam Ikan Encik Eipul