My Tomey-Lotey Followers

Monday, January 31

Makan sakan, cirit pun sakan

Green apple shake

Terung balado

Ayam penyet
Telur, tempe, ngan tahu - yang ni Apiz punya


So, benda-benda ni semua lah yang bertanggungjawab terhadap aku sampai pagi tadi tercirit-cirit, terima kasih Restoran Ayam Penyet, sebab ko aku sakit perut. Sambal ko tak beragak kan, pedas nak mampos ok, tapi yang herannya aku makan jugak sambal tu sampai abes. Pedas, tapi sedap!!! Aku sarankan kalo korang ada sembelit, makan ar kat sini, mintak sambal extra, aku gerenti korang akan alami kelegaan optimum, takpayah nak beli FaberMax apa jadah entah yang iklan dalam radio tu, aku dengar iklan tu pun dah rasa nak sembelit tetiba, huhu

Saturday, January 29

Malaysia-IT-Fair is WASTING-ish siyesly

Tadi aku pegi Midvalley konon-kononnya berkobar nak beli pendrive 4gb RM10, tapi sampai jek kat exhibition center tu, ramai gila manusia tengah beratur tunggu turn dan sampai kat kitorang, host tu cakap stok pendrive da abes, hmmmphh, korang nampak tak betapa sia-sianya effort aku beratur bukan main lama tadi? Kalau kau dah tau orang ramai nak mampos, asal ko sediakan 200 unit je? Prepare lah 20'000 unit, biar semua oran boleh borong sorang 20 unit, pastu boleh setup bisnes sendiri jual pendrive hah kan berbaloi-baloi, ye ke tidak? Tapi aku agak bersyukur lah aku tak beli binatang tu sebab tadi aku bukak page fb Malaysia-IT-Fair, ada komen kurang membina pasal customer yang beli pendrive 4gb RM10 tu, dia kata benda tu defective, dengar defective pun aku dah serun, jap aku print screen komen mamat ni:

Klik gambar untuk baca dengan jelas

So, cane? Apa pendapat korang? Ke dia sorang jek yang dapat pendrive rosak? Sebab dia sorang je yang komen mende tu defective. Aku pun tatau lah nak pecaya ke tidak, tapi yang penting aku takkan pegi lagi tempat tu, ya ampun, ko nak bejalan pun macam orang cacat sebab tepaksa contur kan bahu ko macam kanta cembung ke depan, supaya bahu ko tak berlaga dengan manusia harum yang bertempel-tempel di sebelah kiri depan kanan dan belakang, omaigod, nightmare serious!!!

Lepas lunch dekat McD tingkat bawah yang oh sama crowded dengan manusia macam kat atas, *aku pun heran kenapa ramai sangat yang tepedaya pegi IT Fair ni, ya ALLAH membazir sangat ok, Apiz kata dia dah tak mampu lagi nak harung Midvalley hell itu, kalo nak shopping pun better pegi Times Square dia kata, dan sebab dia yang bawak kereta, aku pun setuju saja, so kitorang pun blah la pegi Times Square, aku beli jeans ngan boxer, pastu jalan-jalan, pastu makan kat BreadSoup ke apa tah nama dia, ya ALLAH, ni lagi satu hal benda tak best hari ni, soup dia sedap, tapi roti dia out, roti mangkuk ni memang tak selera aku nak makan, nak aje aku order roti gardenia taknak makan roti ni lagi dah, rasa dia macam kapas ok, tapi sebab harga dia RM7.90, aku makan jugak sampai abes walaupun rasa nak muntah, huhu


Ekspresi excited sebelum makan roti mangkuk

Nampak macam sedap tapi...

Ahha, aku nye abes tapi Apiz ngan Wani nye tak abes, rugi gila lah duit kita semua kan kan kan??

So, kesimpulannya, hari aku pada hari ini memang wasted abes lah. Korang plak cane? Happy?

