My Tomey-Lotey Followers

Sunday, February 27

Cinta tidak mengenal usia T___T

Aku simpati dengan nasib peliharaan aku sebab dia terpaksa kawen dengan si tua kutuk Otokitchi ni, mintak maap sangat-sangat weh, aku nak sangat kawenkan kau dengan gadis-gadis muda yang lain tapi kau macam terlalu comel untuk diorang, dan diorang pulak macam tak suka kau sangat sebab kau terlalu brutal siap pakai subang 3 ketul kat telinga, gadis mana pulak yang nak setuju kawen dengan kau kan? Aku dah suruh kau tanggalkan subang tu, pakai kopiah ke baru gadis-gadis suka kau, kan sekarang trend gadis-gadis suka kat pak-pak ustad, kau mesti tak tengok Nur Kasih kan? Sedih la kau ni! So, nak tak nak kau telah dijodohkan dengan andartu muka kedut ni, hopefully dia boleh mengandung lagi sebab aku tengok muka dia macam dah menopause, aku taknak generasi Shimashimatchi aku berakhir kat kau Kuromametchi, kan aku dah berazam nak bela korang sampai generasi ke-8, kau jangan buat-buat lupa pulak. Jadi, aku dengan penuh harapan nak tengok si andartu ni bunting esok, aku tak kira, korang kena berusaha jugak ye, walaubagaimanapun, aku harap anak korang nanti tak menghidap Down Syndrome, sebab risiko beb bini berusia ni, oklah esok, baby mesti ada, tak kira!


Korang nampak tak si tua tu kat dalam rumah ni?
Huahua kesiannya Kuromametchi aku

Dan semalam jugak aku pegi swimming pool kat Putrajaya ngan Apiz, best swimming pool kat situ sebab selesa gila, pastu spacious pastu biru macam laut pastu kemudahan dia memang lengkap pastu nak masuk bayar RM2 pastu tak bleh pakai baju kena pakai tight jek pastu tengah-tengah mandi tetiba ujan so kitorang pun balik pastu aku dah boleh bukak mata dalam air weh sebelum ni aku tak berani nak bukak mata dalam air tapi semalam entah macam mana entah aku terbukak mata dalam air pastu terus seronok sebab macam satu pencapaian yang sangat cemerlang, bagi aku lah pencapaian yang sangat cemerlang dalam industri air. Pfffttt

Saturday, February 26

Wayang lagi: Drive Angry


Curik sekejap dari Google image, huhu



Kau da tengok Drive Angry? Tak, aku tak sanggup nak tengok yang 3D sebab macam membazir sangat tu, aku tgk yang normal je. Cerita ni sangat explicit, kalau kau suka tengok orang bogel, pastu kena tembak kepala meletup darah menyembur-nyembur, pastu dah puas bunuh orang dia pegi jalan-jalan naik kereta cantik gila pastu pegi letupkan kereta cantik tu lepas tu pegi kejar orang yang puja setan, ha ni lah cerita yang paling kau idam-idamkan serius usus aku tak tipu kau Munah.

Dah, aku tak larat nak explain jalan cerita dia sebab kau kan boleh google sendiri cari sinopsis cerita kan kan kan? Yang penting bagi aku cerita ni aku bleh rate 3/5 je, sebab jalan cerita macam agak merepek, pastu yang aku pelik si heroin yang hot nak mampos ni boleh pulak fall in love ngan Nicholas Cage yang dah tua melendut tu, hish tak paham betul aku mata dia letak kat mana entah!

Sebelum tengok movie, macam biasa kitorang karoke dulu, yes kalau kau nak rejam aku guna bantal aku relakan, ya aku tahu aku bukan budak baik, lepas semayang Jumaat terus pegi melalak membazir masa, tapi nak buat macammana dah hobi aku kot, memasing ada hobi kan kan kan? Dah dah kau jangan nak condemn hobi aku, aku tau aku tak macam kau suka kumpul setem, main layang-layang bagai,

Oklah, aku nak sambung buat FYP ni, ha sebut pasal FYP aku tensen betul semalam sebab aku tak dapat nak guna lab arini sebab aku baru tau kalau nak guna lab arini kena buat surat and kena ada sign approval dari Ketua Jabatan dengan Penasihat Akademik, adoi terpaksa la aku postpone sampai minggu depan lagi untuk siapkan lab, hish kacau betul lah semua ni, huahua takoooottt sebab seminar lagi 4 minggu, apa aku nak bentang nanti kalo banyak lagi yang tak siap ni? Doakan aku jadi budak rajin untuk bulan-bulan mendatang ni ea

Sunday, February 20

Projek Mega Mentega 101

Nama dia Ray Stinger, adoi tak bleh blah la nama kau!!!

