My Tomey-Lotey Followers

Tuesday, March 29

Exhausting weekend

Ok ok, I know that it is kind of late and lame to mention about my tiring weekend, but I have got nothing to tell except this. Last Saturday and Sunday, I have finishing school course in communication skills. At first, I was being redundantly not wanting to attend the course because I really dislike talking in groups especially being evaluated to talk in groups, that is the last thing I want to do, like seriously. Besides, who likes to go to a boring course anyways?


But as time goes by, the session is not that bad, it is getting better even. Me winning the Best Actor award, that is something extraordinary I have to say. I was acting as Juliet in the role play, because I am the only male in my group, and they are being harsh by pushing me to be a girl, and the role of Romeo would be played by a girl so that people can laugh at the twisting we made in the character's gender. So, because I do not want to be a typical Juliet, I act like Usop in Hantu Kak Limah Balik Rumah, waving my hand like crazy and acted really sissy. Surprisingly, they laughed very hard that some of them even teared while laughing.




I did not expect that to happen like seriously because I act very silly and the Usop's signature hand move is not the only reason for their laugh, my spontaneous dialogue really dug them up to the core. One of the dialogue that they remembered was when the 'Romeo' hit by a car, and the 'Juliet' was crying hardly, and 'Juliet' says "Are you dying? Let's go the hospital. No you cannot die, let's go to the hospital please!". I know it does not sound funny here but at the moment, it did sound very funny.


So, because of that session, we all had a good time because almost all of the groups performed very well and humorously, and the lecturers seemed to be pleased and enjoying our show. I did really badly in previous sessions before, during group presentation especially, I was shaking very hard and my voice sounds trembled. The role play session did make up for my bad performance before. Alas, the last session was the Mock Interview, where I got pretty bored really while watching others' interviews, and soon after that session finished, we took pictures together to freeze the moment. It was fun overall, though the first day was a little bit tensed because the lecturers being too pushy for us to perform better.

Puan Fauziah and Puan Ros with us.

Friday, March 25

Mekdi Frenzy

Lihat lah dunia betapa banyak nya mekdi-mekdi itu
Sejak dua hari lepas aku asyik makan mcd breakfast je. Tapi beratur bagai nak gila la. Aku ingatkan kalau datang awal kat mcd aku bleh dapat beli dengan cepat, tapi hawau, lagi lama aku beratur ada lah. Tadi rekod terbaru aku terpaksa beratur sejam suku nak sampai kan kat turn aku untuk order. Line queue sampai kat pintu masuk mcd, haha, nak tergelak aku tengok orang belakang aku, semua muka bengkek je. Weh, bukan kau sorang je yang bengkek mat, aku ni lagi lah paling teramat bengkek gila, aku datang sikit punya awal kot, pukul 8 lebih tadi, ni ha aku baru dapat balik bilik, adeh lenguh kaki aku berdiri lama-lama. Tapi kesian gak kat bebudak mcd tak menang tangan diorang semua. Jangan salahkan kitorang, tapi salahkan kupon yang mcd kasik ni!

l
l
l
V


Aku tau korang semua mesti dah terbeliak bijik mata kan skang? Beli minimum RM5 boleh dapat free 2 big breakfast, siapa taknak bai? Big breakfast tu! Mahal kot kalau nak beli time hari-hari biasa. So, aku nasihatkan korang save picture kupon ni, pegi print sekarang dan serbu mcd berdekatan, kau print tak ada colour pun dia terima je. Tadi aku siap guna dua kupon lagi, so aku dapat mentekedarah 4 big breakfast, 2 sausage mcmuffin, ngan 2 pie apple. Terbaik tak? Bayar lebih kurang RM13 je. So, pergilah serbu mcd sekarang. Kupon ni boleh guna sampai 31.3.2011. Yeah!