Thursday, January 27

Kesian dia, kesian kat aku gak


klik sini untuk link video

Aku tak reti nak letak video youtube dalam blog ni, kalo korang nak tengok video 'Man abusing his dog-EXTREME!' korang klik ar link kat atas. Kesian anjing tu, kena baling, kena sepak, kena tampar, dahlah comel, kejam gila laki tu. *anjing tu dah macam teddy bear, geram aku tengok, rasa nak picit-picit jek buat bantal peluk time tido

Dalam aku kesian kat anjing tu, aku terpaksa kesian kan diri aku gak sebab aku left behind agak jauh dalam proses menyiapkan FYP (Final Year Project). Kawan aku yang lain semua macam in progress 40% ke apa entah, aku langsung tak gerak-gerak lagi dari proposal tu, which means aku nye effort still dalam 10%, haha, hebat tak aku? So, aku nak pegi lab esok, tapi masalahnya kalau aku nak pegi lab, aku kena tahu apa yang aku kena buat, tapi masalahnya method semua aku tak berapa nak dalami lagi, plus aku tak berapa nak mesra alam sangat dengan lab assistant kat situ untuk aku mintak tunjuk ajar bagai, so cane ni? Esok nak tak nak aku kena jugak beranikan diri pegi lab tanya semua materials equipment semua ada ke tak, bila boleh buat lab, adoi banyak betul keje aku la haiii, nyesal procrastinate selama ni, hahaha

Pastu apa lagi aku nak cerita, umm, oooh, aku ada jumpa gambar aku pegi Jamboree MRSM Se-Malaysia time 2001 dulu, memang kenangan siot pegi jamboree tu, ngan Nene semua, best gila kot, sampai sekarang teringat, Malam Kebudayaan dapat number 1, pastu pertandingan kawad kaki dapat number 2, time tu memang kembang kuncup buntut masing-masing sebab kira dah cukup hebat lah kau kan time tu, dahlah peringkat kebangsaan, pastu dari semua MRSM yang bertanding, kitorang antara yang terbaik, pastu time assembly ayahanda Ejam asyik memuji team Scout hebat segala bagai, mana tak kembang pungkoq cek

Syafiq, Nene, aku (time ni tgh cuak sebab nak perform Dikir Barat time Malam Kebudayaan)

Kemarin plak aku gi downtown Cheras dengan Nene, aku ada jumpa beberapa kedai yang jual jersi Malaysia tapi mahal sangat la pulak, so aku tak jadik nak beli lagi. Tunggu nak pegi uptown S. Alam baru aku beli kot jersi tu, sebab kat sana ada satu kedai ni jual murah sikit, aku dah penah tanya aritu. Disebabkan aku pegi downtown tu, aku tak pegi kelas esok paginya yang pukul 8.00am tu, beserta kelas pukul 10.00am, memang tahniah ye Eipul, indah berseri hidup kau kan?
Semalam plak aku baru abeskan RM17 semata-mata untuk satu mangkuk jeluk ice cream yoghurt Tutti Fruti (which weighed just 350g). Antara ice cream paling mahal pernah aku beli, dan aku takkan beli lagi insyaALLAH.

So kesimpulannya, aku semacam ingin nak beli teddy bear yang bebulu curl macam anjing dalam video tu, nak buat peluk time tido. Sekian.

Friday, January 21

Aku tengok cerita My Ex Haunted Lover tadi



Image taken from Google

Aku baru tengok cerita ni tadi dan apa yang aku boleh cakap, berbaloi jugak lah RM7 aku. Cerita ni kalau aku nak cakap seram boleh tahan jugaklah, banyak jugaklah scene seram dia, ada 3 4 kali jugak aku terkejut terencat bagai, dan hantu dia sangat-sangat lah convincing dan seram, tak macam Khurafat tu, konon kompang pom pam kata cerita seram gila sampai nak terkencing-kencing ketakutan time tengok cerita tu, alih-alih aku pegi tengok aritu harrrrrrraaaaaaaaaaaammmmm aku terkejut sikit pun tidak ok. So, movie ni aku boleh lah rate dalam 3.5/5.

Tengok tajuk pun dah tau, cerita ni pasal bekas kekasih dia tukar jadik antu lepas bunuh diri lepas tu pegi merayap sana-sini kacau dia dengan awek dia, pastu adalah sedikit twist dari segi plot penceritaan, yang penting idea cerita dia memang gempak lah, cuma yang kureng sikit hantu tak banyak sangat keluar, so cerita dia agak lembab at first. Tu je lah yang aku boleh rumuskan pasal cerita ni.

