My Tomey-Lotey Followers

Sunday, May 29

Neves Brekdaun

Minggu depan dah kena start jadi serius sikit sebab training period aku da selesai, so real life work bakal menjelang o my God, takutnya. Huhu. Oleh kerana hujung bulan sudah menjelma, seperti manusia-manissia nurmal lain, mestilah aku dah buat checklist must-buy-item untuk bulan ini kan? Hihi


Ok lah. Nak reveal sikit-sikit kat kau semua la benda-benda yang aku nak untuk bulan ni, aku rasa bulan ni aku sangat perlukan internet, ada sesapa yang boleh suggest kat aku nak guna broadband jenis apa yang bagus? Aku nak subscribe Unifi tapi harga paling murah RM149 sebulan, which is tak berapa nak murah la bagi aku, lagipun aku bukan selalu online pun. Aku ingat nak amek P1 Wimax, hopefully sempat la sebab promo dia ends 5th June. Ke YES 4G tu lagi bagus? Kalau kau tau bagi tau la dekat aku yang tak berapa nak tau ni ye T__T




Selain internet connection, aku rasa aku nak spend duit aku kat shopping yang terutama sekali sebab aku punya stock kemeja dah macam wardrobe bundle dah aku tgk skrg, ye la, kemeja lusuh lama nak mampos kot aku peram sejak 1st year study dulu tu aku guna balik untuk ke tempat keje, segan la weh senior-senior tgk alahai budak baru ni baju lusuh amat, misken bebenor ke tak mampu beli kemeja tantek sket? Sentap. Sangat sentap. Dan jugak seluar kerja baru, hopefully dapat yang slim fit memurah kat memana, sangat desperately in need ya sekarang sebab kalau kau nak tau, seluar kerja aku sekarang ada 2 helai je. Azab tak azab tu? Segan jugak kekadang pakai seluar sama sebab mesti kalau ada yang noticed aku pakai seluar sama, dalam otak kotor diorang mesti punyalah ingat yang aku ni kaki rotate seluar, tak basuh seluar sebulan macam tu, which is NOT! NO WAY!!! (88x), Perfect Nightmare - Shontelle Aku basuh selalu seluar aku ok! Sentap. *dan jangan ingat aku ada 2 seluar je skrg, sebab seluar jeans aku berlambak-lambak kat dalam gerobok tu, seluar kerja je ada 2, sedih tak sedih? Hahaha


Cakap pasal seluar ni teringat aku minggu lepas jalan-jalan dekat Uniqlo pedih bijik mata aku tengok jeans kat situ tgh promo RM49++ tapi aku tak mampu berbuat apa sebab duit still takde. RM49++ tu bai!!! Adoi kalau dalam wallet aku ada RM50 aritu memang aku dah terus beli tak fikir pape dah, tapi malangnya tiada berduit ye time tu. Hopefully time aku pegi minggu depan still ada lagi la seluar tu ye. Hopefully

image taken from Google Images



Itu je la kot must-buy-item list untuk bulan ni. The rest of the gaji hopefully dapat disimpan and kasik kat mak ayah, with God's will.






Ok, so kalau kau orang berilmu pasal broadband apa yang wajar aku pakai, most importantly murah la ye sebab I ni kerja biasa-biasa je, bukan gaji yang stock bleh langsung beli kemeja Burberry kat Pavilion guna cash RM5-6k. Hahahaha

Sunday, May 22

Hamek ko haku hapdet heh!

Ok. Buat pengetahuan sedara-sedari semua, aku telah pun officially terbebas dari belenggu study sejak 2 minggu lepas. Best gila perasaan ni kau tau tak? Kehkehkeh


Semua ni bermaksud aku tak payah risau lagi pasal final exam, pasal thesis, pasal apa-apa tahi-lembu lain regarding uni life. So, nak habaq kat hampa suma, ceq dah kerja dah sekarang! Yippeee!!! Hopefully contract aku depa sambung sampai aku berjaya diserap jadik permanent. Doakan aku tau korang-korang semua. Sayang korang! *ok muntah hijau segeraaaa!!!!



Weh! Apa lagi aku nak cerita ek? Aku pun tak tau. Hahaha




Oh lagi satu, sebab aku da abes belajar sekarang ni, so nak online pun jarang-jarang la sebab rumah abang aku takde broadband mahupun narrowband. So how? Aku nak online skrg pun terpaksa pegi cc. Rasa macam loser abes nak kena join brader lonely main Warcraft or DOTA kat cc sukaramai ataupun terpaksa duduk sebelah budak sekolah hingus hijau meleleh yang membazir duit mak ayah kasik dekat game Counter Strike dekat cc sukaramai sambil terjerit-jerit macam beruk. Serious rasa loser abesssss, aku tak tipu kau. LOL


So, azam aku lepas dapat gaji first, selain nak kena kasik mak ayah hadiah bagai, aku kena makesure aku dapat seketul wimax ataupun 4G lain yang setimpal, memang azam gilbab ni, siyes takley hidup tenang weh tanpa internet di sisi. Kahkahkah takley blah




Apa lagi apa lagi? Hurmm, tu je la kot, aku pun taktau nak tulis apa lagi dah. Haha. Ok ada masa nanti aku cerita lagi kat kau orang. Sekarang kurang masa lah. Hahahaiiii

Wayang Lagi: Pirates of The Carribean: On Stranger Tides


Ok, last Friday aku tengok cite ni dengan Nene and Alan, but the thing is tak dapat tengok sampai habes pun sebab aku terbeli tiket pukul 9.30pm. Shit gila perasaan bila terpaksa keluar masa cerita tengah baru nak masuk part ending tu. Kalau kau tak percaya, cuba try pegi beli tiket movie tamil, pastu kau keluar sebelum sempat tau hero tu mati ke tak kena bunuh dengan mafia Bombay, macam tu la rasa dia.


Mesti kau pelik kenapa aku terpaksa keluar awal kan? Aku kena naik lrt balik rumah, bukan aku je, budak dua orang ni pun sama kena balik naik tren. Aku pulak terbebal macam mana entah terbeli tiket kul 9.30pm, nak nak cerita ni 2 jam stgh, kan tren last lebih kurang kul 12am camtu kan? Tu yang kitorang terpaksa rush kuar dari wayang. Cerita dia panjang lagi, aku malas nak cerita penuh -penuh, karang penat kau semua nak baca macam dah mengalahkan novel Tamil pulak panjang entri ni nanti. Wakaka.



Back to the topic, cerita ni best gak ar walaupun aku tak tau apa ending cerita ni kan, kalau kau dah tengok cerita ni, gtau la aku apa ending dia, please ar aku merayu ni weh





Aku suka part duyung-duyung datang serang kelasi2 kapal tu. Wuiyoh semua duyung nak cantik macam model kan? Siot giler hahahaha

So, untuk movie ni, again walaupun aku tatau ending dia apa, aku tetap rate movie ni 4/5. Sebab movie ni best dan aku tak tertido pun masa tengok cerita ni, so movie ni memang terbukti interesting gak ar. LOL

Saturday, May 7

Oo la la


Too many stories to tell, too little time to share.

Kolam Ikan Encik Eipul