My Tomey-Lotey Followers

Wednesday, April 20

Out of the blue


Bangun tido tetiba tau-tau aje aku da jadik kucing ungu dikepung dengan hutan warna-warni.

"Arnab biru, jangan selak lembar hutan ni, kau tak tau apa yang wujud kat sebalik tu!"




he he heeeeeee~~


*takde motip.
Why so serious? Haha

**Ne, aku sambung lukisan tadi, wakaka

Wayang Lagi: Scream 4

Image taken from Google Images

Cerita ni aku tak tau nak ulas macam mana sebab kalau kau tengok cerita ni pun kau bakal tak boleh nak ulas apa-apa. Speechless sangat sebab banyak gila orang kena tikam dengan pisau, darah keluar mencurah-curah ke ladang gandum, lepas tu ending nak konon-konon misteri tapi entah lah, macam tak berapa nak misteri sangat pun sebenarnya.

Sidney (watak utama) adalah seorang penulis superstar, ramai orang baca buku dia sebab dia adalah seorang mangsa yang terselamat (sentiasa terselamat) dari pembunuhan besar-besaran. So, sekali ni dia balik ar dekat kampung halaman dia untuk promosikan buku terbaru dia. Lepas aje dia balik kampung halaman dia itu, pembunuhan start terjadik, ramai gila mati kena tikam ngan pisau, oleh orang yang pakai topeng antu putih tu. So, Gale bini si Dewey pun penulis buku seram fiksyen, dan turns out to be bekas reporter dan dia sangat excited nak solve kisah pembunuhan bersiri ni. Tapi last-last dia pun kena cocok jugak dengan pisau.




Nampak tak dekat sini ramai sangat yang kena cocok dengan pisau? Ni belum lagi aku mention 2 ekor polis tu, lepas tu publicist Sidney, lepas tu mak Jill, pastu budak nerd 2 ekor tu, pastu si ex boyfren Jill, Trevor tu, lepas tu kawan Jill, entah siapa lagi yang kena cocok, ramai sangat sampai aku dah tak ingat siapa lagi dah.


Cerita ni aku tengok semalam dengan Nene dekat Times Square. Aku tengok muka dia time tengok wayang tu memang berkerut la, macam tensyen gila, tertekan nak mampos dengan cerita ni. Hahaha. Aku pun tensyen gak tapi ada ar scene-scene yang buat aku terkejut sampai buntut terangkat, kira not bad jugak lah effect suspense dia. Overall, aku rate cite ni 2.5/5





Ni la hang out last kitorang before dia start berkerjaya sob sob sob. Lepas ni susah ar nak jumpa ko lagi huahua. Gonna miss u real bad buddy! Keje leklok tau nanti bleh kasik aku present mahal-mahal dari Abu Dhabi. Kahkahkah


 



Sunday, April 17

Viva forever

Image taken from Google Images

Aku google translate jap tadi apa maksud viva, turns out maksud dia 'alive'. Tapi VIVA aku besok sudah tentulah tidak bermaksud 'alive' tetapi bakal bermaksud 'deadly' kerana yours truly ni dari tadi asyiiiiikkkk tengok cerita bersiri sampai tak sempat nak prepare untuk esok. Oh sangat-sangat good job ya, is it a call for celebration? I bet it does. Celebration for my deadly marks funeral it is. Hohoho



"Even if you were a star, You've got to go (Go go go go go go)" by Najwa Mahiaddin





So, got to go now chao

Thursday, April 14

The end!