And before that, kitorang mamam kat Loyat, aku makan chicken chop lagi dan kali ni murah siap dapat 2 ayam lagi, lebih kurang RM10 saje. Best best best!!! Pastu masuk kedai Apple main Ipad, Iphone 4, semua benda lah kat situ kitorang main, yang paling best Ipad ar of course! Best giler Ipad nak satu huahuahua, tunggu aku kerja ar lepas tu baru boleh beli *harap-harap time tu Ipad dah murah, keke





Fullhouse experience

Mango milkshake - RM7.90

Grilled chicken chop - RM16.90




Dahlah makan kat sini mahal, tak kenyang pulak tu! Haha, takpe lah sekurang-kurangnya kalau orang tanya 'ko penah makan kat Fullhouse tak?' senang lah aku jawab dah, tak best pun sebenarnya, tapi kalau ko taktau nak bazirkan duit kat mana, ha ni lah tempat yang paling ok, lagi-lagi kalau ko order lamb shank yang harga dekat RM30 tu, memang ko rasa nak order 3 4 pinggan lagi benda sama kan? Haha

Tak cukup duit dah bazir kat sini, dinner kitorang bantai balun buffet kat Redbox, hah, tak macam dekat RM60 pulak habis kat tempat karoke, kaya lah karoke, kayap lah kitorang. Haha, ok ok aku repent skarang.

Saturday, January 15

Hazel eyes

Ekspresi mamat yang baru first time pakai lens

20 minit untuk mata kiri, 20 minit untuk mata kanan, itulah pengorbanan *pengorbanan tahi kamu yang aku terpaksa lakukan semata-mata untuk dapatkan eye-sight yang aku idam-idamkan, bwahaha ayat tak boleh nak lagi romantik kan?

Aku mula-mula dah nak give-up pakai lens ni time mata kiri lagi sebab lens tu jatuh kat lantai, aku tak jumpa langsung penat aku carik sana-sini mana lens tu jatuh, tapi sebab fikir aku beli benda ni mahal so aku seboleh daya carik balik sampai jumpa, thank God berjaya dan lepas tu terus jolok-jolok mata sendiri sampai akhirnya melekat jugak mende ni dekat bijik mata aku pheww!!!

Lepas tu nak cerita kat korang tadi aku last kerja dekat Parkson, lepas ni harapan lah kau nak dengar aku bebel pasal penat kerja lah, bengang ngan customer sial mana lah, semua tu dah berakhir yeayea, so lepas ni aku dah takde side income serious shit, which means I have to be extra careful when spending sebab duit makin hari makin menyikit, haha
[lupa nak cerita tadi time kerja Lah V.E datang bayar kat kaunter, starstruck kejap *kejap je]

Ok, and on the contrary, I really misses you, really really am. You who knows nothing.

Monday, January 10

Broga Hill: Part 2

Kali ni kitorang datang untuk tengok sunrise pulak, tapi tak sempat nak tgk sunrise sebab naik pun dah dekat pukul 6.30am. Mula-mula Alwa ngan Sharel loya-loya nak muntah dan tak larat nak naik sampai puncak tapi lepas da rehat agak lama, diorang berjaya overcome semua tu, dan kitorang selamat sampai peak of the hill, which is ultimately breath taking, tapi sebab dah 2 kali sampai aku macam tak feeling-feeling sangat pun huhu

Yeah, 2nd stage baby!

Sharel ngan Alwa tengah dizzy dan regain strength

Kitorang slide kat rumput ni dan pengalaman yang sangat seronot! Habis seluar masing-masing koyak, haha






puncak Broga, best!!!

Lepas dah berjaya turun dan berpeluh-peluh tak hengat, kitorang gerak pegi Sg. Chongkak untuk mandi-manda, which is sangat-sangat-sangat cool and relax and tenang, hilang segala ketegangan sendi masa kat Broga tadi, hehe




Lepas dah buas berendam, next ialah lunch di Nando's Mines, sangat lah puas makan ayam letak sos Extra hot, cedap nak lagi!!!