Monday, March 21

Wayang lagi: Mars Needs Moms

Taken from Google images

Haritu tengok cerita ni dekat GSC Alamanda dengan Alan & Nene, tiket murah gila RM6 aje sebab hari Rabu so tak kesah pun kalau cerita ni tak best sebab nak tengok cite lain tapi semua fullhouse, end up tengok cite ni je tapi turns out cerita ni pun best jugak, kelakar, lucu, lawak, dan funny habis. Ada la sikit-sikit impak keterharuan yang dapat dikecapi dalam babak-babak nak masuk part ending dia, so aku rate this thing 4/5 sebab aku ada this thing with cite katun, efek dia mantop dan facial expression sangat menjadi dan real, so, why not give 4 out of 5 kan?

Cerita dia pasal Martians (penduduk Mars) terpaksa mencari mak-mak dari bumi sebab baby kat sana takde siapa-siapa nak jaga sebab perempuan sana di-train menjadik askar dan lelaki kat sana dibuang di kawasan sampah sebab bagi diorang lelaki tak boleh buat kerja sangat dan asyik main-main dan suka berpeluk-peluk (which is salah satu reason pelik diorang terpaksa isolate kaum lelaki), so diorang dicampakkan di kawasan pelupusan sampah.

Disebabkan itu, diorang terpaksa abduct mak-mak dari bumi untuk dapatkan maklumat penjagaan anak untuk diorang install masuk dalam robot nanny ciptaan diorang. So, sorang mak dari bumi yang kena culik tu adalah mak watak utama cerita ni dan cerita start berkembang setelah mak dia kena culik dan dia sempat ikut spaceship Martians tu balik Mars dan lepas tu bermulalah perjalanan hidup budak ni demi nak menyelamatkan mak dia dari kena bunuh sebab lepas Martians sedut memori mak dia, diorang akan bunuh mak dia dan aku pun tak tau kenapa so jangan tanya aku kenapa huhuhu

Ok, aku dah penat taip review so pada sesapa yang nak tengok movie ni dipersilakan sebab sangat best (bagi aku la) dan sangat sarat dengan value. Bawak anak-anak kau kalau nak pergi tengok movie ni, kalau takde anak manusia pun, kau bawak je lah anak tekak kau sekali, okay not funny

Sunday, March 20

Pesta belon udara panas yang tak berapa nak panas

Tadi siang aku ngan Nene pegi Putajaya sebab nak tengok belon udara panas tapi cuaca dekat Putrajaya tak berapa nak panas so feel untuk berasa panas di pesta belon udara panas terasa tidak sepanas yang sepatutnya dirasai, so kitorang pergi mandi dekat pool presint 5 dulu, dalam pukul 3 lebih baru gerak pergi Presint 2 untuk join pesta belon udara panas dan nasib kitorang sangat malang sebab sampai dekat depan Istana Kehakiman hujan dah start turun mencurah-curah ke ladang gandum, ye tak payah nak gelak-gelak fake kot sebab aku tau tak lawak. So, kitorang berlindung dekat Masjid Merah tu selepas basah kuyup ditimpa hujan yeayea seronotnya basah! T__T


Tak berapa lama lepas tu, hujan pun berhenti sikit-sikit so kitorang pun kembali bersemangat waja nak tengok belon-belonan yang annoying tak naik-naik pun rupa-rupanya sampai lah nak dekat pukul 6 lebih tadi baru boleh terbang sebab hujan sudah betul-betul stop time tu. So before semua tu berlaku, kitorang kill time dengan berlegar-legar dekat booth apa entah main lukis-lukis dekat guest book, pastu berjalan dekat booth amek gambar gedik dekat buih-buih sabun, dekat payung colourful, dan tak lupa jugak bola-bola colourful, pastu berjalan kaki pergi Masjid Besi semayang jap, pastu keluar masjid je hujan sudah stop pastu terus happy pastu terus pegi tengok orang setup belon sampai lah belon tu berjaya diterbangkan, best jugaklah

Nene lukis yang Mickey Mouse tu, aku punya pulak yang kat sebelah dia

Gambar ni sangat stylo weh! Semua orang dalam gambar ni nampak macam patung mainan, cantik gila!!!

Time kitorang jalan-jalan dekat kawasan booth bosan, huhuhu

Ni dekat toilet masjid, hahaha

Diorang tengah setup belon nak kasik terbang

Ok, skang belon sudah terbang, wehoooo!!!!