Last class with Dr. Ola

Last class with Dr. Alfi



Lepas ni tinggal nak edit final draft, submit thesis, VIVA, and lastly Final Exam. Hopefully everything goes well. Sebak sekejap. Hoho



Tuesday, April 12

Freaking-insanely in ♥ with the song

Image taken from Google Images

Chest to chest
Nose to nose
Palm to palm
We were always just that close
Wrist to wrist
Toe to toe
Lips that felt just like the inside of a rose
So how come when I reach out my fingers
It feels like more than distance between us

In this california king bed
We're ten thousand miles apart
I bet california wishing on these stars for your heart for me
My california king

Eye to eye
Cheek to cheek
Side by side
You were sleeping next to me
Arm to arm
Dusk to dawn
With the curtains drawn
And a little last night on these sheets
So how come when I reach out my fingers
It seems like more than distance between us

In this california king bed
We're ten thousand miles apart
I bet california wishing on these stars for your heart for me
My california king

Just when I felt like giving up on us
You turned around and gave me one last touch
That made everything feel better
And even then my eyes got better
So confused wanna ask you if you love me
But I dont wanna seem so weak
Maybe I've been california dreaming

In this california king bed
We're ten thousand miles apart
I bet california wishing on these stars for your heart for me
My california king

In this california king bed
We're ten thousand miles apart
I bet california wishing on these stars for your heart for me
My california king

Monday, April 11

Suci dalam debu

Header baru gua!
Hah kau! Putih habis aku kerjakan blog ni. Sentap tak? Aku dah bosan lah tengok blog aku kusam macam kertas bungkus nasik lemak je gamaknya, nah kau putih terus blog aku, nak conteng-conteng letak grafiti pun takut sebab putih sangat. Aku bosan sebenarnya, bila aku bosan, aku main lukis-lukis, so aku pun buat le header ni ha, apa kata kome? Ok tak? Ke cam sial? Hahhahaaaa



Ok lah aku dah lapar ni, malas nak membebel banyak, chow dulu!

Sunday, April 10

Ber-Holiday di Port Dickson

Excited gila ni sebab baru sampai PD hahahaha



Volley ball!!! 


Dr. Shahrim yang sangat sempoi join sesi JUKEBOX dengan kitorang.
Abg Man memang hebat gila ar main gitar. Tabik spring!!!

Gambar kat pulau yang bleh sampai dengan bejalan kaki
dari pantai time air surut

Ignore orang asli yang pakai short tu ya, terima kasih

Cantik kan akar berselirat tu? Wuhoooo


Time main tiup belon sampai meletup

Akhirnya aku bejaya jumpa belon lepas pening ke kiri kanan
tak nampak apa-apa

Ok, time untuk balik!

Aku memang happy gila ar vacation kitorang kali ni sebab macam seronok gila, lagipun ni fakulti yang anjurkan sebab nak ganti dinner fakulti yang tak sempat diorang setup kan untuk budak-budak final year. Aku lagi suka dia cancelkan dinner tu, sebab dah bosan sangat lah pegi dinner dah banyak kali  kot, buat macam ni lagi bagus.

Cuma aku ralat sikit lah sebab patutnya aku dapat pegi tengok F1 kat Sepang, Eqal menang tiket pegi sana pastu dia ajak aku tapi nak buat macammana, vacation ni dah memang di plan awal-awal kot. So, aku terpaksa la say bye bye pada tiket F1 yang RM400 tu, sedih kot.



Tak kesah lah tu. Kat PD, kitorang makan ayam bakar, sosej yang banyak gila, nasik goreng sedap, coleslaw, french fries, brownies, dah tu je. Sedap!!! Kenyang jugak la. Pastu game yang diorang buat first kitorang main volleyball, pastu sukaneka isi air dalam botol, main tiup belon sampai pecah, pastu main game teka gesture, tu je kot. Sebelum tu kitorang ada naik banana boat, best betul jatuh-jatuh dalam air tu dan telan air masin, humang ai sedap betul air tu, macam rasa sup ayam.



Pastu time nak abes tu aku menang cabutan bertuah, dapat patung penguin geli-gelimat, terus tukar ngan Farisha, dapat mug RM2.50. Ya, dia tak cabut harga kat mug tu, so aku bangga tayang-tayang aku dapat mug RM2.50. T__T







Kitorang balik lebih kurang pukul 6.00pm macam tu, sampai kat fakulti dalam pukul 7.30pm. So, kesimpulannya aku sangat penat semalam dan hari ni nak kena siapkan final draft, pastu ada test English Efficiency pukul 11.00 karang. Dengan kulit aku dah hitam serupa abang Afrika Selatan ni, jangan nanti ada foreigner yang jumpa aku buat segmen Jejak Kasih sudah lah.

