My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, November 1

Ber-Bukit Tinggi




Hari tu kitorang pegi Bukit Tinggi, Bentong. Best tempat ni. Rumors had it that this place is kinda cool and windy tapi masalahnye time kitorang pegi tu, panas terik yang amat, bepeluh sakan ada. Camane tu? Siapa mandai set in rumors tempat ni sejuk dan menyegarkan?



Sampai jek kat tempat ni kitorang been mesmerized by the beauty of the carpark. Carpark dia sangat cantik sebab nampak macam istana. Dari jauh lagi best, nampak macam Disneyland castle weh bangunan ni. Gempak abes. Tapi kitorang tak dapat park dekat tempat cozy tu sebab pak guard gese kitorang park dekat tempat muddy before sampai kat carpark cantik tu. So, quite disappointing la kat situ.

mampu bangunan Carpark cantik camni? Haha

Masuk kat Colmar Square, tempat ni sangat cantik ala-ala France. Tapi semasuknya kami kat situ, hujan start turun. Sentap. Tadi panas berpeluh, 10 minit lepas tu terus ujan menitik. Agak sedih sikit la sebab gambar tak cantik sangat dah masa masuk kat Colmar Square. Hahahaha.
Dalam ni tak ada apa-apa sangat untuk kami yang berbudget limited. Kalo kitorang kaya sedikit lebih, mungkin boleh minum kopi sambil, sebab dalam tu macam-macam amenities ada. Cafe dia bagaikan di France, so kalo dapat minum-minum kopi o kat situ alangkah bertuahnya tapi apakan daya. Jadi, kesimpulannya Colmar Square tempat amek gambar saje fullstop







Lepas tu, dan sebelum lepas tu, aku lupa bagitau yang tiket masuk tempat ni RM12 sahaja untuk seorang adult. So, lepas Colmar Square, kitorang pegi kat Japanese Village yang tak berapa Japanese tu. Boleh aje nak sewa kimono dan join upacara minum teh diorang tapi semua tu berbayar dan again, we can't afford the bill, so, tengok dari jauh sudah! Hahaha




Ok. So itulah dia sedikit sebanyak pasal Japanese Village. Lepas kitorang da tawaf abes tempat tu, kitorang pun decide nak pegi ke Rabbit Park. On the way nak ke pit stop tempat tunggu caravan, ujan menitik-nitik lebat. So, kitorang berteduh sekejap dekat bawah pohon bamboo. Awal-awal memang tak basah langsung. Lama-lama hujan makin lebat, lepas tu air terus penetrate masuk dan kitorang pun basah menggigil-gigil kat bawah tu sambil makan kacang. *nasib baik Usop bawak kacang, so dapat ar kitorang menggigit daripada terus basah dan bosan tak buat apa untuk tunggu ujan berenti. Btw aku kena gigit pacat lepas kitorang blah dari kawasan bamboo ni. Gelabah kot nak cabut pacat tu sebab geli geleman. LOL




So, Rabbit Park pun dapat kitorang pegi lepas berhempas pulas berlari turun untuk dapat seat dalam caravan sempit tu. Puas hati sebab dapat peluk arnab-arnab gemok. Tiket masuk ke Animal World ni adalah RM3. Worth-ed! =D



 Besides arnab, donkey pun ada. Donkey belah kanan ni nampak macam putih bercahaya. Kalau tambah tanduk mesti nampak macam unicorn kan? Hihi







Itu sahajalah kisah lawatan ke Bukit Tinggi. Best jugak melancong dalam Malaysia. Rupa-rupanya banyak jugak tempat menarik kat Malaysia ni sedar tak sedar ye tak?



Balik tu kitorang singgah Kampung Baru makan dekat kedai nama aku tak berapa ingat. Aku makan besar dekat sini since tak sempat lunch dekat atas sana. Kuey teow goreng + kerang bakar [Hamal belanja] + mangga pulut + oblong.


p/s: overall verdict- percutian yang budget tetapi penuh pengisian. Mampu?


No comments:

Kolam Ikan Encik Eipul