Pastu kitorang pergi Mamak Kembar dekat Presint 9 sebab akak Nene ajak makan sama, so kitorang pun makan-makan nyum nyum lepas tu kitorang memang lucky habis ar sebab dapat kupon free, sorang dapat kupon RM5 dari TM sebab kitorang jawab survey apa entah pasal MU (Manchester United), so macam kitorang makan free je la tadi, memang best gila weh!!!



Pastu dah 8.30pm tu kitorang pun terus pergi Presint 2 balik untuk tengok firework dan cahaya-cahaya belon dalam keadaan berima, which is tak adalah ikut rima sangat pun lighting belon-belon tu semua, huhuhu, oh lupa pulak nak mention, firework tu betul-betul depan mata aku weh!!! Bersinar-sinar pom pom pom memang sangat-sangat cantik, sambil tengok firework tu kitorang siap nyanyi lagu Katy Perry firework tu, hahaha, sangat-sangat best siyesli!!!

Tak clear sangat gambar belon-belon ni merelip-relip, hahaha

Koleksi firework yang aku sempat snap tadi, huhuhu


So, kesimpulannya, aku sangat happy hari ni, walaupun basah kuyup tadi tapi overall sangat best, thanx Nene, dan thankGod jugak sebab kita pergi jugak event ni last-last, memula macam tanak pegi sebab langit macam gelap sangat kan, huhu, AlhamduliLLAH kita sampai gak




Ok, sekarang aku terpaksa menghadap laptop nak siapkan FYP. Mulalah babak mata bengkak macam panda dalam hidup aku, fightin Eipul!!! T__T

Saturday, March 19

Wayang lagi: Hikayat Merong Mahawangsa


Semalam aku tengok cerita ni dengan Nene dekat Mines dengan berbekalkan duit popcorn aje sebab kitorang ada tiket free wuhooohooooo so tak payah nak bazir RM8 untuk beli tiket wayang tapi just bayar RM10 beli popcorn large dapat air bikarbonat 2 gelas large, yeayea, sangat berjimat ye kalau kau nak cakap aku kedek taik idung masin pun aku tak kesah sebab taik idung masin la kau dapat beli asam taik idung yang jual kat kedai tu, pernah makan tak kau? ok tak lawak

HMM memang mantop walaupun ada jugak kekurangannya, biasalah kalau bajet kecik memang kita tak dapat nak expect outcome luar biasa sangat lah, betul tak? Jalan cerita dia bagi aku ok saje, tak ada apa-apa yang boleh buat mulut aku menganga luas-luas sebab amazed ke apa ke takde sangat lah, cuma amazed tengok scene sexy puteri cina mandi dalam bath tub masa dia singkap bunga-bunga dalam air tu, aku cuma mampu jerit 'MASYAALLAH!!!' dalam hati *pitam




Aku paling tak suka efek langit dia memang outrageously tak real langsung, dengan efek terbakar-terbakar dia memang sangat-sangat computerized tak tau nak cakap apa lagi dah. Banyak gak scene yang kelakar bagi aku tapi tak taulah sejauh mana kekelakarannya bagi kau pulak kan, contohnya inang puteri cina tu, memang obviously kelakar, tak dapat nak sangkal lagi, huhu,


Yang ni kelakar jugaklah sebab dialog Merong yang "sudahlah hodoh, mulut pula busuk" ditujukan khas untuk pak cik india yang pakai serban sebelah Prince Rome tu, gelak kot dengar cara Merong cakap, huhu 

Ok, yang Pak Kesom ni pulak lagi tak bleh blah, dah la itam melekit kulit dia dalam cerita ni, pastu rambut pulak merewang-rewang macam langsuir, Nene cakap Pak Kesom ni sama macam Orix which is aku rasa Orix tu dia masa muda-muda kot, bila dah tua terus jadik Pak Kesom, ok tak lawak!

 Pak Kesom time muda-muda - Orix dalam Duyong *macam ni ke eja Duyong? Ke Duyung?



