My Tomey-Lotey Followers

Sunday, October 2

Lawatan sambil belajar ke Alamanda

Aku pergi Alamanda itu hari *padahal semalam yakni Sabtu sebab dah lama gila aku tak pergi sana tengok Parkson, tempat kerja lama aku dulu. Keadaan banyak dah berubah la sebab bos lama aku memang dah pindah tempat lain, kawan-kawan cashier yang dulunya jadik cashier biasa macam aku sekarang da naik pangkat jadik assistant chief cashier, cashier makin sikit sebab ramai dah berenti so diorang pun macam makin sedih sekarang, lepas tu ajak aku kerja situ balik. Buat taik kentut apa aku nak kerja situ balik dah lah jauh sangat sangat Putrajaya tu dari rumah aku. Hahahaha.

Sebenarnya aku pergi Alamanda tu sebab nak jumpa Kak Liza sebab dia nak kasik aku beg free sebab dia memang dah tau aku ni gila sakan terhadap beg lepas tu dia pun reserve satu beg ni untuk aku. Aku pun happy la sebab kat bilik aku ni dah ada dekat 8 beg bersepah-sepah kat dalam ni, aku rasa mungkin satu hari nanti aku nak berjalan-jalan sambil gantung kat leher aku kesemua 8 beg-beg itu, lepas tu berjalan-jalan pergi balik ke Bukit Bintang. For sure aku kena cerca, tak pun paling binatang pun mesti ada orang bisik-bisik kat belakang aku kata aku dah hilang akal alias terencat.

Polo

Cukup mereng tak kalo aku kuar camni?



Lepas bosan borak-borak dengan member Parkson, aku pun pergi UKM jumpa Azpa sebab dah dekat 23 tahun tak jumpa budak sorang ni (hyperbola). Lepas dah bergosip sakan kat sana aku pun ajak Azpa jumpa Alan sebab Alan kata dia free after 4pm. So, dengan gigihnya kitorang pergi ke Bukit Jalil, angkut Alan pastu kitorang ronda-ronda The Mines. Dekat Mines, aku belikan diri aku sendiri sekeping jam sebagai hadiah belated birthday untuk diri aku sendiri since aku punya jam yang aritu aku beli skrin dia da tercabut, kalau aku pakai jam skrin tercabut tu mesti la aku punya confidence level jatuh merudum kan? So, aku pun belilah jam baru. Jenama biasa jek pun, I tak mampu beli Tag Heuer yang mahal ya ampun tu ya, I'm Sorry Goodbye!

Hopefully yang ni tahan sampai setahun la, sampai abes warranty and hopefully last longer lol

2 comments:

ANNUR said...

weh,, pegi ukm takbagitau! kalau tak, ko boleh rembat bag aku satu. aku bagi free ja. haha. *terlambat. wuuuu.

^ Uncle Syaf ^ said...

perghh memang cool giler,
aku beg ni x bape minat, x de koleksi pun..


sebab ko nye banyak sile bagi 1

Kolam Ikan Encik Eipul