My Tomey-Lotey Followers

Sunday, September 18

Bandung Escapade pt 3

Day 1
- Sampai saje di Bandung, kitorang naik teksi pergi Hotel Savoy Homan (supposed to meet an Indonesian friend there but kitorang terlewat sikit sampai situ and nak contact dia tapi tak dapat because number dia provide tak cukup 1 nombor *I know it sounds stupid but that is seriously what had happened eventually)
- Because of sangat lost kat situ, kitorang pun start berjalan-jalan dekat belakang area tu untuk carik stores yang ada jual topup (they call topup as pulsa there) sbb nk call some frens from Malaysia to ask some guidance, but along the way kat situ kitorang dapat jumpa satu hotel, harga sangat murah, and syukur we already have tempat berlindung.

Our Hotel for the rest of the days

- Malam tu jejalan dekat BSM (Bandung Supermal) sebab staf hotel cakap tempat tu cantik and dekat dengan hotel kitorang. So, kitorang pegi sana naik angkot (mcm bas dekat sana, cuma sangat kecik dan laju).

- dekat BSM, kitorang tak bawak kamera so gambar masa day 1 memang takde. Kitorang sempat tgk wayang kat sana dan hall wayang dia sangat besar, malaysia punya wayang memang kalah ar. Kitorang tgk cite Tendangan Dari Langit (local movie), tiket wayang dia pun murah jek, rp20k = rm6++

Day 2

- Siangnye shopping tak ingat dunia dekat factory outlets seluruh Bandung, dari jalan Dago, kitorang straight ke area jalan Setia Budi kalau tak silap aku, and Rumah Mode is one of the best factory outlet there, barang banyak and agak berkualiti la. Lepas tu, kitorang terus ke Pasar Baru untuk beli souvenir such as t-shirt bandung, telekung, baju melayu, semua sangat murah. Paling tak best sebab kitorang tak bawak kamera. So, perjalanan hari kedua pun tak dapat dirakam.

- Malamnye kitorang ke BSM semula utk dinner lepas rehat sekejap dekat hotel, and kali ni we decided to bring camera together.

Dalam angkot time nak pergi ke BSM
Dalam BSM. BSM ni taraf Pavi kita kot, sebab tempat ni memang nampak luxurious sikit, plus dia ada theme park macam Genting Highland kat bangunan lagi satu, nama dia Trans Studio. Cantik tempat ni serious!
In front of Trans Studio entrance

Day 3

- Hari Tangkoban Parahu (kawah gunung berapi tak aktif di Bandung)

- Tapi sebab takot tak tau nak buat apa dekat sana lama-lama, so kitorang jalan-jalan balik dekat semua factory outlet untuk amek gambar kenangan. Lepas dah puas berjalan-jalan, dalam pukul 11am kitorang terus gerak ke Tangkoban Parahu.

- dekat sini lah babak duka berlaku sebab ingatkan orang-orang kat Bandung baik-baik belaka, rupanya ada jugak yang amek kesempatan tak agak-agak.

- Mulanya kitorang sampai dekat Tangkoban Parahu, macam biasa la blur sikit sebab first time sampai sana, tiba-tiba mamat indo ni panggil dekat dengan van dia sebab dia nak tolong hantarkan. Tapi dia cakap laju nak mampos kitorang cuma paham naik atas ke puncak dia akan charge rp150k = rm50++ untuk satu kepala. Kitorang ingatkan jauh sangat la tempat tu so ikut saje la.

- Sampai kat puncak, la rupa-rupanya sekangkang kera je tempatnya. Takde lah jauh mana pun puncaknya, cuma dalam 10 minit macam tu, dah sampai dah.

- Kitorang naik atas tu, mamat indo yang pedajal kitorang tu suruh kitorang ikut dia punya 'tourist guide' sebab dia cakap kawah tu besar and takut kitorang sesat, so kitorang pun layan jek ar. Jalan-jalan kat situ, lama-lama kitorang rasa makin tertipu sebab nampak ada van angkot naik atas tu and ada label Tangkoban Parahu. Kalau kitorang naik angkot mesti senang hidup kitorang sebab biasa angkot charge dalam rp5k = rm1++ itu pun charge paling mahal dah tu, dan instead, kitorang telah pun bayar rp150k, yang jauh berganda-ganda mahal nak mampos itu.

- Kitorang pergi 2 kawah aje time tu, malas nak pegi banyak2 tempat sebab takut dia charge mahal-mahal. Fyi, 'tourist guide' dia tu kitorang kena bayar per hour. Sebenarnya korang tak payah ada tourist guide pun tak apa tempat ni sebab korang boleh explore sendiri. Yang ni memang pengajaran ar buat kitorang, supaya after this beware la bila sampai tempat asing.