Aku tak boleh lupa dialog Pak Kesom masa dia cerita berkompang dekat Merong pasal masa silam Kampung dia tu, kalau kau perasan lah, dialog dia asyik sebut pasal parut, memang lawak sial time dia mention parut tu! Ramai jugak yang gelak, bukan aku sorang je yang gelak, serious aku cakap kau, Pak Kesom memang lawak gila dalam cerita ni, kalau aku tak gelak pasal muka dia, mesti aku tergelak tengok gelagat dia, lagi-lagi time dia hidupkan api masa panaskan besi tu, sebijik beruk dia jolok-jolok besi tu, bwahahaha

Ok, aku ingat nak cerita sikit-sikit je alih-alih dah panjang berjela, oklah stop sampai sini je pasal HMM. Aku rate movie ni 3.5/5.

Monday, March 14

MMG tu bukan short form untuk memang




Macam biasa gambar-gambar yang cantik-cantik semua ada kat member so yang ada ni pun stok-stok kamera phone cikai aku, so macam takde cantik mana pun. Huhu. Nanti kalau member aku dah kasik gambar-gambar dari dslr diorang aku boleh lah bangga tepek-tepek kat blog aku ni. Oh lupa, MMG tu stands for Malam Mutiara Gemilang, which is dinner kolej aku yang dekat Equatorial Bangi malam semalam - Tema Arabian Night. Tapi kami laki-laki tak de makna nak dress up bagaikan pak arab jual minyak attar sebab tak mampu nak sewa jubah bertepekkan labuci ke apa ke, so pakai je lah apa yang ada T__T

Friday, March 11

Gua kena WAKENABEB, beb!



Padan muka aku sebab kena tipu. Oleh kerana aku sangat fancy dengan binatang ni, aku boleh tertipu dengan tersangatlah mudahnya. Nasihat aku, before kau bersemangat waja beli barang, kau kena waja-kan mata kau tu dulu untuk tengok sehabis baik barang tu before making any stupid decision to own it. First of all, aku main amek jek benda ni dekat kedai tu tanpa check benda ni tamagotchi original atau tak, turns out to be benda ni sangat very fuckin un-original, walaupun begitu, aku tak berapa menyesal sebab benda ni just RM5, tapi kalau mak aku tau ni mesti kena marah kaw kaw sebab aku telah membazir, hey RM5 boleh beli nasik goreng kampung tambah telur mata sekali dengan air sirap bandung dekat restoran feveret aku tau! Ataupun paling mulia sekali aku boleh bersedekah dekat masjid, lagi lah boleh juga dapat pahala, asssssyyyyyyiiiiiiiiiiiik buat dosa saja kau kan kan kan? Second of all, this a-hole thing doesn't function at all honey, like seriously!!! Aku tak tau apa masalah dia, maybe kena tukar bateri kot. Oh my GOD, ikutkan hati aku, nak aje aku buat benda ni jadik perejam stockist penjual tu tapi fortunately aku adalah seorang budak yang baik, so aku harus bertenang dan bernafas bagaikan ber-yoga sekarang. Ok just forget it!

Macam biasa, aku copy paste poster ni dari Google image

Sebenar-benarnya, niat asal aku nak bebelkan dekat kau semua pasal movie aku baru tengok tadi which is BEASTLY. Yup, cerita yang Alex Pettyfer dengan Vanessa Hudgens berlakon ni lah, cerita mana lagi. Perasaan tengok cerita ni macam kau tengok cerita Beauty and The Beast yang kartun Disney tu, ya, plot cerita dia sangat sebijik, cuma dia tukarkan era cerita dia kepada zaman kini. Best jugak lah cerita ni, aku kasik 2.5/5.

Plan asal aku tadi sebenarnya nak tengok cerita Merong Mahawangsa tapi malangnya tiket free yang kitorang dapat tu hanya boleh digunakan start 17.3.2011, so gigit jari je lah aku tadi tengok orang lain berebut-rebut nak beli tiket nak tengok filem yang paling dinanti-nantikan oleh kita semua rakyat Malaysia. Orang lain semua dah pom pang pom pang bercerita betapa bestnya tengok Merong, aku baru nak terhegeh-hegeh tengok cerita ni minggu depan. This is totally unfair!!! Tapi takpe, aku tak kesah pun, yang penting tiket free, who cares kan?