Wednesday, April 6

Wayang lagi: Sucker Punch

Sucker Punch - Image taken from Google Images

Aku paling suka watak Baby Doll dalam cerita ni, sebab dia super hot dan rambut dia platinum blonde, which is super duper hot! Dalam gambar, watak-watak ikut urutan adalah Baby Doll, Blondie, Sweet Pea, Amber, dan Rocket. Cerita ni memang terbaik la dalam category cerita effect CGI, the whole thing depends heavily on CGI, cinematography dia sangat-sangat-sangat-sangat lah awesome, aku suka starting dia yang powerful macam video klip MTV, memang best gila ar cerita ni I tak tipu u. Before aku melalut lebih-lebih, cerita ni tajuk dia SUCKER PUNCH.


Cerita dia basically pasal keluarga Baby Doll yang porak peranda lepas mak dia mati sebab ayah tiri dia buat something pada mak dia yang aku pun tak tau apa, sebab tau-tau je mak dia dah mati. So, ayah tiri dia ni jahat nak harta diorang tapi tak dapat sebab wasiat mak dia adalah harta tu semua kasik kat anak-anak dia, so ayah tiri dia ni geram, dia try nak rogol adik Baby Doll tapi belum sempat kena rogol, Baby Doll datang bawak pistol tembak ayah tiri dia tu tapi malangnya sipi tersasar kat mentol lampu, pastu entah macam mana adik dia yang terkena percikan kaca tu pastu adik dia mati. Pastu Baby Doll terus hilang arah, dia lari pastu dia datang balik, tapi dah terlambat sebab polis sudah sampai rumah, pastu ayah tiri dia twist cerita cakap Baby Doll ni dah gila sebab dah bunuh adik dia, pastu try nak bunuh dia pulak. Kesian Baby Doll, dia kena hantar pergi Hospital Mental. Ok, perenggan ni sebenarnya hanya untuk intro dia yang 5 minit tu je, panjang gila kan aku cerita? Aku tak tau nak pendekkan macam mana lagi dah. Hahahaha



Dekat Hospital Mental tu, Baby Doll kenal Blondie, Sweet Pea, Amber, ngan Rocket. Diorang berpakat sama-sama untuk bebaskan diri dari hospital mental tu. Untuk jayakan plan diorang tu, diorang kena kumpul 5 item sepanjang perjalanan hallucination diorang tu which the items are peta, api, pisau, kunci, dengan 5th item yang 'misteri'. Tak misteri sangat pun bagi aku sebenarnya hahaha




Ending dia sangat unexpected, which is sangat-sangat nice. Ok tu je la kot yang mampu aku cerita, sebab kalo cerita panjang sangat pun bukannya best, nanti tak sedap la pulak kan kalau  kau nak tengok cerita ni kat wayang sebab aku dah spoil kan cerita dia? Aku rate cerita ni 4/5 sebab aku suka gila kat watak Baby Doll, dan jugak sebab efek cerita ni memang mantap abis! Hehehe



By the way, tadi sangat untung sebab karoke kat REDBOX sorang dapat discount 20%, which is sangat-sangat murah gila nak mampos. LOL

Tuesday, April 5

Dalam hati ada taman

My doodle versi color kekeke

Semalam aku bosan sangat-sangat so aku pun main lukis-lukis pastu tetiba terus jadik taman apa entah lepas tu aku tambah la hidupan-hidupan liar kat dalam ni pastu tangan macam gatal-gatal terus mengada-ngada main warna-warnakan dengan pelbagai colour sampai crowded macam lukisan budak tadika  T__T