Balik je dari Mines kitorang terus tido bom bom penat gila, bangun jek dah pukul 8.30pm, aku terus lari pegi bilik tv, juara lagu kot malam ni! haha

**So, tahniah Ana Raffali, lagu tu memang sedap tapi agak kecewa Black tak menang apa-apa, suara Black macam sial sedap gila time dia tarik lama gila tu huhu, meremang segala bulu wa

Saturday, January 8

Bercanda ria di malam minggu

Lepas dinner dekat Sup Utara *kalau tak silap aku nama dia Sup Utara yang tak berapa kenyang tu, kitorang decide nak makan desert dekat ICEROOM. ICEROOM sangat cozy, dan comel sebab penuh dengan warna hijau and putih *tapi waiter dia langsung tak comel sebab semuanya bangla buncit Aku ingat nak makan something macam pasta ke, tapi malangnya pasta dia harga tak macam mahal pulak, padahal pasta biasa je tapi harga nak dekat RM10. Jadik, aku terpaksa amek Mango Pomelo Snow Ice sebab nampak macam lazat dan meyakinkan. Tapi biasalah, gambar je yang nampak enak, dia punya outcome cam haram juga.

Cantik kan gambar aiskrim dia, jap gi ko tengok apa yang aku dapat



Todia, mangga entah dia potong sampai 1cm padu ke apa, pastu sprinkle ngan choc rice, aiyo tak exclusive macam dalam gambar pun wekk

Yang ni Durian Tempura, Apiz ngan Alwa order, dalam dia durian betul kalau tak silap aku

Pastu sebab mood bercanda ria still on, kitorang pun pegi South City Plaza nak main boling, tapi kena tunggu pak cik mak cik habis main untuk tournament jadah apa tah, dekat 40 minit tunggu turn, pastu yang aku berasap tu mak cik ni siap boleh datang kaunter dekat 3 4 kali mintak new game *amboi mak cik, abis tu sampai bila kitorang nak tunggu sini tengok punggung korang bergolek-golek membaling bola, ha?

Thank God ada pak cik yang nampak semput, so dia macam dah taknak main lagi, so kitorang pun dapat 2 lane, main 2 game, hihi

Result:
Aku nombor 2 time first game
Second game aku seri ngan Sharel nombor 4
*tak bleh blah sama markah kan?



Friday, January 7

Kek berdiskaun

Apple pie RM1.50 (normal RM2.50)

Suji Cake RM1.50 (Normal RM3.00)

Choc Brownies RM1.20 (Normal RM2.50)

Kalau tadek diskaun memang aku tak beli. Haha
Bye bye, nak makan jap

Thursday, January 6

Pasta

Sejak tengok drama korea; Pasta, aku terus diselubungi rasa lapar. Kan best kalo nene tak balik arini? Bleh main masak-masak burger macam semalam. Huhu. Semalam kitorang beli patty burger Ramli *aku tak sure eja dia Ramli ke Ramly ek? pastu beli cheese, pastu beli roti, sos cili, telur, semua lah, dan tak sampai RM20 pun semua tu. Ironinya, cuba ko spend RM20 kat McD, berapa bijik burger ko bleh dapat? Paling banyak pun 2 betul tak? Jangan jeles sebab kitorang boleh dapat 6 bijik cheese burger semalam dengan budget hanya RM17! Kalau ko beli cheese burger yang kat tepi jalan tu pun kena spend at least RM21 *selalunya cheese burger harga dia RM3.50 sebijik kan? untuk dapat 6 bijik burger. Kesimpulannya, paling jimat kalau ko yang gigih masak sendiri, tak payah bazir duit beli benda mahal kalau kau boleh dapatkan benda yang best dengan harga yang lebih rendah dan reasonable.

**gua bersyarah pasal jimat-jimat ni sebab duit gua da kering disebabkan shopping spree haritu. Nak tak nak gua kena tunggu gaji bulan 1 ar, dan kalau miracle happen, gua mungkin dapat additional RM300 sebab elaun tempat gua praktikal still tak dapat-dapat lagi sampai sekarang since bulan 6 tahun lepas. Doakan ye!

Sunday, January 2

Bagaimana aku celebrate tahun baru?