Ok, penat dah ni sebab asyik kena hujan dari petang tadi berjalan sana-sini. Aku nak berendam air panas sekarang wuhuhoooooo!

Tuesday, March 8

T-shirt baru


Aku siapkan design ni dalam dua hari, lagi cepat dari aku buat FYP aku sebab aku pun tak tau kenapa aku malas sangat nak buat FYP ni, dah sila abaikan so kita fokus pada gambar kat atas ea. Client aku, ecece client ni, tak tahan betul, adalah exco kebudayaan kolej aku dan dia suruh aku design t-shirt untuk sekretariat dia, aku pun buat research sikit-sikit godak Google image carik reference and idea aku adalah aku put everything yang related pasal secretariat ni dalam satu pentas. Senang nak come up dengan theme ni sebab everything about the secretariat is art performance, which semuanya ber-pentas, so aku pun start lukis dalam Photoshop, lenguh tangan toksah cerita ar tapi one thing about this adalah kalau kau passionate dalam satu-satu benda, kau tak akan rasa tensyen time kau buat benda tu, tapi kalau kau tak pernah minat certain something, and then kau terpaksa buat that certain something, kau mesti rasa tensyien lepas tu down tak dapat nak buat dengan sehabis baik lepas tu last-last everything yang kau buat tu tak akan kau appreciate, sekadar buat sampai siap, end of story. Betul tak? Ke aku je rasa camtu? Kahkah



Aku baru jatuh motor minggu lepas, tapi takde luka apa-apa pun, sebab jeans aku tebal, thankGod. Aku bawak laju sangat dekat jalan parking Midvalley tu, pastu time tu jalan basah sebab hujan, aku tak perasan ada bonggol kat depan sebab aku tengah laju time tu, dah dekat nak sampai bonggol tu baru aku emergency break, pastu entah macam mana motor aku tergolek aku pulak tersungkur atas bonggol tu, pedih weh bukan pedih sakit ke apa, tapi pedih maruah aku sebab ada ramai mat-mat motor kat depan pandang aku macam nak tergelak pecah perut terburai-burai, sial betul dah lah tak nak tolong aku ke apa, pastu aku pun cepat-cepat bangun tolak motor ke tepi takut aku kena lenyek pulak dengan kereta kat belakang.






okelah tu je aku nak cerita, nak pegi berak jap.

Friday, March 4

Wayang lagi: The Adjustment Bureau

Gambar macam biasa pinjam kat Google image

Ok, aku baru tengok filem ni tadi dengan Eqal kat GSC Maxx Times Square. Best sebab screen dia sangat besar gila nak mampus penat aku besar-kecik-besar-kecik-kan anak mata aku sebab segalanya besar, kepala Matt Damon besar, boobies Emily Blunt sangat besar juga tak terkecuali ya haihhh ya ampun,


So, cerita ni tema dia kekhurafatan sains fiksyen di mana the whole story berkisar pasal ada satu Bureau yang ditubuhkan oleh 'Tuhan @ Chairman' mereka untuk mengawal perjalanan manusia di bumi, dia panggil takdir manusia tu sebagai The Plan dan diorang ada buku yang tercatit setiap plan untuk manusia ni, so anggota bureau ni kena pastikan yang semua orang kena ikut plan yang telah ditulis oleh Chairman diorang tu supaya hopefully segalanya berjalan dengan lancar hendaknya. Ok memang khurafat habis cerita ni.

Selain tema kekhurafatan itu, cerita ini turut memuatkan tema fungsi pintu di dunia yang boleh berfungsi seakan-akan seperti alat sulit  Doraemon yang sangat famous sekali iaitu 'Pintu Suka Hati'. Dalam cerita ni, anggota Bureau ni boleh teleport ke tempat-tempat di serata dunia melalui pintu-pintu bangunan terpilih di New York dan kawasan sekitarnya. Hebat tak mereka?



