My Tomey-Lotey Followers

Sunday, August 7

Mini reunion, so-called.

Fathin Aina, Wawa, Alan, aku & Farah Harun

& this is the ole-ole Farah Harun kasik sempena dia pegi melancong dekat Korea itu hari. Yippee!!!





Ok. Hari ni dah hari ke-6 kita semua puasa. Tinggal 24 hari lagi untuk berhari raya. Disebabkan dah lama tak jumpa kawan-kawan se-MRSM dulu, aku pun ikut Alan petang tadi untuk jumpa dengan Farah, Fathin, dengan Wawa. Bayangkan sejak abes form 5 dulu, sampai la sekarang ni, dah pun tahun 2011, dekat 6 tahun kot tak jumpa diorang, alhamdulillah dapat jugak jumpa member-member sehingus -leleh time sekolah dulu-dulu.


Banyak jugak cerita yang best untuk didengar dari diorang, Farah dengan Fathin still study Medic, dekat Ireland and Russia respectively. Wawa still practical, and well, aku dengan Alan dah pun keje. Kitorang beborak dari pukul 5.30pm sampai la time berbuka. Galak masing-masing bukak cerita. Haha




Lepas dah berbuka dekat foodcourt The Gardens, kitorang pegi makan dessert dekat Secret Recipe pulak. Aku makan choc cheese berries, and Iced Latte Fathin belanja kitorg semua beb, terbaik!!! Time tengah melantak kek, Alan pegi tumpahkan air dekat seluar aku, memang habis basah kuyup seluar aku thanx Alan so-so much Nasib baik plain water yang tumpah, kalau Iced Latte aku tumpah macam mana tu? Memang bersemut la aku balik rumah jawabnya

Lepas dah abes dekat Secret Recipe, kitorang pun mengangkat bontot masing-masing untuk balik. Ok itu saje laporan mingguan aku kali ni. Ada masa aku merepek lagi lain kali.



p/s perut memulas-mulas sejak balik dari bebuka tadi. Adakah ni petanda awal kehamilan? Bwahahaha

4 comments:

iekah said...

petanda awal kehamilan? bhahaha.
ko saje carik alasan xnk puasa ni :D

Lea IsNaw! said...

wah bestnya si Farah dpt g melancong ke korea tuh

ko mrsm mana dulu?

JohanPrinze said...

OMG! Aku kenal semuaaaa tuuu!! hahaha teringat zaman2 kt mersing tu!! lol

an_Nur said...

mini reU yang meriah. XD

Kolam Ikan Encik Eipul