Seminar aku dah settle tapi bukan with satisfactory la sebab lecturer aku down kan aku nye mood lepas dia kata my project tak novel enough. Aku kesah apa project aku novel ke tak, asal siap sudah la. Penat kot aku buat benda tu semua, walaupun macam simple tapi penat ok aku buat jus sampai lima jenis siap pasteurize dia lagi, makcik jual air kat pasar malam pun tak sepenat aku ni ha, pastu kena buat analysis lagi, dua analysis tau, bukannya satu, pastu satu analysis tu tak macam buat banyak-banyak kali pulak kan, pastu time aku present dia main handphone, pastu bila aku da settle present, dia boleh kata how novel do you think your project is? Sentap tak?



Aku dah tak tahan lagi dah ni. Cepat lah habis benda-benda ni semua, dalam otak aku tengah fikir nak carik kerja je, pastu bulan September nak pegi Bandung buang duit lagi, haih haih semoga lah ya Eipul, semoga

Sunday, April 3

Kekadang merepek meraban itu perlu juga ya

Kau kalau tanya aku adakah aku suka belajar course yang aku ambik sekarang, mesti aku akan jawab TAK sepantas kilat siriusli aku tak gelak ni so sirius la ni bunyinya dan kau takkan mencari pasal time aku tengah sirius macam sekarang ni ok. Ececece


Tapi bila difikirkan balik dah final sem kot sekarang ni, jadah apa yang kau TAK suka belajar course ni? Aku pun tak tau like seriously. Aku macam malas gila nak siapkan FYP ni, thesis macam harroommm menyusahkan hidup aku nak memerah otak rasa macam nak meletup pom pom pom dah otak aku ni sekarang. Esok aku kena present FYP aku, ya, sesi yang diorang namakan sebagai SEMINAR, o my, dengan slide yang macam harroommm jua tak tersiap lagi ni, nak rehearse lagi kejap lagi ni, adoi tensyen gila kau tau tak?

Aku dah tak sabar-sabar nak habiskan sisa hidup aku kat sini, hopefully tamat lah cepat-cepat segalanya yang membuatkan kedut-kedut kat peha aku bertambah-tambah banyaknya ni, runsing sangat agaknya, ya peha aku dah kedut, kenapa? Kau jeles ke? Tak payah!





Sekarang ni nak kena buat assignment pulak nak kena submit petang ni. Lecturer pun satu hal, dah tau kami ni super busy dengan thesis dengan seminar semua, lagi lah mereka berkobar-kobar kasik assignment bagai, apa menarik sangat tengok budak-budak jadi biol macam ni, yang aku pun satu hal jugak, kerja selalu bertangguh siapa suruh? Hah padan lah dengan muka aku! Hari-hari tengok cerita merepek-repek lagi sampai assignment berlonggok dah macam sampah bertimbun kat atas meja, terkini aku dah addict dengan cerita Cougar Town, thanx a lot Nene sebab kasik aku cerita tu, aku dah tengok cerita ni dekat nak abis dah episod yang ko kasik tu hahahaha

Cougar Town (taken from Google images)

Kau semua wajib tengok cerita ni, sumpah lawak nak mampos. Awal-awal aku tengok macam pening kepala sikit sebab cerita dia macam chaotic gila, lama-lama baru dapat beat dia, so sangat-sangat enjoy. Untuk elakkan aku rasa bersalah sebab tengok cerita ni, aku hanya tengok time tengah makan saja, lepas makan stop pastu sambung buat kerja. Ok aku tipu. Aku tengok tak kira masa apa pun T__T



So, kalau korang ada cerita merepek yang lain boleh bagitau aku ya, nanti aku boleh tengok. Oh, semalam aku tengok Maharaja Lawak, Jozan macam tak berapa nak lawak aku pun tak tau kenapa, tapi aku suka Nabil ngan kumpulan Jambu. Lawak diorang memang non stop buat aku gelak. Hehehe. K nak g bungkus nasik, bubbye

Kolam Ikan Encik Eipul