So, jangan nak mimpi lebih la nak tengok aksi tembak kepala orang sampai pecah atau tersabit perut orang sampai terkerat dua sebab tak ada action sangat pun cerita ni, sebab dia fokus lebih pada kisah percintaan yang almost mustahil bagi Matt Damon dengan Emily Blunt sebab kunun-kununnya 'Tuhan' mereka dah rangka plan terbaik untuk mereka ikut supaya hidup mereka berlandaskan takdir yang tercipta, tapi si Matt Damon ni tak berapa nak puas hati sebab katanya dia cinta sangat-sangat kat Emily Blunt ni, dan Emily Blunt ni pun gedik nak mam sayang sangat-sangat dekat Matt Damon, so korang berdua memang sangat-sangatlah serasi ya, macam pinang kena kerat dua la macam tu? Puas? Hoho




Akhir kata, aku rate movie ni 3.5/5

Penambahan koleksi

PERINGATAN
*Sangat tidak sesuai untuk bacaan ibu mengandung 3 bulan, pesakit kencing masin dan jugak pembenci-pembenci mainan (kalau boleh korang takpayah baca kalau korang tergolong dalam golongan yang dinyatakan di atas)

Sekarang tamagotchi aku dah ada 3 bijik, V4,
V6 - Music Star, and Tamago, oh yeah!!!

This one is V6


Yang ni plak adalah spesis V4


Harga V4 dengan V6 yang aku jumpa dekat ebay sangat sangat sangat lah jauh menyimpang mahal nak mampos dari yang aku baru beli ni, so aku tak sanggup untuk tak beli dua-dua ni, lagipun both of them ada advantages masing-masing yang tersendiri. Kalau kau berminat (which I doubt any of you would), benda alah ni ada dekat Times Square with so freakin low price, surprisingly unbelievable! Seriously! Kenapa aku beli dua version ni? Sebab both of the versions sangat-sangat interesting (dan sebab dua version ni je yang dia ada jual, huhu).



Aku paling suka dengan V4 ni sebab aku boleh dapatkan point dari website tamagotchi, point tu plak bleh beli barang-barang macam toys, makanan-makanan fancy, dan macam-macam lagi so that kau punya belaan boleh nikmati pelbagai macam pleasures. V4 ni macam kau main game The Sims kat PC la lebih kurang, kau kena raise dia untuk bina career yang kau nak dia kecapi bila dia dah dewasa nanti, which ada 4 career kalau tak silap aku, musician, scientist, lagi dua aku tak ingat pulak. So, sangat seronok la main binatang ni, seriusli aku tak tipu kau.


Lepas tu kalau V6 pulak, tema dia music star, so basically kau kena besarkan dia supaya dia menjadi superstar macam Jamelia punya lagu tu yang Superstar and you must be some kind of superstar hooo hoooo hooooooo, dan dia boleh buat band sendiri (consist of 3 characters), siap boleh dapatkan fan - macam Bieber la, fan dia bukan main ramai kan sekarang, budak kecik tu tak paham aku macammana boleh jadik femes entah? Macam tu lah konsep dia briefly. So, throughout the process, kau akan kena ajar dia menyanyi, main musical instrument, dan benda-benda lain yang berkaitan dengan muzik. Menariknya version ni, aku boleh connect kan dia dengan Tamago aku, which aku belum berkesempatan lagi nak buat macam tu sebab semua Tamagotchi aku tengah tido sekarang, ya, diorang sangat baik aku bagitau kau, tido nak pukul 8pm, bangun pulak dalam 7am macam tu, which dah terlajak subuh dah diorang ni, betul-betul tak senonoh hish (tuan dia pun sama).






So, kesimpulannya, aku sangat excited sekarang sebab aku dah boleh dilabel sebagai collector sebab aku dah ada lebih dari satu jenis Tamagotchi, perhaps bila aku ada duit lebih nanti boleh beli lagi version-version lain, sebab setiap version ada tema dia yang tersendiri, so kau memang takkan bosan la main benda ni siriusli. Ok, aku da ngantuk ni, chow chin cau der-der sekalian! Hehe

Kolam Ikan Encik Eipul