Isi dalam dia sebelum dijahanamkan oleh aku

ok dah separuh jahanam yabedabedu

berjaya gak aku pasang binatang ini, pheww

ok dah ready, ada sesapa beran??!! Jom ar battle ngan RAY STINGER gua, kahkah

Benda ni gua jumpa kat car boot sale MAEPS, kenangan kot binatang ni, dulu time kecik-kecik mintak ayah gua beli, pastu pas kat along suruh pasang sebab dulu kecik lagi tak tau nak pasang camne, sekarang dah bleh pasang sendiri sebab gua da besar beb, hehehe, esok tinggal nak beli bateri AA kita kasik drift benda ni keliling blok, kehkehkeh

Monday, February 14

Dewasa dah budak kecik ni

Berikutan ramai sangat yang kawen sejak akhir-akhir ni, aku pun turut serta jugaklah nak buat camne dah sampai seru orang kata kan, tapi bukan turut serta kawen, tapi turut serta kawenkan binatang peliharaan aku ngan jodoh dia yang paling sesuai hendaknya, taniah Muncet, ko dapat kawen dengan binatang berbunga macam tu, ko memang bertuah, ko dah lah buncet, pastu dapat awek lawa, tak sampai sesaat pun, korang terus kawen kan? Korang memang gelojoh tau! Aku harap anak ko yang bakal lahir nanti tak warisi recessive gene ko tu (pendek, buncit, berbelang-belang). Yang aku paling nak menangis ni, kau lepas dah siap kawen terus mintak nak tido kan? Memang sah ko gatal yarabbi tau, aiyo memang dasar binatang! So, esok aku expect something lah keluar dari korang ye, I mean baby comel, kalo takde siap ko aku tumbuk-tumbuk perut ko sampai pecah. Hahahaha

*Good luck my Shimashimatchi dan Violetchi, semoga korang kekal sehingga ke akhirnya chihihi

Tuesday, February 8

Estreno de Burlesque


Tiket dah koyak dikerjakan si budak TGV Sunway


Ok, korang kalau nak jealous sila-silakanlah sebab aku memang dah expect dah korang bakal jealous, so takpelah, jangan tak jealous ye kawan-kawan *gurau je ok, kang ramai-ramai datang rumah aku simbah cat merah kang siapa nak jawab, pengsan mak aku kang penat dia cat rumah lawa-lawa chihihi* sebab aku semalam dapat tonton tayangan premiere free Burlesque dekat Sunway Piramid!!! Omg omg saya sangat-sangat eksaited ni awak tau tak? chihihi,


Benda ni dekat oversea dah tayang lama dah, bulan 11 taun lepas lagi tapi nak sampai kat Malaysia ni ya ampun sikit punya lambat kenapa entah aku pun tak tau. Kawan aku Eqal menang contest dekat cinema online so that is pretty much the story la kenapa aku dapat tiket free, hehe so thanx so much lah kat kawan aku tu sebab ajak aku tengok cite ni,




Aku taktau kenapa aku rasa cerita ni sangat best, maybe sebab akak Aguilera dengan mak cik Cher ada berlakon kot sebab tu macam best sebab banyak nyanyi dengan menari, ok aku tau macam lame sebab korang mesti dah terbayang pilem industan kan bila aku mention nyanyi dengan menari kan kan? Kepala awak! Awak janganla samakan dengan industan geli tu, yang tu nyanyi dia macam geli-gelimat sebab tau-tau je si Amitabh Bacan dah ada dekat bukit mana entah lepastu menari tergolek-golek turun bukit pastu tukar-tukar baju sampai 5 6 pasang lepas tu si Kajol yang buncit tu tetiba saje pakai sari nampak lemak lipat-lipat macam perut kerbau bergelek-gelek sakan dalam ujan, yuckks geli i tau!

Burlesque ni nyanyi-nyanyi jugak tapi dalam kelab eksklusif lah, pastu menari yang havoc-havoc punya, seksi tak boleh nak cerita lah ya ampun i tutup mata terus tapi intai-intai jugak through celahan jari, hahaha, pastu sangat feeling sebab dengar suara akak Aguilera nyanyi ya Tuhan meremang aku punya bebulu siriyes tau, suara dia memang best tapi op kos la bukan live, tadek maknanya dia nyanyi live sedap macam tu, kalau ko tak percaya ko tengok je kat youtube, dia nyanyi live semput-semput macam ada lelah kesian aku tengok tau, pastu jalan cerita dia macam okla, tipikal story line,

Ali (jangan gatal-gatal sebut nama dia dalam BM ye, sebab Ali = Elly, bukan abang Ali ye) ialah gadis kampung yang tak larat lagi nak hidup melarat dekat kampung so dia pegi la berhijrah ke kota metropolitan Los Angeles, pastu terjumpa kelab Burlesque pastu dia masuk kelab tu lepas tu tiba-tiba dia melalak-lalak menari-nari dalam tu lepas tu dia terus femes. Ok itu jela cerita dia dah ko nak tau apa lagi? Kalo aku cerita semua nanti ko nak tengok apa kat wayang? Haha,