Secara tuntasnya celebration tahun baru aku kali ni agak hambar dan kurang menarik sebab aku tak join party Going Gaga kat Pavilion mahupun tengok bunga api kat KLCC sambil tengok budak remaja comolot-comolot sampai mulut masing-masing bengkak. Kitorang takde plan apa-apa semalam so ad-hoc plan yang aku suggest adalah pergi tengok firework kat Putrajaya so sambil tengok bunga api, sambil tu jugak kitorang boleh lepak-lepak kat depan Palace of Justice tu ke, ataupun lepak kat depan Pejabat Perdana Menteri tu, tapi masalahnya kitorang gerak sana lambat gila, sampai kat simpang nak masuk Putrajaya tu firework da start boom boom boom even brighter than the moon moon moon, so harapan la nak tengok bunga api dengan tenang, pastu ingat nak lepak kat bangunan kerajaan tu, tapi tak bleh masuk sebab polis da block jalan. Last-last kitorang pegi Uptown Shah Alam dan aku terbeli jersi Barcelona. Aku ingat nak beli jersi Malaysia tapi malangnya dah habis stok



First time aku beli jersi, unbelievable! Bleh pakai time tengok bola kat Maulana nanti!!! bwahahaha


Baju Messi lagi cantik sebab dia punya original *Image taken from Google*

Sebelum malam celebration ni, aku dah keluar dengan Emy dan shopping dekat KLCC pastu end up berjalan kaki ke Pavilion dan rupa-rupanya KLCC dengan Pavi adalah sangat-sangat-sangat dekat! Kitorang jalan-jalan dekat Cotton On, Padini, masuk Marc Jacobs dan hanya mampu gelak-gelak tengok harga jaket nipis dan buruk tu harga dia RM1050 *tahniah Marc Jacobs! Harga yang sangat affordable ya, pastu pegi Zara, dah penat semua kitorang pun balik. Oh before that, aku jumpa Ryzal pelakon hotel Mania tu kat Pull and Bear di Pavilion, pergh tinggi gila mamat tu!

Ryzal: Kanan sekali *sorry Anding, saya copy gambar fb kamu*

Penat jalan so duduk relax jap kat sini

Cantik kan deko Pavi? Macam istana kayangan kahkahkah

Kasut ni aku beli kat Zara KLCC, harga asal RM198 kalau tak silap aku

This is what I love the most now; Cotton On harga asal RM109

Seed; Harga asal RM109 gak

Disebabkan mood celebration still on, semalam aku join Eqal, Hamal, ngan Haris karoke dekat Red Box Plus Pavilion. Indah khabar dari rupa ya, sebab sebelum ni aku dengar karoke kat Pavilion sangat exclusive dan biliknya sangat gah ke apa ntah, tapi end up kitorang dapat bilik sempit yarabbi, nak bergelek-gelek pun tak puas. Nasib baik buffet high tea dia not bad, semua ada, kuey tiaw, nasik, ayam ikan salmon semua ada lah. Tau-tau je semalam aku terbeli baju t-shirt Esprit kat Times Square sebab nak tolong Eqal beli beg kat situ dengan harga yang murah sikit *asal tetiba aku cerita pasal Times Square plak ni?

Untuk mengelakkan korang pening, aku letak rentetan peristiwa yang berlaku:

1) Jalan-jalan dengan Emy shopping dekat KLCC and Pavilion
2) Celebrate New Year dengan coursemate dekat Uptown Shah Alam, pastu borak-borak gelak-gelak kat McD sana
3) Join Eqal and the gang jalan-jalan kat Times Square, pastu karoke dekat Pavilion, pastu pegi UNIQLO, pastu Zara, pastu balik

Esprit; Harga asal RM49.90

Kesimpulannya, duit gaji aku kali ni habis sehabis habisnya dekat shopping sahaja tapi bagi aku worth it sebab aku beli barang-barang yang ada sale yang macam 50% 60% macam tu, cuma yang Esprit tu je 20% sebab baju tu new release. Lupakan pasal shopping sebab aku bakal menangisi duit aku yang mengalir deras keluar macam air Sungai Gabai, so aku nak ucapkan Happy New Year kat korang semua dan semoga tahun 2011 ni akan memberi kejayaan pada kita semua, amin!

Kolam Ikan Encik Eipul