- Tempat ni best sebab ada lopak air panas and korang boleh rendam-rendam kaki kat situ and lumur lumpur konon dengan harapan kau punya kulit bakal bersih mulus, haha,

- Ok, masa balik ni lagi tak menahan, 'tourist guide' kitorang yang nama Ari tu, bila dah dekat nak sampai tempat parking van buruk dia tu, dia mintak kitorang bayaran, aku dah bajet o maybe kena bayar budak ni dalam rp300k = rm100++ saje sebab kitorang guna dia dalam 3 jam macam tu je tapi tiba-tiba dia charge kitorang per kepala jugak, meaning to say setiap orang kena bayar, and sorang dia charge rp200k = rm60++. Melampau gila tau Ari ni, dah la naik van buruk dia charge dah mahal tadi, lepas tu servis dia yang choy tu pun dia nak charge lebih-lebih. Kitorang pasrah jek ar, nak buat macam mana, kalau tak bayar nanti takut something berlaku plak, sebab tu tempat dia kan.

- Lesson's learned, panjat Tangkoban Parahu tak payah gatal-gatal nak dekat dengan dumbass yang jaga kawasan bawah tu or u will end up sama macam apa yang kitorang alami.

One of the factory outlet yang agak happening dekat Jalan Dago

Gambar dekat Rumah Mode (factory outlet yang harus korang pergi bila ada kat Bandung)
Some of the pictures taken at Tangkoban Parahu, tempat dia sangat nice sebab sejuk and cantik:






Ni la Ari, our 'tourist guide' yang sangat cekik darah, konon-konon sangat baik, last-last bila dia charge kitorang mahal macam sial tu, aku rasa macam nak tumbuk jek budak ni serious!!!
 - Lepas balik dari Tangkoban Parahu, we realized yang duit kitorang dah habis termasuk duit yang kitorang dah reserve siap2 untuk hotel and duit time kat airport nanti.

- Kitorang try kuarkan duit dekat atm tapi tak boleh (lesson's learned, bila pegi melancong, supposed to contact bank to activate your account overseas, so that if anything happened, tak payah nak kelam kabut untuk cari duit kat mana)

- Aku memang sangat cuak time tu sebab aku paling miskin, duit aku tinggal rp50k = rm10++

Day 4

- Sepatutnya day 4 kitorang pergi Jakarta tapi sebabkan duit sudah habis dekat Tangkoban Parahu, kitorang jalan-jalan dekat Bandung saje. 

- Thank God mama Eqal sudi pinjamkan duit kat kitorang, so aku pinjam lagi rp1 juta, separuh dari tu memang cukup untuk bayar hotel and duit airport, and separuh lagi tu dapat la untuk shopping last day di Bandung.

- Untuk last day ni, kitorang ke Jalan Cihampelas, ni kawasan factory outlet untuk jeans-jeans yang tak berapa nak cantik la, aku baca review banyak suruh pergi tempat ni sebab jeans murah, weh, memang la jeans nye murah tapi masalahnye, semua buruk-buruk and obviously low quality and tak de cutting. So, kitorang pun jalan setakat jalan je dekat situ.

-Lepas tu kitorang naik angkot pergi ke Jalan Sukajadi, ada satu kawasan ni nama dia Paris Van Java. Tempat ni memang agak nice la, semua kedai dekat situ jual original things, macam Zara and Topman, but the thing is harga dia lebih kurang kat Malaysia la, takde beza.

- Puas melangot, kitorang pegi pulak naik teksi ke Toko Tiga (a must go place for jeans sebab kat sini semua jenama jeans famous ada dijual dengan harga murah sikit berbanding kat Malaysia) and here I bought a Lee Cooper for myself

- Lepas dah habiskan duit sehabis-habisnya, kitorang pun balik rest sekejap dekat hotel. Malam tu untuk keluar dinner, kitorang ke Matahari Mall untuk jalan-jalan di Bandung for the last time and untuk beli souvenir for Eqal's twin sister.

At Jalan Cihampelas


Kat Cihampelas Walk (nice mall actually)
Toko Tiga

Desert masa dinner dekat gerai tepi jalan, nama benda ni sup buah. Sangat sedap. Dia racik buah-buah macam strawberry, guava, tembikai, nenas, macam2 lagi, lepas tu air tu dia letak air kelapa campur creamer campur madu. Marvelous!!!
Day 5

- Hari untuk balik ke Malaysia. Below are the pictures taken at the Bandung Airport




p/s: Hopefully after this akan ada umur yang panjang untuk melancong ke negara lain pulak. Amin.

1 comment:

aleen aiden said...

hamboi3..jln sakan eyh!

Kolam Ikan Encik Eipul