So nasihat aku kalo ko tak berapa nak suka orang nyanyi-nyanyi dibawak masuk dalam wayang better ko jangan tengok cerita ni sebab nanti mesti ko buat review cakap pilem ni tak best, padahal best jek bagi aku, hahaha, oklah aku dah penat meraban, hey hey kerja aku tak siap lagi ni Munah, ok lah babai

Sunday, February 6

Mamet-chichi-hihi

Comel tak comel tak? Chihihi


Ok, first of all, aku tamo korang mengumpat aku belakang2 cakap aku macam bebudak sebab nampak aku beli Tamagotchi. The truth is, aku anggap ni sebagai investment. Sebab apa? Sebab benda ni makin lama nilai dia makin tinggi sebab dia macam dah pupus sikit sekarang ni. Ko tau kat mana aku beli mende ni? Dekat Midvalley ok! Jauh tau dari tempat aku. Tempat lain dah takde dah. Susah payah aku naik moto broom broom pegi Midvalley semata-mata nak beli benda ni. Aku boleh je susah payah naik komuter pergi sana tapi aku terbayang betapa sardinnya komuter yang lembab tu, aku terus kompol semangat naik moto je pegi sana. Aku nak carik kat Mines ngan Alamanda pun takkan dapat punya sebab dia letak kat Toys'R'Us yang terpilih je. Pastu aku try carik kat Mudah.my dengan Lelong.com.my tapi jumpa pun yang bukan versi ni, versi lain yang nampak macam tak best. So, aku beli yang Mametchi, sebab Memetchi tu gurlish sangat, dan yang sekor lagi tu macam badak, aku tak suka sangat benda2 yang resemble badak ni, entah sebab apa aku pun tak tau, haha. So, skang dia dah 1 tahun, aku masih rindu dia time baby sebab dia sangat comel. Boleh? Pastu dia kata boleh shopping barang-barang through online tapi tadi aku bukak webpage dia loading tak abis2. Aku fedap aku terus tutup. Haha. Oh lupa nak bagitau, time aku beli benda ni, Toys'R'Us kasik RM15 off sempena Chinese New Year. So aku macam sangat2 happy la sebab dapat harga less. Aku memang suka kalau bab2 less harga ke, diskaun ke, memang suka sangat2, siapa plak yang tak suka kan? keke. So, aku berazam aku akan bela Mametchy ni sampai 8 keturunan, ha gempak tak? Aku boleh suruh dia kawen sampai dia beranak-pinak ke 8 keturunan. Digimon pun takley wat cenggini kan? Oh btw, aku sebenarnya nak carik Digimon tapi masalahnya Digimon sekarang memang dah dekat nak pupus dah kat Malaysia ni. Aritu aku jumpa pun kat ebay. Harga toksah cakap ar, dekat RM200. Bayangkan dulu-dulu time hingus hijau kita meleleh-leleh benda tu bleh beli dalam RM30 macam tu je kan? Ha sekarang amek ko, dah RM200 siapa nak beli? Better aku beli jaket Zara kalo RM200. So, kesimpulannya, aku sangat happy sekarang sebab aku ada belaan yang comel, tak payah nak susah payah bela hamster ke kucing ke, at least kalo Mametchi berak takde lah sampai aku terseksa nak bersihkan taik dia macam aku terseksa bersihkan taik kucing, betul tak?

Thursday, February 3

The Best Header For Apezs

Ni header terkini Apezs

Lama gak aku pikir konsep header terbaik untuk Apezs ni dan ini jelah yang termampu aku buat, hehe, hopefully brader Apesz terhibur

*Sebenarnya header ni transparent, tadek background putih tu

Sebab apa aku letak sayap tu? Sebab tema blog dia sayap halusinasi, so aku pun macam direct translate je ke dalam bentuk imej, jadiklah tema dia brader Apezs mempunyai sayap purple yang kalo dalam dunia nyata dia memang ada sayap, aku akan segera pitam ya.
Pastu the reason why aku guna warna purple ngan itam ngan putih sikit2 sebab aku rasa warna ni memang smart, laki pun bley pakai ungu ape, bukan pompuan jek so jangan jeles ye munah hehehe

So itu jelah kot yang aku nak cakap. So kepada brader Apezs, sori ar kalo header ni tak berapa nak menarik, saya saja2 join nak timba pengalaman, hehehe, dan selamat kenal2 jugak, sebab saya baru follow kamu, kekeke

Kolam Ikan Encik Eipul